Subscribe:

Penjejak

Labels

Monday, June 28, 2010

jom !! konsert lestari seni.

salam

 dacs pandan dengan kerjasama masjid al azim pandan indah akan menganjurkan satu konsert pada :
>3 julai 2010 jam 9 alam
>di dataran masjid pandan indah.

artis yang dijemput adalah ringgo arrow dan nazri raihan.

jom !! ramai-ramai datang meriahkannya.

konvoi pun ada. ke bukit fraser pada julai ni.

wah !! macam-macan ada.

betul ke... lesen judibola ditarik ??mmm...

salam...

pada 27hb jun lepas ahad kat padang awam mpaj ampang tasek, ampang telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara dpp pusat lawan yb jemputan dari pakatan rakyat.

kejohanan ini dianjurkan oleh dacs selangor dan dacs pusat bersempena dengan pertamanya kempen bantah lesen judibola, keduanya demam piala dunia 2010 dan ketiganya merapatkan ukhwah antara sesaman ahli.


dalam keadaan cuaca yang sangat cantik dan tenang selepas hujan menaikkan lagi semangat para pemain untuk beraksi dengan macam2 aksi yang terpegunkan para penonton...

terima kasih kepada semua yang terlibat..

yang paling penting, betul ke lesen judibola sudah ditarik balik ??

jika ya... sepatutnya rakyat malaysia khususnya, orang islam khasnya patut  bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada ngo's, pr, pihak lawan n kawan dan parti islam semalaysia yang bermati-matian  membantah.

cuba bayangkan.....

andai kata parti islam semalaysia ni xdak kat malaysia ni dah lama islam itu dilacur dengan sewenang-wenangnya bahkan silap haribulan tanahair ni boleh tergadai oleh orang islam itu sendiri....
mmm...pedulikah melayu???

islam memimpin bukan islam dipimpin.

alhamdulillah tekanan demi tekanan.. ditarik juga lesen judibola ni. ( jangan hanya atas kertas je )

sekian.

Wednesday, June 23, 2010

bolasepak persahabatan...


sempena bolasepak piala dunia, dacs pusat bakal menganjurkan kejohanan bolasepak persahabatan antara YB-YB Pakatan Rakyat lawan dpp pusat.

jom! ramai-ramai meriahkannya...

Wednesday, June 16, 2010

dacs pandan kutuk judi bola !!!!

salam..

department of arts culture & sports mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan malaysia meluluskan lesen judi bolasepak kepada berjaya group !!!! (tiada kenyataan rasmi kata tarik balik/batalkan lesen judibola ni..)

katakan YA !!! pada bola sepak..

katakan TIDAK !!! pada judi bolasepak/4 nombor ekor dsb..


diharapka ulama-ulama/ ustaz-ustaz yang duduk dalam kerajaan malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi dengan jelas & terang melalui media cetak & elektronik agar masyarakat malaysia faham apa sebenarnya yang berlaku...
JANGAN HANYA KERANA DAPAT GAJI 4 ATAU 5 ANGKA, MULUT TERKUNCI...
TAKUT UNTUK MENEGUR PEMERINTAH YANG MANA HAK DAN YANG MANA BATIL....

Allah perhatikan apa yang kalian lakukan dengan ilmu yang ada untuk perkembangan islam dengan sebenar-benarnya.

JANGAN LUPA TANGGAL 3 JULAI, 2 PETANG @ KL.. HIMPUNAN AMAN 100K BANTAH JUDIBOLA NI.
sekian.

Tuesday, June 15, 2010

almarhum ustaz hassan syukri...

salam..

terkejut !! ustaz hassan syukri telah dijemput mengadap Allah pada jam 2 petang @ 14.6.2010 @ isnin. seorang yang banyak berjasa pada gerakan islam khasnya, masyarakat am nya. semoga segala jasa dan bakti almarhum sepanjang hayat bertungkus lumus pertahankan & memikir demi perkembangan islam diterima Allah sebagai amal soleh dan sebagai seorang syuhada. amin....

gambar2 untuk tatapan ketika jenazah berada dirumahnya di taman melewar, gombak..
insyaallah solat jenazah pada jam 9 pagi, 15.6.2010 yang diimamkan oleh tuan guru nik aziz nik mat ( menteri besar kelantan ) insyaallah dan akan kebumikan di taman selasih, gombak..... al fatihah.

Sunday, June 13, 2010

konvoi & safety riding @ hulu selangor.

salam..

untuk tatapan peminat.

Saturday, June 05, 2010

demam bola melanda ..

salam..

bolasepak piala dunia kembali lagi edisi kali ini di afrika selatan bermula 11 jun. kepada semua peminat-peminat bolasepak pastinya tak sabar-sabar menantikan sepak mula dan sudah pasti mengharapkan pasukan pilihan hati menjadi juara untuk edisi kali ini.

dacs pandan khasnya dacs selangor am nya melalui bahagian sukan pun menanti-nanti kejohanan kali ini dengan pelbagai program/aktiviti yang bakal dirancang untuk para penonton/anak-anak muda setempat.

dacs pandan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada en subkhiddin mohd salleh, satu-satunya pengadil dari malaysia yang terpilih untuk menjadi pengadil di kejohanan piala dunia kali ini. ini satu pengalaman yang tak ternilai kepada beliau dan semoga apabila beliau pulang nanti, membawa satu ilmu dalam bidang pengadilan yang boleh di gunakan dalam sukan tanahair kita. tahniah sekali lagi..

dalam kita menanti kejohanan ini, kita telah dikejutkan dengan satu berita yang sangat malang dan akan merosakkan masa depan sukan tanahair kita.. iaitu kerajaan pusat telah mengizinkan/membenarkan/menggalakkan/menyokong dan dalam erti kata lain meluluskan lesen judi untuk bolasepak.

syarikat yang mendapat lesen berkenaan telah bersiap sedia untuk mengatur permainan dan tak mustahil sang juara pun mungkin dah di rancangkan.... jangan ingat kesan ini hanya di malaysia, ia akan terkesan ke seluruh dunia sebab bookie berada di mana-mana..

kepada yang beragama islam, jelas judi adalah haram !! katakan ya! pada bolasepak, katakan tidak!! pada judibola.

semoga terhibur dengan aksi-aksi pemain bertaraf dunia dan jangan kerana bola prestasi kerja di siang hari terganggu. ( ada yang cari ruang untuk tidur kat mana-mana, surau ke. hehe. wait n see )

diharapkan suatu hari nanti pasukan malaysia yang bersih dan bersemangat dapat beraksi dipentas pusingan akhir piala dunia.. (tapi kalau judi ni berleluasa, payah gak..).

tunggu aktiviti menarik sempena piala dunia ni.  sekian.