Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, July 27, 2010

riadah mingguan dacs bersama belia...

salam..

aktiviti riadah jasmani geng-geng dacs pandan di hujung minggu. setelah bertungkus lumus dengan kerja-kerja amal islami dan kerja-kerja peribadi, kena relax dan lepak gak untuk 'release tention & refresh' kembali. disamping merapatkan ukhwah antara kawan-kawan.

macam-macam ada, futsal ada bowling ada badminton ada dll.
nak join ?? xdak hal.... jom !

Monday, July 26, 2010

pelancaran baju T & logo baru peringkat selangor..

salam..

setelah dilancarkan di terengganu pada 23 julai 2010 lalu, arc selangor menyambutnya pula yang InsyaAllah akan dilancarkan untuk peringkat negeri selangor.

butiran nya adalah seperti berikut :

tarikh : 1.8.2010 (ahad)
venue :  taman seri gombak, gombak (sempena pelancaran arc gombak)

kepada ahli-ahli/ geng-geng arc semua.. jom !!! kita sertai beramai-ramai ke program tersebut.
arc selangor menjemput saudara yasir said (presiden alternative riding club malaysia) bagi menyempurnakan pelancaran peringkat selangor ini...

macam-macam aktiviti ada bro !!!

jom !! kumpul kat shell taman greenwood, gombak pada 1.8.2010 ahad jam 9.30 pagi untuk kita berkonvoi beramai-ramai ke tapak program.konvoi akan diketuai oleh saudara firdaus dan hamizam......

InsyaAllah selangor adalah negeri yang kedua melancarkan nya .

alternative riding club / we ride only for charity.
sekian..

Sunday, July 25, 2010

jambori & pelancaran baju T & logo baru arc malaysia@t'ganu.

salam.

Alhamdulillah, arc malaysia maju setapak lagi dalam misi mendekati anak-anak muda bermotor dengan pelancaran baju T dan logo baru arc. selepas ini secara rasmi  arc akan dikenali sebagai alternative riding club malaysia.

pelancaran ini telah disempurnakan oleh kp dpp pusat, ust nasarudin tontowi.

dengan izin Allah.. idea tranformasi ini adalah hasil usaha presiden alternative riding club malaysia saudara yasir said dan kawan-kawan beliau.

pelancaran ini diadakan sempena dengan jambori pertama kali arc pusat di setiu terengganu pada 22-24 julai 2010. (sejarah baru dacs pusat)

program tersebut turut dihadiri oleh saudara sany hamzan ( ketua pangarah dacs pusat ), saudara fadhil osman ( pengerusi dacs wp/timbalan dacs pusat ), saudara abdul halim ahmad ( pengerusi dacs selangor) dan saudara yasir said ( presiden alternative riding club malaysia/timbalan dacs pusat ).

gambar sekitar program & pengembaraan...

Sunday, July 18, 2010

dacs pandan sertai kejohanan bowling...

salam..

pada 17.07.2010 sabtu bertempat di pusat bowling lake club pandan perdana satu kejohanan bowling telah diadakan. dacs pandan telah menghantar satu pasukan seramai 4 orang untuk menyertai kejohanan tersebut.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar !! pasukan dacs pandan telah berjaya mengumpulkan mata jatuhan pin sebanyak 650 mata. menimba pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk dacs pandan sertai mana2 kejohanan lagi selepas ini...
gambar2 sekitar kejohanan berlansung.... "pergi dengan harapan, pulang dengan pengalaman..."

Friday, July 16, 2010

arc turun padang...

salam..

seperti yang dirancang, Alhamdulillah  alternative riding club pandan telah mengisi aktiviti nya dengan turun ke masyarakat dengan membawa bahan dan bekalan info/penerangan tentang program kerajaan pakatan rakyat selangor yang dimuatkan dalam surat khabar percuma 'selangor kini'..
insyaallah ia akan dijadikan aktiviti riadah santai untuk ahli-ahli alternative riding club di waktu petang.

Saturday, July 10, 2010

pelepasan konvoi ke fraser hill...

salam..

sekitar majlis pelepasan dan taklimat kepada para peserta konvoi ke bukit fraser, pahang pada 10 julai 2010 @ dataran masjid nurul hidayah, kg pandan dalam.
peserta dilepaskan oleh YB iskandar abdul samad adun chempaka.

ok jumpa lagi....

Sunday, July 04, 2010

alternative riding club (arc) pusat &arc selangor gegar ampang !!

salam.

Alhamdulillah alternative riding club (arc) mengorak langkah lagi. menerjah golongan belia dengan aktiviti yang bermanfaat.
di harapkan alternative riding club ni terus diterima oleh semua lapisan masyarakat. yang terkini >

sekitar pelancaran kelab motor alternative riding club (arc) ampang :
saudara yasir said & hamizam turut hadir memberikan penerangan & teknik-teknik pemanduan berhemah kepada hadirin....