Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, August 21, 2010

berbuka puasa bersama arc sel&dacs pjs @ 28.8.10

salam.

buat julung kalinya arc selangor dibawah cabang dacs selangor bersama arc/dacs pjs bercadang untuk mengadakan program berbuka puasa beramai-ramai. pelbagai program menarik yang dirancang bagi memeriahkan lagi majlis ni.


program ni bakal diadakan pada 28ogos 2010 sabtu, bermula jam 6 petang dan berkonvoi masuk ke lokasi program. Insyaallah.

arcs selangor akan diketuai oleh sdr firdaus & sdr hamizam.

jika tiada aral melintang sdr yasir said (presiden alternative riding club malaysia) dan kawan2 akan turun meraikan juga, Insyaallah. doa-doakan.

kepada mereka yang lebihan rezeki yang berhajat untuk menyumbang RM bagi melicinkan program berbuka puasa ini boleh bank inkan ke akaun sdr firdaus. (BANK ISLAM - 07034020057370). jika ada buat transaksi sila maklumkan melalui sms 013 4221246 kepada beliau untuk tujuan rekod.

sangat bernilai derma dibulan mulia ini dan jamu orang berbuka akan mendapat pahala yang sama seperti insan yang berpuasa itu..sekaligus untuk dana arc ini. rebutlah tawaran ini selagi masih mampu merebutnya.

jom!!! pakat datang ramai memeriahkan...


Saturday, August 14, 2010

hadis qudsi : pengajaran ke 2.

salam.

nasihat & bimbingan hadis qudsi pengajaran ke 2 untuk bacaan semua..

Allah taala berfirman:

"Diri Ku menyaksikan diri Ku sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain diri Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi Ku, Muhammad itu adalah hamba dan rasul Ku. sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan Ku, tidak sabar atas cubaan Ku, tidak bersyukur atas nikmat Ku dan tidak merasa cukup terhadap pemberian Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain Ku."


"oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia,maka seolah-olah dia marah kepada Ku, sesiapa merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti Ku, sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri dihadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya, dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya didepan orang mati, maka seolah-olah dia telah mengambil tombak dan menghujamkan nya kepada Ku, dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu diatas kuburan maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah Ku dengan tangannya."


"dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah masukkannya ke dalam neraka jahanam dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman) maka sebenarnya ia semakin berkurang dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan berkurang maka mati adalah lebih baik baginya. sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya dan sesiapa yang panjang angan-angannya maka tidak ikhlas amalnya."

Wallahu'alam.

Tuesday, August 10, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

salam..

Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah Taala kerana kita masih diberi umur dan nyawa untuk bertemu pada Ramadhan kali ini. semua orang tahu bahawa ramadhan adalah satu bulan dalan islam yang penuh keberkatan, tawaran di ampunkan dosa, tawaran dibebaskan dari api neraka dan pelbagai lagi tawaran yang lumayan yang Allah sediakan untuk umat Nabi Muhammad.

umat Nabi Muhammad ni pendek-pendek umur nya, lebih kurang ke 60 tahun , yang lebih-lebih tu subsidi lah....tak macam umur umat Nabi yang lain, tu lah antara sebabnya Allah sediakan bulan Ramadhan yang penuh berkah untuk direbut sepuas puasnya...

malan lailatul qadar pahala umpama 1000 bulan ( 80 tahun lebih beribadah)


jom !! anak-anak muda terutamanya.. ketika badan tengah kuat dan sihat ni, pulun sungguh-sungguh, lakukan kebaikan, elakkan melakukan perkara yang tak baik atau dosa kerana Allah cintakan hambaNya yang kuat beribadah dan Allah lebih cinta kepada orang muda yang kuat beribadah dan melakukan kebaikan.

kata orang.. orang muda, darah muda membujur lalu melintang patah.. suka mencuba macam-macam benda yang baik atau pun tak, terikut dengan nafsu muda.. dugaan yang menggila di akhir zaman ni... kebebasan dunia tanpa sempadan dan semuanya..

jika orang muda dapat pertahankan diri daripada pertuhankan hawa nafsu ni tulah yang terbaik dan tulah sebabnya mengapa Allah suka pada orang muda yang boleh jaga iman.
                       syaitan di rantai utk goda tapi jika masih xsolat.xpuasa,buat maksiat.. amacam?

sedikit tazkirah atau peringatan kita bersama.... dacs pandan mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak 1431 H kepada semua kawan-kawan, moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas dan lakukan ibadah ini seumpama tak berjumpa lagi di tahun depan.

salam ramadhan....

Friday, August 06, 2010

nasihat & bimbingan hadis qudsi bil 1...

salam..

hadis qudsi, bicara Allah yang menegur secara direct kepada hambaNya selain melalui Quran, di kumpulkan oleh imam al ghazali dalam satu kitab yang mempunyai 38 pengajaran.. 
insyaAllah satu persatu akan aku paparkan untuk bacaan semua. 
moga menjadi pengajaran & keinsafan dalam diri kita. 
moga Allah berikan ganjaran pahala yang banyak seumpama air sungai yang mengalir & ampunkan segala dosa-dosa aku selama ini... amin.

pengajaran 1 :

Allah berfirman :

"wahai sekalian manusia, Aku (Allah) hairan melihat orang yang menyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang menyakini akan masuk kubur tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang menyakini akhirat tetapi ia masih bersenang-senang."

"Aku hairan orang yang menyakini hidup dunia dan segala bencananya tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air sedangkan hatinya tidak bersih."


"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah lakunya tetapi ia masih terus berbuat maksiat. begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri,kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri tetapi ia masih berjinak jinak dengan manusia. tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul Ku."

wallahu'alam.

Monday, August 02, 2010

aktiviti alternative riding club ride ke genting..

salam.

seperti yang dirancang.. alternative riding club pandan & selangor telah selamat naik dan turun dalam aktiviti riadah iaitu ride to genting pada pagi 1 ogos 2010.

aktiviti itu bersempena dengan program pelancaran logo dan baju T baru alternative riding club malaysia pada sebelah petangnya di seri gombak.

gambar2 sekitar program..

Sunday, August 01, 2010

tahniah pasukan bola sepak selangor...

Salam..

Liga bolasepak malaysia hampir sampai ke penghujungnya.. Department of arts culture & sports (dacs) selangor turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada para pemain & pengurusan pasukan bolasepak selangor (fas) kerana telah menjuara liga super musim 2009 untuk 2 kali berturut-turut dan mendapat habuan sebagai juara liga sebanyak  RM 500 ribu.

Selangor telah berjaya menewaskan terengganu 2-0 dan sekaligus dinobatkan sebagai juara liga super musim ini. Yang lebih manisnya adalah ia berlaku di tempat sendiri dan dihadapan penyokong merah kuning yang setia.

dacs selangor akan terus memberikan sokongan moral dan diharapkan pasukan selangor terus berada pada tahap permainan yang cemerlang untuk menghadapi cabaran piala malaysia pula..

teruskan misi untuk merampas kembali piala malaysia pada tahun 2010 ini dan mengembalikan kepercayaan para penyokong red giant seperti satu masa dulu..(aku pun dulu ahli selangor fun club masa zaman kegemilangannya... kat mana sekali pun selangor main, pasti rombongan selangor fun club ikut..)

merah kuning keberanian..menempuh segala halangan,
sekali melangkah buktikan kemampuan....

kepada para pemain & pihak pengurusan yang beragama islam.. diharapkan sembahyang menjadi keutamaan! selain berusaha.. doa & tawakal pada Nya juga mustahak !!.
selamat penyambut Ramadhan Al Mubarak..

sekian.