Subscribe:

Penjejak

Labels

Monday, November 29, 2010

battle of the band - 4 dis 2010

salam.

kepada semua penggemar-penggemar/penghibur aliran rock... kepada rockers2 di luar sana !!

dacs bakal menganjurkan 'live band- battle of the band'

bakal diadakan di kapar, kelang pada 4.12.2010 bermula jam 12thari dan berakhir pada jam 9 malam.






antara tujuan dianjurkan program sebegini rupa.. 1st islam tu tak larang hiburan asalkan ikut garis panduan yang syarak tetapkan. 2nd nak bagi tau yang kami ni (dacs) tak lupakan rockers-rockers diluar sana dan ada juga program yang sesuai untuk korang. 3rd walau apa pun program yang dianjur.. mesej dakwah supaya semua balik ke arah agama tak ditinggalkan. dan banyak lagi tujuan.....

pihak penganjur ada syarat ringan yang dikenakan.. simple je bro!! antara cara nak elakkan nyanyian jadi maksiat...1 lirik jangan ada unsur puja wanita atau seumpamanya. 2 jaga adab ketika berhibur, jangan ada aksi  yang menghairahkan terutamanya penghibur wanita. 3 jangan ada percampuran lelaki/wanita. 4 bab lagu apa pun boleh rock.rap,hiphop,balada.. macam2lah. lirik je kena jaga.


ok sekian.. jangan lupa datang ramai-ramai saksikan atau daftar sebagai peserta..

Friday, November 19, 2010

selamat bercuti kepada semua pelajar..

salam..

Alhamdulillah kita semua masih di beri nafas dan kesihatan yang baik oleh Allah Taala untuk kita menjalani dan menempuh kehidupan yang mendatang. kita semua patut zahirkan rasa penuh kesyukuran atas segala nikmat ini dengan kita taat atas segala perintah dan larangan yang Allah Taala tetapkan pada kita semua.

kepada kawan-kawan dan adik-adik hari ini 19.11.2010 jumaat bersamaan 12 zulhijjah adalah hari terakhir persekolahan dan esok semua pelajar akan mula bercuti akhir tahun lebih kurang hampir 2 bulan.


mungkin keluarga masing-masing telah mengaturkan pelbagai program untuk mengisi musim cuti ini.

dacs/arc pandan mengucapkan kepada semua selamat bercuti dan isilah masa-masa cuti kalian dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri dan keseluruhan. di kebanyakkan negeri hujung tahun adalah muasim hujan dan banjir, oleh itu dacs pandan menasihati kalian agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luaran sebab malang tak berbau....

sambil-sambil itu carilah program-program ilmu samada di surau, masjid atau di mana saja untuk menjinakkan hati kita dan menjadikan kita manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.

sekali lagi kepada semua ... selamat menempuh musim cuti sekolah hujung tahun dan kepada ibu bapa jadikan masa ini yang terbaik untuk bersama anak-anak. loronglah mereka ke arah cara hidup islam dan menjadi insan yang bertaqwa. itulah tanda syukur kita pada Allah.

masing-masing umur meningkat 1 tahun lagi, diharapkan JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG kerana statistik dari pihak agama hanya tak sampai 40 % dari rakyat malaysia ni yang sembahyang penuh !!.

kata ulama'- sinarilah kubur kalian dengan perbanyakkan membaca Al Quran, luaskan kubur kalian dengan perbanyakkan bersedekah dan lindungi diri kalian dalam kubur dengan solat 5 waktu.

sekian.

Sunday, November 14, 2010

ketua arc selangor meninggal dunia kemalangan...

salam...

arc selangor telah menerima satu berita yang menyedihkan iaitu saudara firdaus ( ketua arc selangor ) telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada tengah malam 14.11.2010 di lebuh raya grand saga susur ke kajang.

as syahid dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berprogram seharian generasi idaman selangor (gems) di hulu langat batu 14. as syahid lead slot arc safety riding bersama saudara yasir said pada sebelah petang.

as syahid berdua bersama anaknya pada masa kejadian tersebut  dan Alhamdulillah anaknya selamat dan kini berada di hospital kajang.

jenazah as syahid telah di bawa ke hospital serdang untuk di bedah siasat, mandi, kafan dan solat jenazah. dan atas permintaan ibu bapa as syahid , jenazah telah di bawa ke penang ( kg sg nibong besar ) untuk di semadikan.

as syahid firdaus meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

hidup mulia atau mati sebagai syuhada
as syahid seorang yang sangat komited dalam menjayakan program2 arc peringkat negeri dan beliau bercita-cita untuk menaikkan nama arc di selangor ini tapi Allah lebih menyanyangi beliau. Insyaallah akan ada pengganti untuk meneruskan cita-cita as syahid ini..


dacs pandan mengucapkan takziah pada keluarga beliau.


Al Fatihah..

Friday, November 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

salam..

bertemu lagi...

Allahu akbar!... Allahu akbar!... Allahu akbar!...

dacs/arc pandan dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha ( hari raya korban ) kepada semua kawan-kawan.

ayuh !! kita semua menghayati  erti pengorbanan yang sebenar... > korbankan kejahilan.. zahirkan kebaikan dalam diri demi untuk meninggikan syiar/syariat agama islam di bumi malaysia tercinta ini.

bagi yang mempunyai kelebihan rezeki, sertailah ibadah korban kali ini dengan beberapa bahagian yang mampu. semoga Allah terima segala amal ibadah kita InsyaAllah.

& Al Fatihah...

terkini 11.11.10 sebelah malam. penyanyi kumpulan fotograf shamrin telah kembali kerahmatullah.

dacs selangor dan dacs pandan mengucapkan takziah pada keluarga arwah. semoga Allah kuatkan kesabaran dalam menempuh ujian ini.
kepada semua jadikan ini satu peringatan dan persiapkan diri dengan bekalan akhirat secukup-cukupnya sebab kita semua pasti akan mati !!
bila ??? wallahu alam.