Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, May 26, 2011

tayangan skrin besar uefa final ...

salam.

sempena pertembungan dua kelab gergasi eropah dalam perlawanan akhir uefa 2011 pada 29.5.2011 ahad  jam 2.30 pagi.. dacs selangor telah mengarahkan dacs kawasan-kawasan untuk anjurkan tayangan skrin layar besar untuk para penonoton,belia setempat dapat menyaksikan perlawanan tersebut dengan selesa.

oleh itu dacs selangor telah memilih dacs pandan untuk sama-sama bekerjasama menjayakan program tersebut. lokasi yang telah dipersetujui adalah di :

restoran mamak al syarjah taman lembah maju ( belakang sekolah rendah pandan indah).

saudara hakim arshad selaku pengerusi dacs pandan dan saudara suhaimi selaku pengarah program telah menyatakan untuk memberi komitmen bagi menjayakan program ini dan kesedian pihak restoran syarjah untuk menjadi tapak lokasi tayangan sangat-sangat dacs selangor hargai.

difahamkan pelbagai acara dan hadiah yang menarik disediakan oleh dacs pandan antaranya cabutan bertuah dan teh tarik percuma untuk penonton.

oleh itu dijemput .... semua warga pandan dan sekitar dijemput ramai-ramai datang memeriahkan dan menonton dengan kawan-kawan.. lebih syok !!!

memburu kejuaraan ke dua musim ini..

sebelum itu.. pada 28hb sabtu jam 8.30 malam perlawanan liga super malaysia antara selangor vs negeri sembilan @ stadium shah alam...

jom !! turun dengan pakai jersi pasukan masing-masing...

sekian.

Sunday, May 22, 2011

takziah &simpati dacs selangor kepada mangsa tanah runtuh.

salam.

dacs pandan khasnya dan dacs selangor amnya sangat bersimpati atas kejadian tanah runtuh (landslide) yang berlaku pada asrama anak-anak yatim at taqwa hulu langat batu 14 pada 21 mei 2011.

salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan yang terselamat angaplah ini satu ujian dan dugaan dari Allah Taala kepada hambaNYA.

kejadian yang secara tiba-tiba berlaku dikala adik-adik di asrama itu sibuk menjalani latihan nasyid di bawah khemah untuk persiapan satu event. difahamkan beberapa hari sebelum itu sudah terjadi tanah runtuh berdekatan  asrama berkenaan.

anyway..takziah sekali lagi dan kejadian ini menjadi peringatan kepada kita semua.

wallahu alam.

terima kasih kepada pejabat adun chempaka.

salam.

saya selaku pengurus pasukan Nusantara fc dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada yb iskandar abdul samad (adun chempaka) kerana sudi menjadi penaja utama pasukan nusantara fc ini yang bermain dalam liga selangor.

Alhamdulillah dengan tajaan kewangan ini, boleh lah pasukan nusantara meneruskan baki saingan dalam liga ini dan dapat juga melakukan pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk ahli-ahli kelab ini dan sesiapa sahaja..

penajaan ini sudah pasti satu tanggungjawab dan khidmat masyarakat yb iskandar (pejabat adun chempaka) selaku wakil rakyat dan kami sebagai anak muda sangat menghargai jasa, sumbangan dan yang paling penting yb dapat memahami kehendak dan kemahuan anak-anak muda dalam kawasan yb (pejabat adun chempaka).

sekali lagi... Alhamdulillah tq Allah dan terima kasih adun chempaka !!

sekian.

Saturday, May 14, 2011

akademik bolasepak pkns fc / dacs pandan

salam.

Alhamdulillah.. akademik bolasepak diteruskan lagi untuk siri 2011. kerjasama erat antara pkns fc, pejabat adun chempaka dan dacs pandan bakal menyemarakkan lagi aktiviti sukan bolasepak dikalangan anak muda sekitar chempaka khasnya dan pandan amnya. mencungkil bakat-bakat terpendam.

siri kali ini program berlangsung selama 6 minggu iaitu setiap hari ahad. para peserta yang berbakat berpotensi mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih oleh kelab bolasepak pkns ke peringkat seterusnya.

akademik bermula pada 22 mei 2011 dan bertempat dipadang awam taman kencana,pandan indah (berhadapan dengan sekolah menengah pandah indah). tempat adalah terhad untuk kategori 13-14 tahun dan 15-16 tahun.


boleh hubungi 019-2278947 atau 016-2806132 untuk pendaftaran.

sekian.

Tuesday, May 03, 2011

temasya sukan peringkat selangor di pandan 7 mei.

assalamualaikum.

untuk pengetahuan semua, pada 7 mei 2011, hari sabtu bertempat di padang awam majlis perbandaran ampang jaya (mpaj) berhadapan balai bomba pandan indah akan berlangsung satu temasya sukan tahunan  kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun dari sekolah pusat asuhan tunas islam (pasti) peringkat negeri selangor.

hanya 2 acara dipertandingkan iaitu bola sepak 5 sebelah lelaki dan bola jaring perempuan. penyertaan adalah terdiri daripada 22 kawasan dalam selangor.


segala persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini. insyaAllah segalanya berjalan dengan lancar.

pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

sukan Pasti peringkat negeri selangor dianjurkan oleh Pasti selangor dengan dibantu oleh pasti kawasan-kawasan, dacs dan jabatan amal berdekatan.

seluruh rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

wallahu alam ....sekian.

Monday, May 02, 2011

eratkan hubungan.. dacs seluruh selangor.

assalamualaikum :

1 mei 2011 bertempat di dewan datuk hormat, tanjung karang selangor adalah satu tarikh muktamad terlantiknya pengerusi dacs kawasan-kawasan seluruh selangor sebanyak 22 kawasan.

insyaAllah apabila pemuda peringkat negeri selangor melantik pengarah dacs yang baru nanti, diharapkan dacs semua peringkat dapat memberikan kerjasama dan sama-sama berganding bahu dalam dacs mendepani cabaran untuk turun dan berprogram bersama anak-anak muda dan belia keseluruhannya.

dacs pandan mengharapkan selepas ini program-program yang bakal dianjurkan oleh dacs atau arc akan lebih kreatif dan mengikut arus atau selera orang muda.

dacs atau dalam maknanya " department of arts culture & sports " adalah satu kelab sukan yang memerlukan dana atau sumber kewangan yang banyak untuk merealisasikan setiap program yang dirancang.

kepada para dermawan dan sesiapa sahaja yang nak menyumbangkan kewangan bagi menjayakan setiap program adalah sangat-sangat dialukan. boleh hubungi saya halim ahmad di talian 019 2115995 atau email abumuaz78@yahoo.com untuk sebarang maklumat dan yang paling utama ialah setiap program yang dirancang .. batasan agama dititikberatkan.

hanya Allah selayaknya membalas jasa kalian semua yang menyumbang. sekian.