Subscribe:

Penjejak

Labels

Friday, June 24, 2011

ayuh !! semua ke himpunan aman bersih 2.0 - 9 julai 2011.

salam

malaysia mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya berparlimen, maksudnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan rakyat perlu keluar mengundi yang dikendalikan oleh suruhanjaya pilihanraya (spr).

sistem demokrasi pilihanraya berparlimen tidak melanggar syarak dan boleh dilaksanakan. spr sepatutnya menjadi badan bebas dalam mengendalikan pilihanraya, bebas, adil dan tidak berat sebelah akan tetapi apa yang terjadi sekarang ini, suasana di malaysia semua badan yang dikatakan bebas tadi telah mengikut telunjuk parti yang memerintah.

walaupun ada negeri yang menang dan ada yang negeri tewas yang kononnya dikatakan adil dan telus dalam pilihanraya.. ya ! tetapi dari sudut lain dan banyak sudut lagi pilihanraya ini berada di atas padang yang tak rata umpama dalam gelanggang tinju seorang diikat tangan dan kaki dan seorang lagi bebas dan pengadil berat sebelah kepada yang bebas tadi.. bayangkan sapa yang kena lanyak !!

atas sebab itulah rakyat menuntut supaya beberapa perkara dalam sistem demokrasi dikembalikan hak nya kepada rakyat. ke arah demokrasi yang telus.

antara 8 tuntutan hak rakyat ialah :
1. bersihkan senarai undi. (daftar pemilih)
2. mereformasikan undi pos (mansuhkan sebab tidak diyakini ketelusannya)
3.guna dakwat kekal selepas membuang undi (ada kes sorang undi banyak kali berlainan tempat)
4.masa kempen minima 21 hari.(pihak pemerintah bertalu-talu kempen melaui tv/radio)
5.akses media yang adil dan bebas.(siaran perdana untuk semua yang bertanding)
6.kukuhkan institut awam.( jangan gunakan harta kerajaan untuk berkempen)
7.hentikan rasuah.(gadaikan maruah dan negara sebab menang atas perkara jijik dan hina)
8.hentikan politik kotor.(elakkan budaya fitnah dan jatuhkan maruah seseorang)

rakyat yakin dan percaya jika semua ini berlaku dan semua parti bertanding atas tanah yang rata, adil dan bebas.. satu keputusan yang sangat memuaskan dan corak pemerintahan negara malaysia akan berubah kearah yang lebih baik dan amanah yang jauh dari budaya rasuah, penindasan dan berkebajikan mengikut lunas-lunas agama yang suci.

oleh itu.. ayuh !! anak-anak muda semua yang cintakan keadilan, kita turun ramai-ramai BERHIMPUN SECARA AMAN ( walk for democracy) pada 9 julai, sabtu jam 2 petang di kuala lumpur. pakai baju warna kuning

diharapkan tiada yang melakukan provokasi dengan sengaja untuk menghuru harakan keadaan dan diharapkan juga pihak berkuasa menjaga keamanan peserta himpunan aman bukan pemula provokasi sebab daripada selesai dengan segera mungkin berlarutan hingga berjam-jam.

dacs selangor dan dacs malaysia menjemput semua rakyat terutama belia/pemuda untuk sertai.
WALK FOR PEACE & DEMOCRACY.

Friday, June 17, 2011

membina jambatan dengan seniman..

as salam..

department of arts, culture & sports DACS telah lama berurusan atau lebih tepat lagi menjalinkan persahabatan dalam pelbagai program dengan golongan seniman seperti penyanyi,pelakon,atlit sukan dan sebagainya.

atas dasar itu dacs kali ini sangat berhajat untuk mengukuhkan lagi jambatan antara kedua-duanya.

dacs telah bekerjasama dengan ramai rakan-rakan artis antaranya blank gamma, bob lokman, renggo, mel wings, akhil hayy, radhi melissa, aris ariswatan dan ramai lagi.

insyaAllah dacs akan terus membina jambatan dengan golongan seniman ini untuk sama-sama berprogram untuk anak-anak muda ke arah kebaikan dan mengikut lunas-lunas syarak.

sepatah ayat dari dacs selangor khasnya dan dacs malaysia amnya... 'tak cukup tapak tangan talam kami tadahkan demi silaturrahim sesama kita...'

sekian...orang muda geng kita.

konvoi arc pandan - anak muda geng kita

salam

Alternative riding club pandan (arc) akan menganjurkan konvoi arc anak muda geng kita pada 18 jun 2011 sabtu, bermula dari jam 8 pagi dan dijangka berakhir pada 2 petang.

Konvoi ini saya dimaklumkan adalah untuk mengumpulkan belia setempat di pandan ni dan bersama-sama bermotor keliling kawasan pandan ini dan pelbagai acara menarik juga disediakan.

Para peserta akan dilepaskan oleh yb iskandar samad (adun chempaka) di pandan jaya melalui beberapa check point dan menuju ke lokasi akhir di pusat tarbiyah pandan (ptp-pandan indah). bbq disediakan disana..

arc pandan menyediakan pelbagai barang percuma kepada para peserta iaitu t shirt, petrol dan minyak 4t maxoil.

so...kepada semua belia setempat atau yang berminat nak join.. call sdr ayie atau akem  0192278947 untuk pendaftaran.

jom !! ramai-ramai meriahkannya..

Monday, June 13, 2011

berazam cemerlang..

assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini dan juga pengerakkan dacs sekalian...

untuk lebih up to date.. blog ini akan memaparkan segala aktiviti atau program dacs dan arc di semua peringkat sebelum atau selepas program atau pun yang akan datang.

diharapkan kepada semua pengerusi dacs kawasan-kawasan dapat email kepada saya segala laporan yang berkaitan siap dengan gambar lagi bagus untuk di post kan dalam blog ini.

email kepada saya ke : abumuaz78@yahoo.com. nyatakan kawasan mana, program apa dan gambar yang menarik untuk tatapan penggemar blog ini. dan yang paling penting sebar luaskan alamat blog ni !!

dacs selangor berazam untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih kreatif untuk belia setempat. segala idea dan pandangan kalian dialu-alukan. saya akan cuba postkan berita bukan sahaja diperingkat kawasan dalam selangor ni malah dacs peringkat negeri seluruh malaysia. (jika saya dapat berita lah...) insyaAllah.

pelbagai program yang bakal dirangka mengikut arus perdana dan citarasa golongan muda sekarang antaranya seni dan hiburan. akan tetapi segala program yang bakal dianjurkan mestilah lepas dari tapisan syarak, iaitu jadikan ustaz-ustaz yang bersesuaian sebagai tempat rujukan sebab selalunya program-program dacs atau arc ni bertembung dengan masalah hukum. (malu bertanya sesat jalan)

ok jumpa lagi... orang muda geng kita !!!

Monday, June 06, 2011

rasuah.. oh rasuah...

assalamualaikum,

rasuah ? satu penyakit yang sangat merbahaya jika menghinggap..dari segi islam pun sudah salah atau lebih tepat lagi haram jika seseorang itu memberi atau menerima rasuah.

biasanya rasuah ini berlegar dikalangan orang bisnes dan ahli politik yang tak takut pada Allah tetapi kini malah dari dulu lagi amalan rasuah ini sudah berjangkit ke dunia sukan terutamanya di malaysia khasnya.

sukan..tak kiralah sukan apa pun akan hancur merudum jika penyakit rasuah berleluasa dan lebih parah lagi jika orang politik yang memimpin sesuatu badan sukan. sebabnya dengan kuasa politik yang dia miliki, dia boleh menolak dan mengambil sesiapa sahaja yang dia suka untuk duduk dibarisan depan sesuatu badan sukan itu.

makna kata sapa yang rasuah lebih, dialah yang dapat walaupun dia tidak layak !!

amalan rasuah ini sudah berakar umbi di semua agensi yang ada di malaysia ini. sebab itulah agama sangat-sangat melarang umatnya melakukan amalan rasuah. yang layak tapi takde duit akan tersingkir dan yang tak layak tapi berduit terpilih.

dalam sukan bolasepak sebagai contoh.. amalan rasuah ini terjadi disemua peringkat dari sekecil-kecil kelab hingga sebesar-besar kelab, dari pemain hingga ke atasan.. sebab itulah sukan negara kita semakin mundur.

perkara ini juga terjadi diperingkat antarabangsa.

dacs selangor sangat-sangat mengharapkan budaya rasuah ini di hentikan dan diperangi habis-habisan. jika ini berlaku.. insyaAllah kemajuan dalam semua jenis sukan akan menyinar kembali.

si pelaku rasuah tak kaya pun, malah hidup dia sekeluarga akan terus sengsara secara zahir dan batin sebab benda haram mengalir dalam darah daging nya...

wujudkan akta yang berat kepada pelaku supaya menjadi iktibar kepada yang lain dan jangan pula yang menjaga akta pulak yang paling kuat makan rasuah !!!

majulah sukan untuk semua... sekian.