Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, January 28, 2012

dunia seni hiburan...

salam

Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah kerana aku merasakan sudah makin ramai golongan seni atau selebriti ini berhijrah berperingkat ke arah kebaikan.

perlu diingat.. artis adalah ikon anak muda dan apa sahaja yang mereka lakukan mudah menjadi ikutan muda mudi.. secara tak langsung menjadi saham kepada artis tersebut.

sebagai contoh najwa latif dan seumpanya .. imej bertudung yang menjadi kewajipan bagi seorang wanita dan yang paling best menjadi ikutan.. Islam tidak melarang umatnya berhibur tapi biar kena pada caranya. malah jika dia berbakat dalam macam-macam bidang lagi terbaik.

maksudnya.. artis perlu jadikan dirinya ikon yang bermanfaat untuk muda mudi ikut dan sekaligus membantu kerajaan dalam menangani masalah sosial yang sangat dahsyat dewasa ini.

dacs - berteraskan seni, budaya dan sukan sangat berbesar hati jika dapat bersama semua pihak dalam menjalinkan persahabatan yang berterusan.

rasuah oh rasuah...

salam..

liga malaysia sudah bermula .. namun penyakit rasuah, atur perlawanan, beli pemain dal lain-lain masih lagi menghantui semua pihak terutama pihak fam.

kenapa perkara ini masih terus berlaku ????

ada sesetengah kes, sehingga membawa kemerosotan pada prestasi pasukan akibat daripada barah rasuah ini dan tidak salah jika aku katakan tak kemana sesuatu jenis sukan itu jika penyakit rasuah, jual perlawanan atau bookie bermaharajalela. merosot dan terus merosot walaupun berjuta duit rakyat diperuntukan untuk memajukan sukan tersebut.

yang kenyang tetap kenyang tapi kemajuan sukan itu tak kemana.

bagi aku penyakit ini sudah menjadi darah daging pada sesetengah orang ataupun sesetengah pihak yang berkepentingan. aaahhhh !!! dari yang atas hingga yang bawah jika amalan rasuah dah jadi darah daging.. bukan saaja sukan malah negara ini pun boleh hancur !!!

contoh mudah.. ada pegawai dari jabatan cegah maksiat ditangkap khalwat.. pelik kan ? hahahaaa...
dan pegawai cegah rasuah makan rasuah.. hahahaaa....

pening aku.

anyway.. diharapkan mutu sukan negara kita terus gemilang. sebenarnya sukan bolasepak ini memang antibody tak kuat, penyakit rasuah mudah hinggap.. sukan lain malaysia hebat dimata dunia seperti badminton, squash dan lain-lain.

moga orang yang bawa penyakit ini dikuarintin kan dalam penjara....

Assalammualaikum...

Alhamdulillah aku baru berkesempatan usik blog ni... aarrrkk..

pertama dan selamanya.. syukur pada Allah kerana masih lagi sihat dan bernafas dengan jayanya.

untuk makluman semua pada 21 dan 22 januari lepas.. ARC Selangor adakan retreat santai di janda baik bentong Pahang. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk hadiri mengisi slot forum pada malam tu..dan yang mengejutkan aku antara ahli panel forum tersebut adalah ibu Ainon Mohamad pemilik PTS satu syarikat penerbitan buku-buku yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat buku.

dan kami berprogram di rumah beliau sendiri yang sangat luas dan selesa.

jutaan terima kasih kepada penggerak ARC selangor kerana bersama berusaha memikir, berkorban masa tenaga dan sebagainya untuk melihat alternative riding club ARC ni menjadi satu kelab bermotor yang sesuai untuk mendekati anak muda di luar sana...