Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah ARC Sarawak berjaya dilancarkan pada bulan Jun 2012 yang lepas. aku mewakili DACS Malaysia bersama sdr yasir said ( presiden ARC Malaysia ) dan sdr fadhil osman ( timbalan DACS Malaysia ) telah ke sana.

ambil kesempatan masuk brunei. hehe. dengan bantuan sahabat dari brunei kami dibawa pusing-pusing Bandar Seri Begawan dalam masa yang singkat tapi sangat puas hati.

untuk tatapan semua.


border miri-brunei tenang & sunyi.

donkey pump. terbaik ooo !!!!! milik shell


bersama yasir said.

kg atas air  @ brunei



bandar seri begawan






senja di masjid omar ali saifuddin 


kubah salut emas tulen

ready utk berkonvoi @ ARC miri


KL dari udara






bersama anak muda Miri @ pelancaran ARC Sarawak



bersama pimpinan pemuda Miri

di pasar rakyat. orang Kg jual hasil tanaman.

sejarah - tempat mula-mula minyak dijumpai di Miri


puncak bukit



Friday, July 06, 2012

Tahniah Spain!

Salam..

Berakhir sudah kejohanan UEFA EURO 2012 ini.

Perlawanan akhir antara pasukan Spain vs Italy memang cukup dramatik. Sebelum perlawanan pun berbagai persepsi timbul, ada kata Italy boleh makan Spain dan ada cakap Spain akan kekalkan kejuaraan.

Mula-mula perlawanan agak seimbang. Masing-masing boleh kawal bola. Tapi pada minit ke-14 gol pembukaan pun dicipta menerusi tandukan Silva hasil hantaran daripada Fabregas.

Silva menanduk


Pertahanan Italy mula goyah, Spain meneruskan serangan bertubi-tubi. Dan pada minit ke-41 akibat kelalaian pertahanan Italy, Jordi Alba meletakkan Spain di kedudukan 2-0.

Alba menjaringkan gol ke-2


Malangnya Thiago Motta yang baru dimasukkan mengalami kecederaan pada 28 minit terakhir. Italy terpaksa bermain 10 orang kerana semua pertukaran telahpun dibuat. Permainan Italy mula slow.


Thiago Motta terpaksa dikeluarkan


Perlawanan berlanjutan, serangan demi serangan ke atas benteng Italy. Pada minit ke-84, Torres meletakkan Spain pada kedudukan yang cukup selesa dengan kelebihan 3 gol tidak berbalas.


Jaringan ke-3 daripada Torres




Dan pada minit terakhir Juan Mata meletakkan Spain menang bergaya 4-0 selepas hanya beberapa minit saja dimasukkan.

Gol ke-4 buat Spain


Wisel penamat pun berbunyi dan bersoraklah Spain kerana berjaya mengekalkan 3 kejuaraan besar berturut-turut.


Sorakan kemenangan
Hampa..

Yeaaahhh!!

Tahniah Spain!
Kita jumpa lagi di piala dunia plak.

Sekian..