Penjejak

Labels

Sunday, August 28, 2011

salam aidulfitri 1432 h.

salam...

saya mengucapkan selamat hari raya aidulfitri 1432h kepada seluruh muslimin dan muslimat di malaysia ni dan khasnya kepada pembaca blog ni..

kepada yang nak balik ke kampong tu....hati-hati memandu. ingatlah Allah, Rasul dan orang tersayang. semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang semula ke kuala lumpur nanti.

jangan gadaikan pahala kita sepanjang bulan ramadhan di 1 syawal.

semoga bergembira bersama seisi keluarga, sanak saudara dan salam aidulfitri..

lawatan ke tapak jambori arc @ jerai, kedah.

assalamualaikum..


Alhamdulullah.. dengan izin Allah Taala pada 20 ogos 2011, saya dan beberapa sahabat iaitu sdr yasir said, sdr fadhil osman, sdr ahmad faroqi dari dacs malaysia telah berjaya mengadakan lawatan ke tapak program.. tempat yang bakal berlangsungnya jamboree arc peringkat kebangsaan kali ke 2.

 jambori arc bakal diadakan pada 30 september - 2 oktober 2011 di gunung jerai, kedah.

diharapkan arc negeri-negeri bersedia untuk berjamboree sambil beriadah dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. cuaca yang cukup sejuk di jerai ini.

insyaAllah program ini menjadi satu pengalaman yang sangat bernilai pada setiap peserta yang terlibat.

Sunday, August 21, 2011

quran digital 'special price' buy 1, free 1..

assalamualaikum semua:

Di sini saya sediakan satu tawaran kepada tuan/puan untuk memiliki quran digital pada harga yang sangat mampu milik ..produk yang terbaru yang telah dikemaskini dan  mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan. semua sudah maklum akan keberkesanan al quran digital ini.

Sila hubungi atau sms saya ditalian 019 211 5995 untuk tempahan. penghantaran ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak adalah percuma.

Harga yang ditawarkan ialah rm 399 untuk 2 naskah quran..
( Beli satu percuma satu )..

model : QM 8100 (pen beteri)


model : QM 8100 (pen bateri)
model : M 900 ( pen charger )

model : M 900 (pen charger)


cepat.. jangan lepaskan peluang ini, tawaran yang sangat menarik dan mampu milik !!! tkasih.



Monday, August 01, 2011

majlis MoU arc-maxoil malaysia berjaya...


Alhamdulillah.. segala yang dirancang selama ini telah berjaya dirialisasikan. tanggal 30 julai 2011 /29 syaaban 1432H mencatatkan sejarah tersendiri pada alternative riding club (arc) malaysia.

diharapkan usahasama antara arc-maxoil malaysia membawa sinar baru dan menaikkan lagi nama arc malaysia sebagai sebuah kelab permotoran yang menjadi pilihan anak-anak muda atau belia tempatam untuk menyertainya.

sesuai dengan moto arc iaitu " we ride only for charity"... sebuah kelab yang mengutamakan soal rohani dan jasmani dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

semoga segalanya berjalan dengan lancar.. kepada anak muda di selangor boleh berhubung terus dengan sdr kahfi atau sdr suhaimi untuk pendaftaran menjadi ahli arc-maxoil ini. presiden arc malaysia adalah sdr yasir said.

selamat meyambut ramadhan al-mubarak

assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.

disini dacs malaysia dan dacs selangor ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh pembaca blog ini dan umat islam keseluruhannya.

jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan.

anggaplah puasa ini adalah puasa yang terakhir agar kita menjalaninya dengan bersungguh-sungguh.

banyakkan membaca Al Quran bersama kawan-kawan, bertadarus dalam kumpulan kecil dan ringankan tangan untuk bersedekah. tawaran yang sangat lumayan dari Allah Taala.