Penjejak

Labels

Sunday, November 27, 2011

selamat tahun baru hijrah 1433

aku mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua para pembaca khususnya dan ummat islam khasnya.. semoga dengan kehadiran tahun yang baru ini, kita membina satu azam yang baru untuk diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat setempat kita.

setahun sudah berlalu.. apa yang kita dah capai dalam persiapan kita sebagai seorang hamba Allah? diharapkan tahun yang baru ini kita menjadi lebih terbaik daripada yang lepas..

jangan hanya kita berarak sambil bawa sepanduk tapi tidak mengambil iktibar dari penghijrahan Nabi. bukan pindah dari satu tempat ke tempat yang lain sahaja tetapi hijrah yang terbaik adalah hijrah pemikiran dari sekular ke pemikiran islamik, pemerintahan acuan barat kepada pemerintahan mengikut acuan islam, dari kelakuan seperti jahiliah moden kepada kelakuan seorang muslim yang hebat dan pelbagai lagi perkara yang bersesuaian dengan konsep hijrah sebab skopnya sangat luas. jangan disempitkan dengan hanya berarak, berselawat selepasn tu lawan Nabi pulak !!! (tolak Quran dan Sunnah adalah satu cara lawan Nabi dan Allah)

selamat menyambut tahun baru islam 1433 hijrah....

bersama di jambori arc johor.

Antara peserta jambori arc.
konvoi berbasikal sejauh 35km. ACC

Assalamualaikum semua :

Alhamdulillah pada 26 november 2011 di kluang, johor telah berlangsung satu program yang menarik iaitu jambori arc peringkat negeri johor.

lokasi jambori arc johor di diamond hill, kluang.. kawasan dalam hutan yang sungguh tenang. pelbagai acara menarik disediakan untuk para peserta seperti live band dari alternative band club ABC, santai di kolam renang, bbq dan acara bebas.

arc johor berjaya mengumpulkan kumpulan mat-mat motor dan juga kumpulan geng-geng basikal yang diberi nama alternative cycling comodity ACC.

aku mewakili dacs pusat mengucapkan syabas dan tahniah kepada dacs johor diatas penganjuran ini. terbaik!! harap negeri lain pun mampu anjurkan jambori arc masing-masing.. pengisian, terpulang pada kreativiti sendiri..yang penting menarik !!!

live band dari abc...


marshall dah ready...

Monday, November 07, 2011

aku @ anugerah skrin 2011

dacs - merangkumi tugasan dalam seni (hiburan), budaya dan sukan.

bersama merasai suasana kehidupan anak-anak muda, selebriti, ahli sukan dan semua orang. medan dakwah yang sangat luas. tak semestinya dengan cara anjurkan aktiviti untuk kita mendekati anak muda malah menghayati, merasai, melalui dan sertai aktiviti mereka pun dikira satu cara untuk melebarluaskan tugasan penerangan dakwah atau mengajak bersama-sama ke arah kebaikan.

walaupun ditempat-tempat yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai atau tak sesuai untuk dikunjungi atau 'dangerous'... tapi untuk misi khas dacs... kita redah demi untuk tengok dan fikir apa yang perlu dilakukan jika suatu hari nanti Islam mentadbir. adakah nak hapuskan semuanya? Islam datang bukan nak mengharamkan semuanya tapi Islam datang ank perbetulkan apa yang tak betul sahaja. simple !!

kena buka fikiran dan fikir luar kotak  agar lebih fleksibel dalam segala hal.

contoh seperti golongan selebriti.. berhibur adalah periuk nasi dan karier mereka. mereka mempunyai ribuan peminat dan menjadi ikon masyarakat. mereka boleh mencorakkan anak muda...


depan pintu masuk.. tapi aku xmasuk sini..
bersama bro awie wings. "salam perkenalan"
bersama otai bro altimet.. hip hop
lagu 'cinta muka buku'.. anak muda 16 tahun. bertudung.

yang penting apa yang kami lakukan ini tak langgar syariat dan dasar. Jalan terus !!!