Penjejak

Labels

Monday, October 25, 2010

riadah mingguan....25.10.2010

salam..

Alhamdulillah aktiviti hujung minggu dacs pandan berjalan seperti biasa... main futsal.

dengan aktiviti bersukan ni sekaligus ia menggantikan satu senaman fizikal yang payah nak lakukan di waktu lain. keluar gak peluh!!. selain dari merapatkan ukhwah sesama ahli, ia boleh "release tension" dalam kepala...

semoga aktiviti ni berjalan berterusan tanpa henti dan menari minat kawan-kawan lain untuk sertai sekali dacs pandan ni. Insyaallah kejohanan futsal tahunan dacs pandan terbuka edisi 2010 bakal dianjurkan kemungkinan dalam bulan disember ni. jadi.... pasukan-pasukan yang berminat untuk sertai kejohanan kali ini boleh siap sedia. harap-harap ada tajaan untuk hadiah yang lebih lumayan....

jika ada syarikat-syarikat korporat atau dermawan perseorangan yang sudi nak beri tajaan dalam apa bentuk sekalipun dialu-alukan.. boleh berhubung terus dengan saya. ( email : abumuaz78@yahoo.com)

sekian.

Wednesday, October 13, 2010

arc malaysia sempena ke moto gp sepang.

salam..

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan sebaiknya...moto gp kali ni diadakan pada satu tarikh yang begitu simbolik yang mana ramai manusia merancang mengadakan pelbagai program atau aktiviti bersejarah dan penuh makna dalam hidup untuk dikenang iaitu tanggal 10.10.10.

sebelum terlupa...tarikh itu juga menggemparkan negara dengan satu kemalangan ngeri membabitkan bas express dan beberapa buah kenderaan lain di labuhraya plus yang mengorbankan 12 nyawa. dacs/arc selangor dan malaysia mengucapkan takziah pada keluarga mangsa dan yang mampu diucapkan ialah "bersabar atas ujian yang menimpa. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu".

ada orang kata... majikan bas express ni memberi gaji + elaun  yang tinggi berdasarkan target trip yang dapat diselesaikan dalam sehari. ntah le, mungkin jika majikan sediakan gaji yang menarik tanpa perlu terkejar-kejar trip , pemandu akan memandu dalam keadaan 'cool & steady'.jangan sampai rugi syarikat udah....
pihak berkuasa boleh le cuba kaji perkara ni. sebab pemandu bas membawa nyawa yang ramai ! silap langkah tu yang jadi " bas terbang.."

balik semula cerita program arc ni.. pada kali ini alternative riding club - arc malaysia dapat mengumpulkan peserta seramai 80 orang lebih yang datang dari terengganu, kedah, penang, selangor dan wp. peserta konvoi telah bermalam di kawasan pandan, selangor.

program bermula pada petang sabtu dengan kehadiran para peserta, sebelah malam pula pihak penganjur menyediakan satu slot tayangan sejarah moto gp dunia dan juga slot khas penerangan dan jualan dari maxoil maxcare marketing.

pihak penganjur arc pandan mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak masjid kerana memberi kerjasama sebaiknya dalam menjayakan program ini dan juga pada arc negeri-negeri. segala kelemahan harap dapat dimaafkan. yang penting misi dakwah berjalan terus !!!

semoga acara tahunan ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.







kat sepang ni rossi 46 1st place tapi juara dunia dapat kat lorenzo 99, team yang sama yamaha.. pakat la tu..
kita berjumpa lagi pada moto gp akan datang !! InsyaAllah.

Saturday, October 09, 2010

dacs ke china.

salam...

kepada semua...sorry xsempat nak update blog!! terkini kami dari dacs pusat baru balik dari china. lebih kurang 7 hari kami kat sana. dari 30 sept hingga 8 okt 2010.

pengalaman yang boleh dikongsi :

bagi yang dah pernah pergi oklah, bagi yang belum sampai ke china ni... 1st sekali kena bersedia dari segi fizikal dan mental sebab berbeza makanan, tandas dan suasana.

kami flight dari penang ke hong kong lepas tu naik bas dua tingkat ke terminal keretapi ( bullet train ) untuk terus ke china. jauh berjalan luas pengalaman..

kebetulan kat china ni tengah tunggu sukan asia di ghuang zhou dalam bulan okt dan dalam musim sejuk sebab kami sempat jugak la rasa wap wap sejuk dah tiba ( macam dok kat cameron highland ).

kami ke sana atas urusan dacs pusat. seramai 6 orang yang pergi.

yang bestnya kat china ni motorsikal tak dibenarkan. jalan raya langsung xdak motor. basikal bermotor ada le.. ok gak tu. mengurangkan kemalangan jalanraya yang kebanyakkannya adalah penunggang motorsikal seperti kat malaysia ni.

yang paaaaaling best lagi manis adalah dapat ziarah masjid sahabat Nabi yang diamanahkan ke china untuk sebarkan islam iaitu saad bin abi waqqas. mula2 saad abi waqqas sampai beliau dan rombongannya membina menara tinggi dekat dengan laut, mungkin untuk tujuan keselamatan. ( sekarang jadi bahan sejarah terpelihara) dan masjid dibina ditempat lain. atas bukit sikit. (juga jadi bahan sejarah terpelihara).

jam kat sini sama dengan malaysia cuma waktu solat awal sejam sebab jam 6 petang dah gelap, jam 6 pagi dah cerah. yang kelakarnya masyarakat kat sini xboleh cakap inggeris walaupun pekerja hotel (little little..many many.. tu aje la ). mungkin china utamakan bahasa ibunda.
apa lagi aku pun speaking laa, peh !! cairrr.. belasah je. hehe.

pengalaman aku yang cukup berharga... gambar2 ni sebagai kenangan..

                                           menara Saad bin Abi Waqqas.
                                           


banyak lagi gambar tapi ok lah tu... sekian..