salam...
kepada semua...sorry xsempat nak update blog!! terkini kami dari dacs pusat baru balik dari china. lebih kurang 7 hari kami kat sana. dari 30 sept hingga 8 okt 2010.
pengalaman yang boleh dikongsi :
bagi yang dah pernah pergi oklah, bagi yang belum sampai ke china ni... 1st sekali kena bersedia dari segi fizikal dan mental sebab berbeza makanan, tandas dan suasana.
kami flight dari penang ke hong kong lepas tu naik bas dua tingkat ke terminal keretapi ( bullet train ) untuk terus ke china. jauh berjalan luas pengalaman..
kebetulan kat china ni tengah tunggu sukan asia di ghuang zhou dalam bulan okt dan dalam musim sejuk sebab kami sempat jugak la rasa wap wap sejuk dah tiba ( macam dok kat cameron highland ).
kami ke sana atas urusan dacs pusat. seramai 6 orang yang pergi.
yang bestnya kat china ni motorsikal tak dibenarkan. jalan raya langsung xdak motor. basikal bermotor ada le.. ok gak tu. mengurangkan kemalangan jalanraya yang kebanyakkannya adalah penunggang motorsikal seperti kat malaysia ni.
yang paaaaaling best lagi manis adalah dapat ziarah masjid sahabat Nabi yang diamanahkan ke china untuk sebarkan islam iaitu saad bin abi waqqas. mula2 saad abi waqqas sampai beliau dan rombongannya membina menara tinggi dekat dengan laut, mungkin untuk tujuan keselamatan. ( sekarang jadi bahan sejarah terpelihara) dan masjid dibina ditempat lain. atas bukit sikit. (juga jadi bahan sejarah terpelihara).
jam kat sini sama dengan malaysia cuma waktu solat awal sejam sebab jam 6 petang dah gelap, jam 6 pagi dah cerah. yang kelakarnya masyarakat kat sini xboleh cakap inggeris walaupun pekerja hotel (little little..many many.. tu aje la ). mungkin china utamakan bahasa ibunda.
apa lagi aku pun speaking laa, peh !! cairrr.. belasah je. hehe.
pengalaman aku yang cukup berharga... gambar2 ni sebagai kenangan..
menara Saad bin Abi Waqqas.
banyak lagi gambar tapi ok lah tu... sekian..
Saturday, October 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment