Subscribe:

Penjejak

Labels

Showing posts with label Info Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Info Ilmu. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

hello bro, sis, derr..

assalamualaikum semua,

apa khabar ? kepada sahabat2 ARC selangor ... aku bangga dengan komitmen korang dalam perkembangan ARC di negeri selangor ni.... sunnah yang sangat mulia disisiNYA.

kepada sahabat2 DACS selangor dan semalaysia .. korang memang kreatif dan the best !! teruskan gerak kerja untuk bersama anak muda keseluruhannya....

saja nak kongsi, kita ni kena berjiwa besar untuk Islam, contoh.. kena berazam untuk miliki kereta mewah, rumah mewah, motorbike besar dan segala habuan dunia ni.. bukan untuk tujuan nak riak atau berlagak aarrr tapi menjadi satu syarat untuk imej atau syiar Islam tu dipandang tingi dan mudah diterima.

bro, korang tau x, zaman sekarang adalah zaman di,mana harta benda tu menjadi perbandingan dan mudah pengaruhi orang ....( kira zaman meterialistik laa ni)

jadi kalau seorang Islam tu atau lebih tepat lagi seorang pendakwah tu dok takok tu je.. imej pun biasa2 je.. xde rasa nak ubah agar lebih hebat.. xberjiwa besar tu. (mcm tabligh.. pakaian meke adusss bukan nak ngata tapi korang tengoklah sendiri.. xkan Nabi berpakaian mcm tu konyok, xkemas, Islam tu indah di mata dan segalanya.. maaf aarrr )

so.. berazamlah untuk berubah menjadi paling terbaik demi Islam. aaaa tu yg aku berazam nak pakai motor besar tu... syiar tu beb !! letak plak stiker ARC  peh !!!... kena letak mcm ni, biarlah riak pun asalkan untuk Islam !!! dan kita mampu...

termasuklah apa saja syiar pada perjuangan Islam ni.. walaupun dikatakan hanya merayau-rayau xde keje tapi ia satu syiar yang sangat besar untuk keseluruhannya... so.. hargailah ia.

ok, aku gerak dululah.. harap korang faham coretan aku ni. hehehe..

wallahu'alam.

Thursday, March 01, 2012

nak minta idea/pendapat semua...

salam..

kepada semua pembawa atau sapa sahaja.. saya nak minta kalian bagi pandangan atau idea atau komen berkenaan blog saya ni..

mana kekurangan atau apa yang perlu saya buat untuk jadi lebih menarik dan bermaklumat kepada semua terutama anak muda diluar sana...

komen dalam ruangan ni ok..atau email ke : abumuaz78@yahoo.com

tq,
jasamu dikenang..

bersama kebangkitan anak muda....

Sunday, November 27, 2011

selamat tahun baru hijrah 1433

aku mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua para pembaca khususnya dan ummat islam khasnya.. semoga dengan kehadiran tahun yang baru ini, kita membina satu azam yang baru untuk diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat setempat kita.

setahun sudah berlalu.. apa yang kita dah capai dalam persiapan kita sebagai seorang hamba Allah? diharapkan tahun yang baru ini kita menjadi lebih terbaik daripada yang lepas..

jangan hanya kita berarak sambil bawa sepanduk tapi tidak mengambil iktibar dari penghijrahan Nabi. bukan pindah dari satu tempat ke tempat yang lain sahaja tetapi hijrah yang terbaik adalah hijrah pemikiran dari sekular ke pemikiran islamik, pemerintahan acuan barat kepada pemerintahan mengikut acuan islam, dari kelakuan seperti jahiliah moden kepada kelakuan seorang muslim yang hebat dan pelbagai lagi perkara yang bersesuaian dengan konsep hijrah sebab skopnya sangat luas. jangan disempitkan dengan hanya berarak, berselawat selepasn tu lawan Nabi pulak !!! (tolak Quran dan Sunnah adalah satu cara lawan Nabi dan Allah)

selamat menyambut tahun baru islam 1433 hijrah....

Sunday, October 09, 2011

jom !! ke ijtima tarbawi 28-30 okt 2011 di kuizm

Alhamdulillah..

ijtima tarbawi edisi ke 2 bakal diadakan di kuizm, taman melewar pada 28-30 okt 2011 nanti. jangkaan kehadiran pemuda islam seluruh negara adalah seramai 3000 - 5000 orang.

tarbiyah dalaman sangat penting dalam mendepani arus yang penuh dugaan dan cabaran masa kini.. terutama anak-anak muda yang perlu disantuni dan didekati dengan penuh berhikmah..

jadi.. pengisian dalaman kepada para daie (pendakwah) sangat penting.

oleh sebab itu satu himpunan perdana bakal dianjurkan untuk pemuda-pemuda yang cintakan ilmu dan amal islami. ramai tokoh-rokoh dan ulama bakal hadir seperti tok guru nik aziz, tok gutu hj hadi awang, tok gutu dr harun din, tok guru yahya osman, pimpinan luar negara dan ramai lagi.....

kepada semua anak muda sekitar lembah klang..jangan lepaskan peluang ini...

Sunday, August 28, 2011

salam aidulfitri 1432 h.

salam...

saya mengucapkan selamat hari raya aidulfitri 1432h kepada seluruh muslimin dan muslimat di malaysia ni dan khasnya kepada pembaca blog ni..

kepada yang nak balik ke kampong tu....hati-hati memandu. ingatlah Allah, Rasul dan orang tersayang. semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang semula ke kuala lumpur nanti.

jangan gadaikan pahala kita sepanjang bulan ramadhan di 1 syawal.

semoga bergembira bersama seisi keluarga, sanak saudara dan salam aidulfitri..

Sunday, August 21, 2011

quran digital 'special price' buy 1, free 1..

assalamualaikum semua:

Di sini saya sediakan satu tawaran kepada tuan/puan untuk memiliki quran digital pada harga yang sangat mampu milik ..produk yang terbaru yang telah dikemaskini dan  mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan. semua sudah maklum akan keberkesanan al quran digital ini.

Sila hubungi atau sms saya ditalian 019 211 5995 untuk tempahan. penghantaran ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak adalah percuma.

Harga yang ditawarkan ialah rm 399 untuk 2 naskah quran..
( Beli satu percuma satu )..

model : QM 8100 (pen beteri)


model : QM 8100 (pen bateri)
model : M 900 ( pen charger )

model : M 900 (pen charger)


cepat.. jangan lepaskan peluang ini, tawaran yang sangat menarik dan mampu milik !!! tkasih.



Monday, August 01, 2011

selamat meyambut ramadhan al-mubarak

assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.

disini dacs malaysia dan dacs selangor ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh pembaca blog ini dan umat islam keseluruhannya.

jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan.

anggaplah puasa ini adalah puasa yang terakhir agar kita menjalaninya dengan bersungguh-sungguh.

banyakkan membaca Al Quran bersama kawan-kawan, bertadarus dalam kumpulan kecil dan ringankan tangan untuk bersedekah. tawaran yang sangat lumayan dari Allah Taala.

Monday, July 18, 2011

takziah dari dacs malaysia

assalamualaikum..

tanggal 17 julai 2011 hanya 2 minggu lagi kedatangan ramadhan bulan yang mulia, negara khususnya dan gerakan islam khasnya telah dikejutkan dengan kematian ahli parlimen titiwangsa.. yb dr lo'lo' hj ghazali 54 tahun di hospital selayang kerana barah paru-paru.

almarhumah seorang yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah parti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat titiwangsa.

dikhabarkan almarhumah sehingga sanggup korbankan masa, tenaga malah harta sendiri untuk rakyat titiwangsa. ini kerana pihak kerajaan persekutuan telah menzalimi ahli parlimen yang bukan daripada mereka dengan menyekat dan menafikan peruntukkan yang sepatutnya setiap ahli parlimen dapat untuk melancarkan kerja-kerja sebagai seorang wakil rakyat.

dacs selangor khususnya dan dacs malaysia khasnya mengucapkan takziah dan bersabar diatas ujian yang menimpa. kami yakin dan percaya yang seluruh ahli keluarga redha atas pemergian dr lo'lo'.

cuma satu pesanan terakhir almarhumah yang wajib dipertahankan oleh semua terutamanya tuan punya tanah iaitu "pertahankan tanah pusaka nenek moyang di kg baru kuala lumpur" daripada tergadai atau digadai kepada pihak-pihak yang tengah lapar !!

semoga roh dr lo'lo' ditempatkan bersama para syuhada yang mati kerana pertahankan islam..

Friday, June 24, 2011

ayuh !! semua ke himpunan aman bersih 2.0 - 9 julai 2011.

salam

malaysia mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya berparlimen, maksudnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan rakyat perlu keluar mengundi yang dikendalikan oleh suruhanjaya pilihanraya (spr).

sistem demokrasi pilihanraya berparlimen tidak melanggar syarak dan boleh dilaksanakan. spr sepatutnya menjadi badan bebas dalam mengendalikan pilihanraya, bebas, adil dan tidak berat sebelah akan tetapi apa yang terjadi sekarang ini, suasana di malaysia semua badan yang dikatakan bebas tadi telah mengikut telunjuk parti yang memerintah.

walaupun ada negeri yang menang dan ada yang negeri tewas yang kononnya dikatakan adil dan telus dalam pilihanraya.. ya ! tetapi dari sudut lain dan banyak sudut lagi pilihanraya ini berada di atas padang yang tak rata umpama dalam gelanggang tinju seorang diikat tangan dan kaki dan seorang lagi bebas dan pengadil berat sebelah kepada yang bebas tadi.. bayangkan sapa yang kena lanyak !!

atas sebab itulah rakyat menuntut supaya beberapa perkara dalam sistem demokrasi dikembalikan hak nya kepada rakyat. ke arah demokrasi yang telus.

antara 8 tuntutan hak rakyat ialah :
1. bersihkan senarai undi. (daftar pemilih)
2. mereformasikan undi pos (mansuhkan sebab tidak diyakini ketelusannya)
3.guna dakwat kekal selepas membuang undi (ada kes sorang undi banyak kali berlainan tempat)
4.masa kempen minima 21 hari.(pihak pemerintah bertalu-talu kempen melaui tv/radio)
5.akses media yang adil dan bebas.(siaran perdana untuk semua yang bertanding)
6.kukuhkan institut awam.( jangan gunakan harta kerajaan untuk berkempen)
7.hentikan rasuah.(gadaikan maruah dan negara sebab menang atas perkara jijik dan hina)
8.hentikan politik kotor.(elakkan budaya fitnah dan jatuhkan maruah seseorang)

rakyat yakin dan percaya jika semua ini berlaku dan semua parti bertanding atas tanah yang rata, adil dan bebas.. satu keputusan yang sangat memuaskan dan corak pemerintahan negara malaysia akan berubah kearah yang lebih baik dan amanah yang jauh dari budaya rasuah, penindasan dan berkebajikan mengikut lunas-lunas agama yang suci.

oleh itu.. ayuh !! anak-anak muda semua yang cintakan keadilan, kita turun ramai-ramai BERHIMPUN SECARA AMAN ( walk for democracy) pada 9 julai, sabtu jam 2 petang di kuala lumpur. pakai baju warna kuning

diharapkan tiada yang melakukan provokasi dengan sengaja untuk menghuru harakan keadaan dan diharapkan juga pihak berkuasa menjaga keamanan peserta himpunan aman bukan pemula provokasi sebab daripada selesai dengan segera mungkin berlarutan hingga berjam-jam.

dacs selangor dan dacs malaysia menjemput semua rakyat terutama belia/pemuda untuk sertai.
WALK FOR PEACE & DEMOCRACY.

Monday, June 06, 2011

rasuah.. oh rasuah...

assalamualaikum,

rasuah ? satu penyakit yang sangat merbahaya jika menghinggap..dari segi islam pun sudah salah atau lebih tepat lagi haram jika seseorang itu memberi atau menerima rasuah.

biasanya rasuah ini berlegar dikalangan orang bisnes dan ahli politik yang tak takut pada Allah tetapi kini malah dari dulu lagi amalan rasuah ini sudah berjangkit ke dunia sukan terutamanya di malaysia khasnya.

sukan..tak kiralah sukan apa pun akan hancur merudum jika penyakit rasuah berleluasa dan lebih parah lagi jika orang politik yang memimpin sesuatu badan sukan. sebabnya dengan kuasa politik yang dia miliki, dia boleh menolak dan mengambil sesiapa sahaja yang dia suka untuk duduk dibarisan depan sesuatu badan sukan itu.

makna kata sapa yang rasuah lebih, dialah yang dapat walaupun dia tidak layak !!

amalan rasuah ini sudah berakar umbi di semua agensi yang ada di malaysia ini. sebab itulah agama sangat-sangat melarang umatnya melakukan amalan rasuah. yang layak tapi takde duit akan tersingkir dan yang tak layak tapi berduit terpilih.

dalam sukan bolasepak sebagai contoh.. amalan rasuah ini terjadi disemua peringkat dari sekecil-kecil kelab hingga sebesar-besar kelab, dari pemain hingga ke atasan.. sebab itulah sukan negara kita semakin mundur.

perkara ini juga terjadi diperingkat antarabangsa.

dacs selangor sangat-sangat mengharapkan budaya rasuah ini di hentikan dan diperangi habis-habisan. jika ini berlaku.. insyaAllah kemajuan dalam semua jenis sukan akan menyinar kembali.

si pelaku rasuah tak kaya pun, malah hidup dia sekeluarga akan terus sengsara secara zahir dan batin sebab benda haram mengalir dalam darah daging nya...

wujudkan akta yang berat kepada pelaku supaya menjadi iktibar kepada yang lain dan jangan pula yang menjaga akta pulak yang paling kuat makan rasuah !!!

majulah sukan untuk semua... sekian.

Monday, January 03, 2011

back to school...

salam...

Sekolah kembali di buka ...
Dacs & arc pandan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar. kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang baru.

Kepada ibu bapa penjaga sekalian.. tahniah diucapkan dan pilihlah sekolah yang terbaik untuk anak-anak. selain dari akademik.. agama juga perlu diberikan perhatian yaag serius.

Sunday, December 05, 2010

selamat menyambut tahun baru islam 1432 H

salam..

Alhamdulillah..Allah telah bagi kesempatan dan dipanjangkan lagi umur untuk kita bertemu dengan tahun yang baru dalam kalendar islam yang jatuh pada hari selasa 1 muharram 1432 hijrah bersamaan 7 disember 2010. insyaallah.

semoga segala amalan soleh kita sepanjang tahun 1431 hijrah diterima oleh Allah Taala dan marilah kita berazam untuk menjadi lebih baik dan menjadi seorang muslim yang sejati pada 1 muharram yang bakal tiba.

dikala kita yang bakal menyambut 1 muharram, jangan kita lupa untuk menghayati semangat roh hijrah iaitu keluarkan diri dari kerosakkan/kemaksiatan kepada kebaikan dan amar makruf nahi mungkar.

kepada muda/mudi yang sudah mencapai umur 21 tahun.. kalian telah layak untuk mengundi dalam pilihanraya nanti dan PASTIKAN KALIAN TELAH MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI BARU. ayuh !!! kita bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam negara yang kita cintai ini dengan menentang dan menolak segala bentuk penyelewengan pada harta negara, rasuah, kezaliman, penindasan, penghinaan pada agama islam, menolak hukum hakam islam, perkauman, kebebasan arak, zina, judi dan macam-macam lagi. dan digantikan dengan yang lebih amanah, jujur dan memerintah berdasarkan panduan quran dan sunnah. 

berani lakukan perubahan !!

seperti mana Rasulullah dan para sahabat baginda yang berhijrah keluar dari bumi mekah yang tercinta kepada bumi baru (madinah) yang bersedia menerima cahaya islam.
(dari kejahilan kepada cahaya dan ilmu agama)

salam hijrah dari dacs/arc pandan.

sekian.

Friday, November 19, 2010

selamat bercuti kepada semua pelajar..

salam..

Alhamdulillah kita semua masih di beri nafas dan kesihatan yang baik oleh Allah Taala untuk kita menjalani dan menempuh kehidupan yang mendatang. kita semua patut zahirkan rasa penuh kesyukuran atas segala nikmat ini dengan kita taat atas segala perintah dan larangan yang Allah Taala tetapkan pada kita semua.

kepada kawan-kawan dan adik-adik hari ini 19.11.2010 jumaat bersamaan 12 zulhijjah adalah hari terakhir persekolahan dan esok semua pelajar akan mula bercuti akhir tahun lebih kurang hampir 2 bulan.


mungkin keluarga masing-masing telah mengaturkan pelbagai program untuk mengisi musim cuti ini.

dacs/arc pandan mengucapkan kepada semua selamat bercuti dan isilah masa-masa cuti kalian dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri dan keseluruhan. di kebanyakkan negeri hujung tahun adalah muasim hujan dan banjir, oleh itu dacs pandan menasihati kalian agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luaran sebab malang tak berbau....

sambil-sambil itu carilah program-program ilmu samada di surau, masjid atau di mana saja untuk menjinakkan hati kita dan menjadikan kita manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.

sekali lagi kepada semua ... selamat menempuh musim cuti sekolah hujung tahun dan kepada ibu bapa jadikan masa ini yang terbaik untuk bersama anak-anak. loronglah mereka ke arah cara hidup islam dan menjadi insan yang bertaqwa. itulah tanda syukur kita pada Allah.

masing-masing umur meningkat 1 tahun lagi, diharapkan JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG kerana statistik dari pihak agama hanya tak sampai 40 % dari rakyat malaysia ni yang sembahyang penuh !!.

kata ulama'- sinarilah kubur kalian dengan perbanyakkan membaca Al Quran, luaskan kubur kalian dengan perbanyakkan bersedekah dan lindungi diri kalian dalam kubur dengan solat 5 waktu.

sekian.

Tuesday, September 07, 2010

salam aidulfitri 1431 H....

salam...

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! (bukan dengan mendayu dayu kesedihan..).

dacs & arc pandan/selangor mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 1431 H yang beberapa hari saja lagi untuk diraikan.. diharapkan semua kawan-kawan & pembaca blog ni menyambutnya dalam suasana penuh harmoni, bersopan santun, jaga batasan aurat lelaki/perempuan dan berakhlak mulia.

sebulan kita berpuasa dari menahan lapar dan dahaga yang Allah wajibkan pada hamba-hambaNya jangan kita leburkan segala amalan kebaikan selama sebulan itu pada tanggal 1 syawal.

Insyaallah jika 1 syawal pada hari jumaat 10.9.2010 (sebab 9.9.10 dah 30 ramadhan)...maknanya ia akan bertembung dengan solat jumaat tengah hari nya. banyak gak aku perhatikan bab solat ni ramai yang ringan-ringan kan, bleh qado' katanya...seperti gak kenduri kahwin, zohor tu kekadang lepas asar baru tunaikan. salah tu !!

statistik jabatan agama > 70% rakyat malaysia beragama islam tak solat.( ha ha ha.. sapa nak tanggungjawab hal ni ? )

jadi... ayuh, Allah hadiahkan kepada kita satu hari yang penuh kegembiraan iaitu aidilfitri.. bergembiralah.. rapatkanlah hubungan persaudaraan yang telah lama tak jumpa, buatlah apa pun asalkan perkara itu tak langgar batasan agama sudah !!!

selamat hari raya !!! hati hati memandu dijalan raya !!! 
kami doakan kalian selamat pergi & balik.

kirim salam kat orang kampong kalian !!!!!

* jadikanlah diri kalian seorang yang celik ilmu (membaca pelbagai saluran media supaya dapat menilai yang mana penyeleweng, yang mana pembela, yang mana perasuah, yang mana telus dll) dan peka dengan apa saja isu isu semasa. jangan kita mudah di tipu & di tindas !!!!

Saturday, August 14, 2010

hadis qudsi : pengajaran ke 2.

salam.

nasihat & bimbingan hadis qudsi pengajaran ke 2 untuk bacaan semua..

Allah taala berfirman:

"Diri Ku menyaksikan diri Ku sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain diri Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi Ku, Muhammad itu adalah hamba dan rasul Ku. sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan Ku, tidak sabar atas cubaan Ku, tidak bersyukur atas nikmat Ku dan tidak merasa cukup terhadap pemberian Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain Ku."


"oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia,maka seolah-olah dia marah kepada Ku, sesiapa merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti Ku, sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri dihadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya, dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya didepan orang mati, maka seolah-olah dia telah mengambil tombak dan menghujamkan nya kepada Ku, dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu diatas kuburan maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah Ku dengan tangannya."


"dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah masukkannya ke dalam neraka jahanam dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman) maka sebenarnya ia semakin berkurang dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan berkurang maka mati adalah lebih baik baginya. sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya dan sesiapa yang panjang angan-angannya maka tidak ikhlas amalnya."

Wallahu'alam.

Friday, August 06, 2010

nasihat & bimbingan hadis qudsi bil 1...

salam..

hadis qudsi, bicara Allah yang menegur secara direct kepada hambaNya selain melalui Quran, di kumpulkan oleh imam al ghazali dalam satu kitab yang mempunyai 38 pengajaran.. 
insyaAllah satu persatu akan aku paparkan untuk bacaan semua. 
moga menjadi pengajaran & keinsafan dalam diri kita. 
moga Allah berikan ganjaran pahala yang banyak seumpama air sungai yang mengalir & ampunkan segala dosa-dosa aku selama ini... amin.

pengajaran 1 :

Allah berfirman :

"wahai sekalian manusia, Aku (Allah) hairan melihat orang yang menyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang menyakini akan masuk kubur tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang menyakini akhirat tetapi ia masih bersenang-senang."

"Aku hairan orang yang menyakini hidup dunia dan segala bencananya tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air sedangkan hatinya tidak bersih."


"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah lakunya tetapi ia masih terus berbuat maksiat. begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri,kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri tetapi ia masih berjinak jinak dengan manusia. tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul Ku."

wallahu'alam.

Tuesday, June 15, 2010

almarhum ustaz hassan syukri...

salam..

terkejut !! ustaz hassan syukri telah dijemput mengadap Allah pada jam 2 petang @ 14.6.2010 @ isnin. seorang yang banyak berjasa pada gerakan islam khasnya, masyarakat am nya. semoga segala jasa dan bakti almarhum sepanjang hayat bertungkus lumus pertahankan & memikir demi perkembangan islam diterima Allah sebagai amal soleh dan sebagai seorang syuhada. amin....

gambar2 untuk tatapan ketika jenazah berada dirumahnya di taman melewar, gombak..
insyaallah solat jenazah pada jam 9 pagi, 15.6.2010 yang diimamkan oleh tuan guru nik aziz nik mat ( menteri besar kelantan ) insyaallah dan akan kebumikan di taman selasih, gombak..... al fatihah.

Sunday, May 16, 2010

penghayatan islam..

salam..

tajuk : perkara yang menyebabkan syahadah seseorang terbatal atau murtad.

1. sujud/tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

2. menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia, sifat-sifat Allah, Al Quran. Hadith Nabi SAW, hukum-hakam syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan banyak lagi.

3. mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. atau dengan terang-terang orang itu mengatakan dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiari ( pilihan sendiri, bukan paksaan)

4. perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. juga mengatakan yang haram itu halal ( contoh judi, arak ).

firman Allah dalam Baqarah ayat 217 : " sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu, maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal didalamnya buat selama-lamanya.."

pesanan : marilah kita menjaga setiap perbuatan dan pertuturan sehari-hari, buat apa yang diperintahNya dan tinggal apa yang dilarangNya , yang haran tetap haram dan yang halal tetap halal, tak kira siapa kita, samada pemimpin ataupun rakyat sebab kita semua adalah hamba Allah taala. agar tidak terjebak atau gugurnya akidah seseorang itu secara tidak sedar atau sedar...

bersambung.....sekian.

Sunday, May 09, 2010

konvensyen gerakan islam @ 22.5.2010

salam..

lujnah dakwah dan pembela islam dppp dengan kerjasama pejabat adun chempaka dan gamis bakal menganjurkan program " kenvensyen gerakan islam dan persaingan demokrasi 2010"

maklumat seperti berikut >


 jom !! sertai untuk mendapat ilmu yang bermanfaaf daripada program ini.. daftarlah segera !!

hapuskan kejahilan dalam pemerintahan dan gantikan dengan kebenaran islam yang syumul..

sekian..

Monday, April 26, 2010

mustafa masyhur

mustafa masyhur dilahirkan pada 15 september 1921di kampung saadiyyin,muhafazah syarqiyyah,mesir. keluarga beliau mementingkan ajaran agama islam. mustafa masyhur adalah mursyidur am ikhwan muslimin dari tahun 1996-2002.

beliau adalah graduan fakulti sains universiti kaherah pada tahun 1942. selepas tamat pengajian beliau dilantik menjadi pegawai kaji cuaca di kementerian sains mesir.

menyertai ikhwan muslimin
mustafa masyhur melibatkan diri dalam pertubuhan ikhwan muslimin lapan tahun selepas pertubuan itu ditubuhkan. beliau tertarik dengan ikhwanul muslimin apabila beliau sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan agama di masjid.kemudiannya beliau mengikuti majlis ilmu yang disampaikan oleh imam hassan al banna dimasjid itu. selepas mendengar ceramahnya,hatinya tertarik mahu mengikuti gerakan ikhwanul muslimin.

mustafa masyhur dilantik menjadi mursyidur am ke 5 pada tahun 1996. sebelum beliau dilantik menjadi mursyidur am ikhwan muslimin, beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan beberapa kali oleh jamal abdul nasir yang ketika itu menjadi pemerintah kerajaan mesir. kali pertama beliau ditangkap adalah pada tahun 1948 atas tuduhan menentang kerajaan mesir. beliau meringkuk dalam penjara selama 3 tahun. pada tahun 1954, beliau ditahan sekali lagi selama 10 tahun atas tuduhan terlibat dengan percubaan membunuh presiden mesir.

kali terakhir beliau ditangkap pada tahunn1965-1971 bersama-sama rakan beliau sayyid qutub yang dijatuhkan hukuman gantung. namun beliau bernasib baik kerana dibebaskan oleh presiden mesir yang baru iaitu anwar sadat. anwar sadat memberi pengampunan kepada kebanyakkan ahli ikhwanul muslimin yang dipenjarakan. namum, keselamatan mustafa masyhur tidak terjamin apabila beliau cuba ditangkap sekali lagi oleh anwar sadat.

sebelum beliau berjaya ditangkap oleh anwar sadat, beliau sempat melarikan diri ke kuwait. ahli-ahli ikhwanul muslimin yang lain ditangkap secara beramai-ramai pada tahun1971. kemudian beliau berpindah ke jerman dan tinggal disana selama 5tahun. dijerman, beliau mengaturkan beberapa langkah dan strategi bagi mencari ahli-ahli baru dan pengaruh ikhwanul muslimin diseluruh dunia serta mewujudkan tanzim antarabangsa ikhwan pada tahun 1981.

sebelum mursyidur am ke 3, syeikh umar tilmisani meninggal dunia, syeikh hamid abu an nasr dilantik menjadi mursyidur am yang baru. manakala mustafa mashyur dilantik menjadi timbalan. pada tahun 1996 syeikh hamis abu an nasr meninggal dunia, maka mustafa mashyur dilantik menjadi mursyidur am yang baru.

semasa memegang tampuk pimpinan ikhawan muslimin, beliau menjalankan tugasnya dengan penuh amanah dan dedikasi. beliau banyak menerima jemputan menyampaikan ceramah ke serata ceruk dunia. beliau juga individu yang mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan islam ke kabul bagi mendamaikan kumpulan mujahidin.

walaupun tempoh perkhidmatan beliau sebgai mursyidur am tamat tempoh, beliau mendapat kepercayaan bagi meneruskan kepimpinan sebagai mursyidur am. pada febuari 2002, mustafa mashyur dilantik semula menjadi mursyidur am ikhwanul muslimin.

mustafa masyhur meninggal dunia
saat-saat kematian mustafa masyhur bermula apabila beliaudiserang penyakit pendarahan otak selepas pulang bekerja. selepas menunaikan solat asar dimasjid, beliau tidak dapat bergerak dan terpaksa dihantar ke hospital. beliau mendapat rawatan selam 2 minggu, namun beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14 november 2002 iaitu dalam usia 81 tahun.

sekian.