Penjejak

Labels

Sunday, December 27, 2009

arc pandan telah dilancarkan..

salam...

27hb dis 09 ahad di dataran parkir masjid kg pandan dalam, telah tercatat sejarah baru bagi dacs pandan setelah berjaya melancarkan kelab bermotor arc peringkat pandan dengan jayanya.

Alhamdulillah dengan izin Allah segalanya berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan tersusun seperti yang dirancangkan. arc adalah salah satu cabang dibawah dacs (seni, budaya dan sukan). kelab bermotor adalah salah satu jenis sukan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

antara geng superbike baru sampai...lepak santai !

program ini juga diriuh rendahkan dengan kehadiran lebih daripada 40 buah motor berkuasa tinggi pelbagai jenama dan cc. mereka adalah kawan-kawan kepada saudara mokhzani (pemuda pandan).

arc pandan berasa bertuah kerana telah dirasmikan sendiri oleh ketua pemuda pas pusat ust nasarudin tontowi walaupun beliau padat dengan jadual tugas sebagai seorang ketua pemuda.

secara simboliknya perasmi membuka ikatan riben bagi melepaskan banting arc pandan dan dalam masa yang sama menampal stiker 'cintai Rasullullah' pada salah satu motor peserta dan stiker 'cintai Rasulullah' tersebut telah diedarkan pada semua yang hadir.

ust nasarudin tontowi juga menekan slogan keramat pemuda yang menghilangkan lagi jarak dengan golongan pemuda diluar sana iaitu 'orang muda geng kita'. persepsi yang pemuda pas ni anti sosial berjaya ditangkis!

 
ust nasarudin secara simbolik tampal stiker 'cintai Rasullullah"

 
tertubuhlah arc pandan secara rasminya...

turut hadir pada program tersebut ialah tok ketua kg pandan en arshad dan nazir masjid tuan hj lutfi hashim. secara keseluruhannya program tersebut dianggap berjaya diadakan. pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba motor paling lambat dan pemanduan berhemah.

Insyaallah arc pandan dalam perancangan mengadakan pelbagai aktiviti yang bersesuian untuk ahli-ahlinya selepas ini...

  
     pertandingan lumba paling perlahan....



 antara pemenang. kanan nydp pas pandan En.Suhaimi


    ust tontowi bersama geng-geng superbike.


    jentera arc pandan.. penat sangat la tuuu...
    program besar yang bakal dirancang.. kita berkonvoi beramai-ramai ke palestin...(possible is nothing..)

 
          krew arc pandan ...tetap ceria walaupun penat. yeeaah!!!!

jom !! jadi ahli kelab bermotor arc pandan.
berminat? lawati http://pemudapandan.net
sekian.


Friday, December 25, 2009

Umar al-Mukhtar


Umar Mukhtar lahir pd thn 1862 di sebuah perkampungan Janzur di Timur Libya. Nama penuh beliau adalah Umar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi, drpd keturunan Farhat yg beraliran sufi al-Sanusiyah. Ayah dan ibu Umar meninggal dunia ketika beliau berusia 16 thn. Beliau kemudiannya dipelihara oleh seorang guru yg alim di kampungnya. Beliau membesar dalam suasana didikan agama.
Pendidikan
Beliau mndpt pendidikan awal di kampungnya. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian menengah di Bandar al-Jaghbub, kira-kira 500 kilometer dr ibu negara Libya, Tripoli. Selama 8 tahun, beliau berguru dgn ulama-ulama terkenal spt Imam Sayyid al-Mahdi as-Sanusi. Beliau belajar ilmu-ilmu agama, bahasa Arab serta menghafaz Quran. Beliau seorang pelajar yg pintar dan berdisiplin.

    Umar menghafaz Quran sejak kecil dan sering mengkhatamkannya secara berulangkali setiap minggu. Menjelang umur 20-an, beliau dikenali sebagai seorang yg berani, petah dan bijaksana. Pendapat dan nasihat beliau menjadi rujukan penduduk setempat. Beliau juga turut berjaya menyatupadukan puak-puak yg bertelagah.

    Selepas menamatkan pengajian agamanya, beliau dilantik menjadi Pengetua di sekolah al-Zawiyah al-Qusur di Jabal al-Ahdar, tenggara Libya. Kemudian beliau dijemput ke Sudan bagi menjadi pengetua sekolah di sana sehingga tahun 1903. 

Menentang penjajahan
Ketika Barat sedang rancak menjajah tanah empayar Uthmaniah pd thn 1899, Umar berjaya menyatupadukan rakyat Libya dan menubuhkan pasukan Banu Sanus (Sanusi) bagi menentang penjajah Perancis di sempadan Sudan. Pd masa itu, beliau beru berusia sekitar 30-an. Apabila Itali memasuki Libya pd tahun 1921, Umar sekali lagi mengumpulkan pejuang-pejuang muda bagi menghadapi penjajah itu.

    Ramai di kalangan pemimpin negara dan ulama lari ataupun berpaling tadah menjadi boneka penjajah. Namun, tawaran harta dan pangkat oleh penjajah Itali tidak langsung menggugat azam beliau bagi membebaskan negaranya. Bahkan, pd thn 1915, tentera Itali malu besar apabila ribuan tenteranya berjaya dibunuh dlm peperangan di al-Gherthabiya berhampiran Sirt. Kebolehan Umar dlm mengatur strategi prg di pdg psir dikagumi hingga diberi jolokan 'singa padang pasir'.

    Akhirnya, tentera Itali cuba mengusir beliau ke daerah lain. Namun, usaha ini juga gagal. Beliau meneruskan penentangan walaupun usia beliau menjangkau 70-an. Sepanjang lebih 20 tahun hidupnya menentang penjajahan, beliau mengikuti hampir 1000 pertempuran dgn tentera penjajah. Pd tahun 1922, Itali mengambil pendekatan melumpuhkan tentera Islam dgn menyekat bekalan dan bantuan ketenteraan dr luar dgn merentang kawat berduri sejauh 300 kilometer setinggi dua meter. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan.

    Oleh kerana kekurangan bekalan, bilangan pejuang Islam semakin berkurangan dan terpaksa bertahan di kawasan pergunungan. Namun, walaupun tentera Islam jauh kurang berbanding tentera Itali yg lengkap bersenjata moden, Umar tetap meneruskan perjuangannya dlm usia mencecah 80-an. Selepas melalui beberapa siri peperangan, akhirnya beliau berjaya ditawan oleh tentera Itali dan dibawa ke kubu musuh di bandar Suluq.

    Semasa disoal siasat, pegawai tentera terpegun dgn keberanian Umar berhadapan dgnnya walaupun dirantai dan cedera parah. Beliau tidak sedikit pun gentar menjawab stiap pertanyaan pegawai itu,, malah sebaliknya pegawai itu yg gementar berhadapan dgn Umar.
                                      
 Kerana perjuangan Islam, beliau sanggup dihukum.

Syahid di Tali Gantung
Umar dihukum gantung oleh mahkamah tentera Itali pd September 1931 di Kota Solouq. Hingga ke akhir hayat, beliau tdk mahu tunduk kpd penjajah. Apabila panglima tentera Itali menawarkan mahu membebaskan beliau dgn syarat beliau mematuhi segala arahannya, beliau berkata, "Aku tdk akan berhenti menentang kamu, hingga kamu meninggalkan tanah airku, ataupun hingga aku mati. Aku bersumpah kpd Allah yg Maha Mengetahui sesuatu dlm hati manusia, sekiranya bukan kerana tanganku diikat sebegini, pasti aku akan tetap melawanmu dgn tgn kosong, biarpun dlm keadaan yg tua sebegini."

    Beliau turut menyeru kpd rakyat Libya yg hadir di situ, "Kita tdk akan menyerah dgn mudah kpd pihak musuh, krn sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukan penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, sekiranya kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu."

    Pembunuhannya di tali gantung menyemarakkan semangat rakyat Libya dan pemberontakan terus tercetus di Afrika Utara.

Thursday, December 24, 2009

dacs pandan ziarah ramadhan selebriti..

salam..

Pada bulan Ramadhan al mubarak yang lepas oktober 2009, dacs pandan bersama dacs selangor telah merancang satu program yang julung kali diadakan iaitu
"ziarah ramadhan bersama selebriti tanahair".

selebriti dalam skop yang luas iaitu seniman, pelakon baru atau lama, ahli sukan, ahli sastera, teater, penyanyi, pencipta lagu dan seumpamanya samada yang uzur atau sihat dan banyak lagi... program perintis ini bermula pada bulan ramadhan yang lepas 1430H. Antara selebriti yang dacs pandan bersama dacs selangor telah ziarah ialah pak kus ( kuswadinata ) seniman veteran yang dikenali ramai diera 50an sehingga sekarang.


dari kiri: halim (dacs pandan),sany (dacs selangor) bersama pak kus.

pak kus itulah gelaran nama yang biasa orang panggil. semasa rombongan kami sampai pak kus baru beberapa hari keluar dari hospital atas sebab masalah kesihatan. ketika ini usia pak kus sudah mengjangkau lebih dari 70 tahun.

pak kus sangat terharu dan gembira menyambut kedatangan kami, beliau menceritakan keadaan dirinya sekarang, meluahkan perasaan ( ramai seniman veteran yang masih hidup susah tanpa mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkaitan ) disamping suka cerita kenangan manis semasa dizaman kegemilangan beliau satu ketika dulu.

 
menyampaikan cenderahati. 'duta penyelamat & kasih sayang'

pihak kami telah menyampaikan  'duit raya' dan hamper sebagai tanda teriama kasih menerima kunjungan kami dan sekaligus menghargai jasa beliau dalam industri  filem tanahair. beliau amat terharu kerana masih ada insan yang mengingati dan menghargai beliau sehinggan beliau menitiskan air mata.




kiri setiusaha dacs selangor saudara ikhwan bergambar bersama pak kus.

dacs selangor telah mengarahkan dacs kawasan-kawasan supaya menjejaki selebriti-selebriti yang menetap  di negeri selangor dan yang berdekatan dengan tempat masing-masing untuk diaturkan lawatan.

Alhamdulillah selain pak kus sudah ramai selebriti dalam negeri selangor yang telah berjaya kami jejaki dan kami ziarah bersama dengan sahabat-sahabat dari dacs kawasan tersebut. antaranya balu arwah samad lefthanded (langat), balu arwah syukri hashim (ampang), param, hamid gurgha (kelang), zaiton sameon (beranang) dan ramai lagi...

diharapkan program sebegini dapat diteruskan bukan hanya di bulan ramadhan malah setiap masa bagi membuktikan bahawa  Pas bukan parti yang menentang segalanya dan yang paling penting dapat menghapuskan persepsi negatif Pas dalam masyarakat bersesuaian dengan moto 'duta penyelamat dan kasih sayang'

Pas bukan parti politik yang sempit semata-mata tapi tanggungjawab yang paling besar adalah Pas sebuah 'gerakan islam' yang luas skop dan peranannya dalam masyarakat dan agama.

setiap muslim yang mengucap syahadah WAJIB mendokong, menyambung dan meneruskan risalah dakwah yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Atas alasan itulah kami menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan hati yang terbuka antaranya melalui lajnah dacs ( seni, budaya dan sukan ). Moga Allah memberi kekuatan pada kami, menerima apa yang kami usahakan ini sebagai amal soleh dan bekalan akhirat kami Insyaallah. Amin........

sekian.

Sunday, December 20, 2009

gambar sekitar kejohanan GF dacs pusat...

diantara gambar-gambar yang sempat disiarkan untuk tatapan semua...



ust nasarudin (kiri) menyampaikan piala kepada juara kejohanan...


fadhil (dacs wp) meraikan tetamu ust nasarudin dan kamaruzaman

 
pemenang tempat kedua menerima hadiah iringan dan wang tunai rm700.

 
petugas kejohanan tengah sibuk berbincang dimeja pendaftaran..
  
antara pasukan yang bertanding sedang menunggu giliran...
 
penganjur bergambar kenangan bersama para pemenang..

kita jumpa lagi tahun hadapan !!!



kejohanan grand final futsal dacs pusat...

Alhamdulillah kejohanan futsal grandfinal dacs peringkat kebangsaan yang telah berlangsung pada 19.12.2009 di Subang Grand Sports Planet berjalan dalam suasana ceria dan meriah walaupun ada lee skit2 masalah teknikal (misscom) tapi semuanya berjaya diselesaikan dengan berhemah dan disepakati oleh semua pihak.


urusetia menanti pemain dimeja pendaftaran...

setelah bertungkus lumus dengan kawan2 berbulan bulan.. akhirnya sampai sudah ke kemuncaknya. Grandfinal kali ini disertai oleh peserta dari negeri-negeri luar selangor seperti terengganu, pahang, n.sembilan, perak, kedah dan banyak lagi...

 
simbolik selepas perasmian. menerima cenderahati dari penganjur.

kejohanan ini telah dirasmikan oleh saudara kamaruzaman mohamad (setiausaha pemuda pas pusat ). Acara perasmian bermula jam 9.15 pagi.majlis tersebut telah dipegerusikan oleh saudara khusyairi ( dacs pandan ). Perlawanan bermula tepat jam 10 pagi.

perlawanan berhenti rehat pada jam 1 tengahari untuk memberi laluan kepada para pemain berehat, makan dan solat zohor. Alhamdulillah syiar islam dapat menembusi subang grand sports planet dengan laungan azan zohor oleh saudara kusyairi dari dacs pandan.

pihak penganjur telah menyediakan tempat solat ditengah-tengah gelanggang futsal untuk kemudahan semua yang terlibat.

perlawanan bermula kembali tepat jam 2 petang dan telah berakhir sekitar jam 3.30 petang.



hadiah yang menjadi rebutan !! (hadiah je ar..brader tu bukan..)

penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurkan oleh Ust nasarudin tontowi sendiri, Juara menerima wang tunai rm1200, piala pemain dan piala pusingan ketua pemuda pas pusat. Pasukan yang telah menjadi juara ialah dari Wilayah fc A dari dacs wilayah.

tempat kedua pula membawa pulang wang tunai rm700 dan piala pemain. dimenangi oleh Wilayah fc B juga dari dacs wilayah.

dua pasukan yang tewas di separuh akhir berkongsi tempat ke tiga yang membawa pulang hadiah wang tunai rm300 setiap satu. iaitu dari dacs pahang dan dacs perak.

tahniah diucapkan kepada para pemenang !!...

terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan kejohanan futsal ini, hanya Allah lah yang selayaknya membalas jasa dan pengorbanan kalian InsyaAllah :

dacs pandan
dacs selangor
dacs pjs
dacs subang
dacs pju
dacs kawasan-kawasan
pemuda selangor
pemuda pusat
subang sports planet
kelab darul naim
para dermawan
dan banyak lagi...............



Wednesday, December 16, 2009

Pelancaran kelab motor ARC Pandan

InsyaAllah DACS Pandan sekali lagi bakal melalui satu pengalaman baru bersama-sama golongan remaja/belia dengan perancangan untuk menubuhkan Kelab Motor ARC Pandan yang akan dilancarkan pada 27 Disember 2009 oleh YB Iskandar A.Samad (ADUN Chempaka) dengan kerjasama Biro Pemuda Masjid Kg Pandan Dalam.


benner promosi. Jom ! sertainya...

ARC ( Alternative Riding Club ) salah satu daripada cabang DACS adalah kelab motor yang ditubuhkan dengan dibantu oleh bekas pelumba profesional yang pernah menceburkan diri dalam dunia lumba motor cubprix iaitu Saudara Yasir Said.

Muktakhir ini pelbagai gejala sosial yang meruntuhkan akhlak golongan remaja/ belia seperti lumba  motor haram ( menempah tiket maut secara percuma ), pergaulan bebas lelaki perempuan dan bermacam-macam lagi menjadi semakin serius yang memeningkan kepala semua pihak terutamanya pendokong gerakan islam (pemuda pas) semua peringkat.

Atas dasar itulah dengan pengalaman yang ada dan menggunakan saluran yang betul pihak DACS menubuhkan ARC.


gambar hiasan.

Semoga dengan tertubuhnya Kelab Motor ARC Pandan menjadi pemangkin kearah kebaikan semua pihak dengan pelbagai aktiviti yang bakal dirancangkan. Harap semua pihak memberikan kerjasama, bantuan dan sokongan sepenuhnya ARC Pandan ini...


logo arc pandan.

Doakan segala yang dirancang berjalan dengan lancar dengan Izin Allah.

sekian.


Sunday, December 13, 2009

Klinik Bolasepak anjuran Pej Adun Chempaka & DACS Pandan.



                         YB Iskandar (Adun Chempaka) bersalaman dengan peserta klinik bola selepas perasmian...
                                            ( lawa nya baju dia, baru nampak keseragaman !!....)


dia ni le dgn shbt2  yg diamanah menguruskan program klinik bola dacs pandan !!.

Setelah berbulan bulan merancang, Alhamdulillah program klinik bola sepak berjaya diadakan pada 13 Disember 2009 di padang Awam Pandan Jaya dibawah jajahan ADUN Chempaka. Jumlah kehadiran peserta seramai lebih kurang 50 orang remaja pelbagai peringkat umur turut memeriahkan lagi klinik ini. program ini yang julung kalinya dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa dan penduduk setempat.

YB Iskandar A Samad meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan program ini dan sekaligus beliau menghantar 2 orang anaknya menyertai klinik ini. Klinik bola ini dibimbing oleh tenaga pelatih dari PKNS FC yang didatangkan khas untuk melatih para peserta. Para peserta diberi baju T percuma untuk menaikkan lagi semangat setiakawan dalam bersukan.

Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik yang betul main bola, kepada yang mempunyai bakat terpendam mereka ditawarkan untuk menyertai Akademi Bola pkns fc yang diadakan setiap sabtu dan ahad dipadang pkns Kelana Jaya.

Dacs Pandan telah diberi kepercayaan untuk mengurus dan merialisasikan program ini. Seramai 5 orang krew dacs pandan turun membantu disamping 7 orang jurulatih daripada pihak pkns fc.

 
jurulatih dari pkns fc sedang beri pelbagai nasihat kpd peserta2.
(yg baju kuning bertopi tu..bekas pemain Kebangsaan.. Hj Khaidir Buyong)


terima kasih kepada pkns fc terutamanya saudara Mahfizul yang menjadi penghubung diantara kami.

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang...

sekian.





Saturday, December 12, 2009

Abdullah Yusuf Azzam


Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di perkampungan As-ba'ah Al-Hartiyeh, daerah Tebing Barat, Palestin. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarganya, tetapi yg paling bijak antara adik-beradik. Sejak kecil beliau dianggap seorang yang alim. Semasa di bangku sekolah, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik lebih menonjol.
Sarjana yang Beramal
Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Khadorri, Tulkarm dalam bidang pertanian. Selepas menamatkan kolej, beliau mengajar di sebuah perkampungan di Selatan Jordan. Beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Damascus pada tahun 1966 dalam jurusan syariah. Selepas perang enam hari antara tentera Israel dan negara-negara Arab, Azzam berpindah dari Tebing Barat ke Jordan. Di sana, beliau menyertai gerakan Ikhwan Palestin.

Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam pengajian sarjana bidang Syariah. Beliau sempat mengajar sebentar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1973, beliau berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam jurusan Usul Fiqh. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi pensyarah di Universiti Amman, Jordan sebelum bertukar ke Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi.

Menyahut Seruan Jihad
Berdasarkan pengalaman peribadi dalam gerakan pembebasan Palestin, beliau berpegang kpd prinsip perjuangan ummah hanya boleh mencapai kemenangan melalui senjata, bukan melalui rundingan dan seminar. Beliau mengotakan kata-katanya dengan menjadi salah seorang yang mula-mula menyahut seruan jihad di Afghanistan ketika USSR (Rusia) menakluki Afghanistan.

Pada tahun 1979, beliau memohon mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad, Pakistan. Pada masa yang sama, beliau berusaha mndekati pimpinan jihad dari Afghanistan di sempadn Pakistan. Tidak lama selepas itu, beliau mengerahkan sepenuh tenaga dan masanya dengan gerakan jihad di Afghanistan..

Beliau mengasakan Baitul-Ansar atau Biro Khidmat Mujahideen yg membantu pihak Mujahideen Afghanistan. Biro itu turut berperanan melatih para sukarelawa yg mahu berjihad di Afghanistan. Peranan Azzam bukan sahaja melatih para sukarelawan, malah beliau juga menyeru sekalian umat supaya mmbantu perjuangan jihad di Afghanistan melalui ceramah dan tulisan-tulisan beliau.

Usaha beliau berjaya dan para sukarelawan dr seluruh pelosok dunia menyambut seruan beliau. Tdk kurang drpd 20 000 org dari pelosok dunia datang ke Afghanistan bersama-sama mempertahankan maruah umat Islam. Dgn itu, beliau mmbina kem latihan khas bg melatih mereka taktik peperangan bersenjata.

Beliau sendiri tdk ketinggalan berjuang bersama para Mujahideen di serata Afghanistan walaupun sudah berusia 40-an. Beliau juga berperanan menyatupadukan pemimpin-pemimpin Mujahidin yg tdk sehaluan dalam membebaskan Afghanistan drpd cengkaman penjajah.

Sebagai mujahidin, beliau sentiasa berpuasa selang sehari sebagaimana Rasulullah dan beliau menggalakkan para Mujahidin lain jg berpuasa. Beliau prnh berkata, "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun. Tujuh setengah tahun berjihad di Afghanistan, satu setengah tahun berjihad di Palestin. Selebihnya sebagai pembaharu jihad dlm abad ke-20.

Cubaan Membunuh
Pada tahun 1989, pihak musuh cuba membunuh beliau dgn menggunakan bahan letupan yg dipasang pd tmpt beliau berkhutbah pd setiap Jumaat. Namun, cubaan membunuh beliau gagal apabila bom tdk meletup dgn izin Allah. Namun, ajal beliau tiba pd 24 November pd thn yg sama semasa dlm perjalanan menunaikan solat Jumaat.

Sebanyak 20 kilogram bahan letupan TNT yg dipasang pd jalan meletupkan knderaan mereka dan membunuh Azzam dan dua org anaknya. Walau bagaimanapun, jasadnya tidak hancur sebaliknya hanya sedikit darah keluar dr mulutnya. Jasad as-syahid dikebumikan di Peshawar.

Wednesday, December 09, 2009

pelancaran kelab motor arc pandan....

coming soon.....

dacs pandan bersama pejabat adun chempaka InsyaAllah akan melancarkan kelab motor arc dacs peringkat pandan pada 27.12.2009 ni di kg pandan dibawah jajahan chempaka. program ini terbuka kepada semua belia sekitar xkira umur. kalau rasa masih remaja dan belia silakan.......

sasaran kepada 100 peserta. pelbagai acara telah dirancang antaranya pameran motor-motor superbike dan sebagainya bagi memeriahkan lagi program ini. kelab ini akan membuka keahlian kepada sesiapa yang hadir sebab mudah untuk dihubungi nanti jika ada aktiviti-aktiviti yang nak di buat.

jom !!! sertai kelab motor ini. pasti tak rugi.

Orang Muda Geng Kita...

sekian.

Monday, December 07, 2009

kenangan..kejohanan takraw dacs pandan 2008.


tag nama takraw dacs pandan .

dacs pandan sekali lagi terus turun ke masyarakat melalui penganjuran kejohanan sepak takraw terbuka 2008 yang lalu. Program ini mendapat kejersama yang baik daripada pihak Pejabat Adun Chempaka dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ). memandangkan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta, Insya Allah dacs pandan berazam untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan.

Moga Allah permudahkan segala urusan.......

kenangan... kejohanan futsal dacs pandan 2007.


                               di antara pemenang kejohanan futsal dacs pandan 2007
                      kiri sekali pengarah program & kanan sekali wakil Pej. ADUN Chempaka



                                                hadiah yang menjadi rebutan !!!



         krew - krew kejohanan yang mempunyai wajah penuh keihklasan & ceria....syabas !!

Alhamdulillah dacs pandan telah berjaya menganjurkan futsal buat tahun yang kedua. program ini bersifat tahunan.Tujuan dacs pandan membuat penganjuran seperti ini adalah  ini lah salah satu diantara banyak cara untuk turun mendekati para remaja dan belia dengan lebih rapat dan harmoni.

Kita terapkan nilai-nilai keagamaan dalam setiap program yang dianjurkan, sebagai contoh kita berhenti apabila masuk waktu solat zohor dan solat secara berjemaah di atas gelanggang futsal yang jarang-jarang dilakukan oleh mana-mana penganjuran.

Contoh mudah, As Syahid Imam Hasan Al Banna sanggup masuk ke kelab-kelab malam untuk berdakwah mengajak umat islam kembali ke jalan kebenaran. Dan inilah satu contoh yang boleh diambil untuk melebarkan cara berdakwah iaitu bersukan.

Mengambil kira sukan futsal menjadi kegilaan dan tumpuan anak muda samada lelaki atau wanita sekarang ni, kami dacs pandan mengambil kesempatan untuk turun ke lapangan...

InsyaAllah jumpa lagi tahun 2008..... 

sekian...

Saturday, December 05, 2009

konvoi ramadhan jelajah selangor 2009


                              anggota Rescue Amal Pandan siap sedia iringi EXCO Selangor YB Iskandar.

Pada Ramadhan yang lepas 1430H, PAS Selangor telah menganjurkan konvoi Ramadhan jelajah seluruh selangor. Rescue Amal telah diamanahkan mengiringi EXCO YB Iskandar iaitu ADUN Chempaka turun ke kawasan parlimen sekitar Subang, Puchong, Pandan dll.

Pelbagai program telah diatur disepanjang persinggahan peserta konvoi. DACS turut terlibat. Alhamdulillah mendapat sambut sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

Harap dapat buat lagi......

sekian.

aktiviti DACS Pandan bersama usrah walad


futsal 'usrah walad' kat ampang sports planet...

DACS Pandan mengorak langkah lagi membina generasi pelapis dengan mewujudkan beberapa team futsal yang dinamakan 'team usrah walad' mengikut taman. Pelbagai program dirancangkan  diantaranya bersukan  secara berkala dan juga 'outdoor'.

Alhamdulillah dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari JPP department, InsyaAllah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Semoga ia berterusan......

Dengan sokongan padu dari KP DPP Pandan, ia memberi satu motivasi kepada kami untuk terus memberi penumpuan kepada golongan belia/remaja rendah dan menengah disekitar kawasan sini supaya dapat mengisi masa dengan sebaiknya. Agar mereka tidak leka dengan suasana hiburan melampau yang amat tidak sihat dan boleh melalaikan mereka daripada ingat kepada agama...

Moga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemuda islam yang ingin melihat anak bangsa islam itu sendiri tidak dirosakkan oleh bangsanya sendiri...

sekian...

Tuesday, December 01, 2009



Kenangan.....

diantara gambar kontinjen selangor sewaktu hendak bertolak ke Kota Bharu, Kelantan.
syok ooo...boleh apply kat negeri selangor plak nanti.

Klinik Bola anjuran bersama DACS Pandan....


Coming soon !!!!
buat julung kalinya DACS Pandan diberi amanah untuk melaksanakan satu tugasan penting untuk masyarakat setempat dibawah jajahan ADUN Chempaka iaitu Klinik Bolasepak dan DACS Pandan akan bekerjasama dengan tenaga pelatih dari PKNS FC sebuah kelab bolasepak dan kelab jurulatih dari glc PKNS.

Program ini melibat seluruh crew DACS Pandan. Ini adalah satu pengalaman yang baru dan amat berharga bagi DACS Pandan dalam program ini. InsyaAllah semoga apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan yang paling penting sekali mencari Keredhaan Allah dalam setiap aktiviti.

Kita tidak diajar dengan longgokkan wang ringgit tapi kita diajar memburu pahala dalam setiap aktiviti. Moga segala pekerjaan menjadi amal soleh....

sekian..