Subscribe:

Penjejak

Labels

Friday, December 25, 2009

Umar al-Mukhtar


Umar Mukhtar lahir pd thn 1862 di sebuah perkampungan Janzur di Timur Libya. Nama penuh beliau adalah Umar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi, drpd keturunan Farhat yg beraliran sufi al-Sanusiyah. Ayah dan ibu Umar meninggal dunia ketika beliau berusia 16 thn. Beliau kemudiannya dipelihara oleh seorang guru yg alim di kampungnya. Beliau membesar dalam suasana didikan agama.
Pendidikan
Beliau mndpt pendidikan awal di kampungnya. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian menengah di Bandar al-Jaghbub, kira-kira 500 kilometer dr ibu negara Libya, Tripoli. Selama 8 tahun, beliau berguru dgn ulama-ulama terkenal spt Imam Sayyid al-Mahdi as-Sanusi. Beliau belajar ilmu-ilmu agama, bahasa Arab serta menghafaz Quran. Beliau seorang pelajar yg pintar dan berdisiplin.

    Umar menghafaz Quran sejak kecil dan sering mengkhatamkannya secara berulangkali setiap minggu. Menjelang umur 20-an, beliau dikenali sebagai seorang yg berani, petah dan bijaksana. Pendapat dan nasihat beliau menjadi rujukan penduduk setempat. Beliau juga turut berjaya menyatupadukan puak-puak yg bertelagah.

    Selepas menamatkan pengajian agamanya, beliau dilantik menjadi Pengetua di sekolah al-Zawiyah al-Qusur di Jabal al-Ahdar, tenggara Libya. Kemudian beliau dijemput ke Sudan bagi menjadi pengetua sekolah di sana sehingga tahun 1903. 

Menentang penjajahan
Ketika Barat sedang rancak menjajah tanah empayar Uthmaniah pd thn 1899, Umar berjaya menyatupadukan rakyat Libya dan menubuhkan pasukan Banu Sanus (Sanusi) bagi menentang penjajah Perancis di sempadan Sudan. Pd masa itu, beliau beru berusia sekitar 30-an. Apabila Itali memasuki Libya pd tahun 1921, Umar sekali lagi mengumpulkan pejuang-pejuang muda bagi menghadapi penjajah itu.

    Ramai di kalangan pemimpin negara dan ulama lari ataupun berpaling tadah menjadi boneka penjajah. Namun, tawaran harta dan pangkat oleh penjajah Itali tidak langsung menggugat azam beliau bagi membebaskan negaranya. Bahkan, pd thn 1915, tentera Itali malu besar apabila ribuan tenteranya berjaya dibunuh dlm peperangan di al-Gherthabiya berhampiran Sirt. Kebolehan Umar dlm mengatur strategi prg di pdg psir dikagumi hingga diberi jolokan 'singa padang pasir'.

    Akhirnya, tentera Itali cuba mengusir beliau ke daerah lain. Namun, usaha ini juga gagal. Beliau meneruskan penentangan walaupun usia beliau menjangkau 70-an. Sepanjang lebih 20 tahun hidupnya menentang penjajahan, beliau mengikuti hampir 1000 pertempuran dgn tentera penjajah. Pd tahun 1922, Itali mengambil pendekatan melumpuhkan tentera Islam dgn menyekat bekalan dan bantuan ketenteraan dr luar dgn merentang kawat berduri sejauh 300 kilometer setinggi dua meter. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan.

    Oleh kerana kekurangan bekalan, bilangan pejuang Islam semakin berkurangan dan terpaksa bertahan di kawasan pergunungan. Namun, walaupun tentera Islam jauh kurang berbanding tentera Itali yg lengkap bersenjata moden, Umar tetap meneruskan perjuangannya dlm usia mencecah 80-an. Selepas melalui beberapa siri peperangan, akhirnya beliau berjaya ditawan oleh tentera Itali dan dibawa ke kubu musuh di bandar Suluq.

    Semasa disoal siasat, pegawai tentera terpegun dgn keberanian Umar berhadapan dgnnya walaupun dirantai dan cedera parah. Beliau tidak sedikit pun gentar menjawab stiap pertanyaan pegawai itu,, malah sebaliknya pegawai itu yg gementar berhadapan dgn Umar.
                                      
 Kerana perjuangan Islam, beliau sanggup dihukum.

Syahid di Tali Gantung
Umar dihukum gantung oleh mahkamah tentera Itali pd September 1931 di Kota Solouq. Hingga ke akhir hayat, beliau tdk mahu tunduk kpd penjajah. Apabila panglima tentera Itali menawarkan mahu membebaskan beliau dgn syarat beliau mematuhi segala arahannya, beliau berkata, "Aku tdk akan berhenti menentang kamu, hingga kamu meninggalkan tanah airku, ataupun hingga aku mati. Aku bersumpah kpd Allah yg Maha Mengetahui sesuatu dlm hati manusia, sekiranya bukan kerana tanganku diikat sebegini, pasti aku akan tetap melawanmu dgn tgn kosong, biarpun dlm keadaan yg tua sebegini."

    Beliau turut menyeru kpd rakyat Libya yg hadir di situ, "Kita tdk akan menyerah dgn mudah kpd pihak musuh, krn sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukan penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, sekiranya kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu."

    Pembunuhannya di tali gantung menyemarakkan semangat rakyat Libya dan pemberontakan terus tercetus di Afrika Utara.

0 Komen:

Post a Comment