Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, December 24, 2009

dacs pandan ziarah ramadhan selebriti..

salam..

Pada bulan Ramadhan al mubarak yang lepas oktober 2009, dacs pandan bersama dacs selangor telah merancang satu program yang julung kali diadakan iaitu
"ziarah ramadhan bersama selebriti tanahair".

selebriti dalam skop yang luas iaitu seniman, pelakon baru atau lama, ahli sukan, ahli sastera, teater, penyanyi, pencipta lagu dan seumpamanya samada yang uzur atau sihat dan banyak lagi... program perintis ini bermula pada bulan ramadhan yang lepas 1430H. Antara selebriti yang dacs pandan bersama dacs selangor telah ziarah ialah pak kus ( kuswadinata ) seniman veteran yang dikenali ramai diera 50an sehingga sekarang.


dari kiri: halim (dacs pandan),sany (dacs selangor) bersama pak kus.

pak kus itulah gelaran nama yang biasa orang panggil. semasa rombongan kami sampai pak kus baru beberapa hari keluar dari hospital atas sebab masalah kesihatan. ketika ini usia pak kus sudah mengjangkau lebih dari 70 tahun.

pak kus sangat terharu dan gembira menyambut kedatangan kami, beliau menceritakan keadaan dirinya sekarang, meluahkan perasaan ( ramai seniman veteran yang masih hidup susah tanpa mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkaitan ) disamping suka cerita kenangan manis semasa dizaman kegemilangan beliau satu ketika dulu.

 
menyampaikan cenderahati. 'duta penyelamat & kasih sayang'

pihak kami telah menyampaikan  'duit raya' dan hamper sebagai tanda teriama kasih menerima kunjungan kami dan sekaligus menghargai jasa beliau dalam industri  filem tanahair. beliau amat terharu kerana masih ada insan yang mengingati dan menghargai beliau sehinggan beliau menitiskan air mata.




kiri setiusaha dacs selangor saudara ikhwan bergambar bersama pak kus.

dacs selangor telah mengarahkan dacs kawasan-kawasan supaya menjejaki selebriti-selebriti yang menetap  di negeri selangor dan yang berdekatan dengan tempat masing-masing untuk diaturkan lawatan.

Alhamdulillah selain pak kus sudah ramai selebriti dalam negeri selangor yang telah berjaya kami jejaki dan kami ziarah bersama dengan sahabat-sahabat dari dacs kawasan tersebut. antaranya balu arwah samad lefthanded (langat), balu arwah syukri hashim (ampang), param, hamid gurgha (kelang), zaiton sameon (beranang) dan ramai lagi...

diharapkan program sebegini dapat diteruskan bukan hanya di bulan ramadhan malah setiap masa bagi membuktikan bahawa  Pas bukan parti yang menentang segalanya dan yang paling penting dapat menghapuskan persepsi negatif Pas dalam masyarakat bersesuaian dengan moto 'duta penyelamat dan kasih sayang'

Pas bukan parti politik yang sempit semata-mata tapi tanggungjawab yang paling besar adalah Pas sebuah 'gerakan islam' yang luas skop dan peranannya dalam masyarakat dan agama.

setiap muslim yang mengucap syahadah WAJIB mendokong, menyambung dan meneruskan risalah dakwah yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Atas alasan itulah kami menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan hati yang terbuka antaranya melalui lajnah dacs ( seni, budaya dan sukan ). Moga Allah memberi kekuatan pada kami, menerima apa yang kami usahakan ini sebagai amal soleh dan bekalan akhirat kami Insyaallah. Amin........

sekian.

0 Komen:

Post a Comment