Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, December 13, 2009

Klinik Bolasepak anjuran Pej Adun Chempaka & DACS Pandan.



                         YB Iskandar (Adun Chempaka) bersalaman dengan peserta klinik bola selepas perasmian...
                                            ( lawa nya baju dia, baru nampak keseragaman !!....)


dia ni le dgn shbt2  yg diamanah menguruskan program klinik bola dacs pandan !!.

Setelah berbulan bulan merancang, Alhamdulillah program klinik bola sepak berjaya diadakan pada 13 Disember 2009 di padang Awam Pandan Jaya dibawah jajahan ADUN Chempaka. Jumlah kehadiran peserta seramai lebih kurang 50 orang remaja pelbagai peringkat umur turut memeriahkan lagi klinik ini. program ini yang julung kalinya dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa dan penduduk setempat.

YB Iskandar A Samad meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan program ini dan sekaligus beliau menghantar 2 orang anaknya menyertai klinik ini. Klinik bola ini dibimbing oleh tenaga pelatih dari PKNS FC yang didatangkan khas untuk melatih para peserta. Para peserta diberi baju T percuma untuk menaikkan lagi semangat setiakawan dalam bersukan.

Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik yang betul main bola, kepada yang mempunyai bakat terpendam mereka ditawarkan untuk menyertai Akademi Bola pkns fc yang diadakan setiap sabtu dan ahad dipadang pkns Kelana Jaya.

Dacs Pandan telah diberi kepercayaan untuk mengurus dan merialisasikan program ini. Seramai 5 orang krew dacs pandan turun membantu disamping 7 orang jurulatih daripada pihak pkns fc.

 
jurulatih dari pkns fc sedang beri pelbagai nasihat kpd peserta2.
(yg baju kuning bertopi tu..bekas pemain Kebangsaan.. Hj Khaidir Buyong)


terima kasih kepada pkns fc terutamanya saudara Mahfizul yang menjadi penghubung diantara kami.

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang...

sekian.





0 Komen:

Post a Comment