Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, December 12, 2009

Abdullah Yusuf Azzam


Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di perkampungan As-ba'ah Al-Hartiyeh, daerah Tebing Barat, Palestin. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarganya, tetapi yg paling bijak antara adik-beradik. Sejak kecil beliau dianggap seorang yang alim. Semasa di bangku sekolah, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik lebih menonjol.
Sarjana yang Beramal
Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Khadorri, Tulkarm dalam bidang pertanian. Selepas menamatkan kolej, beliau mengajar di sebuah perkampungan di Selatan Jordan. Beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Damascus pada tahun 1966 dalam jurusan syariah. Selepas perang enam hari antara tentera Israel dan negara-negara Arab, Azzam berpindah dari Tebing Barat ke Jordan. Di sana, beliau menyertai gerakan Ikhwan Palestin.

Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam pengajian sarjana bidang Syariah. Beliau sempat mengajar sebentar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1973, beliau berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam jurusan Usul Fiqh. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi pensyarah di Universiti Amman, Jordan sebelum bertukar ke Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi.

Menyahut Seruan Jihad
Berdasarkan pengalaman peribadi dalam gerakan pembebasan Palestin, beliau berpegang kpd prinsip perjuangan ummah hanya boleh mencapai kemenangan melalui senjata, bukan melalui rundingan dan seminar. Beliau mengotakan kata-katanya dengan menjadi salah seorang yang mula-mula menyahut seruan jihad di Afghanistan ketika USSR (Rusia) menakluki Afghanistan.

Pada tahun 1979, beliau memohon mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad, Pakistan. Pada masa yang sama, beliau berusaha mndekati pimpinan jihad dari Afghanistan di sempadn Pakistan. Tidak lama selepas itu, beliau mengerahkan sepenuh tenaga dan masanya dengan gerakan jihad di Afghanistan..

Beliau mengasakan Baitul-Ansar atau Biro Khidmat Mujahideen yg membantu pihak Mujahideen Afghanistan. Biro itu turut berperanan melatih para sukarelawa yg mahu berjihad di Afghanistan. Peranan Azzam bukan sahaja melatih para sukarelawan, malah beliau juga menyeru sekalian umat supaya mmbantu perjuangan jihad di Afghanistan melalui ceramah dan tulisan-tulisan beliau.

Usaha beliau berjaya dan para sukarelawan dr seluruh pelosok dunia menyambut seruan beliau. Tdk kurang drpd 20 000 org dari pelosok dunia datang ke Afghanistan bersama-sama mempertahankan maruah umat Islam. Dgn itu, beliau mmbina kem latihan khas bg melatih mereka taktik peperangan bersenjata.

Beliau sendiri tdk ketinggalan berjuang bersama para Mujahideen di serata Afghanistan walaupun sudah berusia 40-an. Beliau juga berperanan menyatupadukan pemimpin-pemimpin Mujahidin yg tdk sehaluan dalam membebaskan Afghanistan drpd cengkaman penjajah.

Sebagai mujahidin, beliau sentiasa berpuasa selang sehari sebagaimana Rasulullah dan beliau menggalakkan para Mujahidin lain jg berpuasa. Beliau prnh berkata, "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun. Tujuh setengah tahun berjihad di Afghanistan, satu setengah tahun berjihad di Palestin. Selebihnya sebagai pembaharu jihad dlm abad ke-20.

Cubaan Membunuh
Pada tahun 1989, pihak musuh cuba membunuh beliau dgn menggunakan bahan letupan yg dipasang pd tmpt beliau berkhutbah pd setiap Jumaat. Namun, cubaan membunuh beliau gagal apabila bom tdk meletup dgn izin Allah. Namun, ajal beliau tiba pd 24 November pd thn yg sama semasa dlm perjalanan menunaikan solat Jumaat.

Sebanyak 20 kilogram bahan letupan TNT yg dipasang pd jalan meletupkan knderaan mereka dan membunuh Azzam dan dua org anaknya. Walau bagaimanapun, jasadnya tidak hancur sebaliknya hanya sedikit darah keluar dr mulutnya. Jasad as-syahid dikebumikan di Peshawar.

0 Komen:

Post a Comment