Penjejak

Labels

Sunday, May 30, 2010

jambori arc kebangsaan....

salam...

setelah berbincang diantara pimpinan arc pusat, insyaallah arc pusat akan menganjurkan satu jambori peringkat kebangsaan sempena menyambut ketibaan moto gp di sepang.

plan yang dirancang, program selama 3hari.. berkhemah, bbq, bersantai, berkonvoi ke sepang tengok moto gp dan banyak lagi. kepada ahli-ahli arc pandan dan seluruh peminat yang ingin menyertai program ini bersedia dengan maklumat terkini yang akan menyusul kemudian.....

kemungkinan antara lokasi tumpuan peserta jambori ini adalah ke pandan. dijangkakan kehadiran motor - motor besar dan pelbagai jenis motor dari seluruh negara akan menyertai nya.

yang paling best arc yang diketuai oleh saudara yasir said (bekas pelumba cub prix asia) ini telah berkembang dengan sangat membanggakan dan rakan nya yang juga tidak asing lagi iaitu saudara wazi hamid juga bekas pelumba cub prix malaysia juga berprogram bersama arc.

jom !!! peminat-peminat motor dan yang ada motor, kita sertai program ni yang dijangkakan diadakan pada selepas hari raya aidilfiri. Insyaallah.

jumpa nanti......

dacs pusat tour @ negeri-negeri.

salam..

seperti yang dirancang, dacs pusat telah hampir berjaya dalam misi jelajah seluruh semenanjung bertemu dengan dacs negeri-negeri untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan.

Alhamdulillah rombongan dacs pusat terdiri daripada sany hamzan, yasir said (kedah), fadhil (wp), halim (selangor) dan fahmi (penang).

program bermula pada 27.5.2010 - 30.5.2010 ke kedah, perak, kelantan, terengganu, pahang, johor, melaka dan terus ke kelang selangor.

pelbagai  maklumat dan info yang kami dapat daripada misi ini. antaranya pengalaman .. kami bermalam di felda keratong 3 pahang. ish... membangun sungguh kampong ni, wifi dan skrin besar kat kedai makan perkara biasa. tapi peneroka kat sini dan seluruh peneroka felda khususnya sedang berjuang untuk mendapatkan hak yang sebenar yang telah di permainkan oleh felda itu sendiri.

Alhamdulillah banyak pengalaman yang aku dapat daripada misi ini yang  boleh di bawa balik di selangor.

kita berjumpa lagi......

sekian.

Tuesday, May 25, 2010

DACS mengutuk/menentang kerajaan pusat HALAL kan judi bola..

salam..

firman Allah..

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya...

                                                                                                           Al Maidah : 90

dacs dan arc pandan/selangor mengutuk sekeras- kerasnya kerajaan persekutuan kerana meluluskan (menghalalkan) judi bola yang terang dan jelas haram nya disisi islam. atas alasan yang sangat jahil iaitu 'untuk mengelakkan berleluasa nya judi tanpa lesen..'

adakah judi,arak atau zina yang secara jelas haramnya boleh di halal kan ? takkan begitu sempit nya pemikiran pemimpin hari ni? adakah ini jalan penyelesaian nya?

untuk pengetahuan.. dengan lulusnya lesen judi bola yang diberikan kepada berjaya group ni.. pihak berjaya group akan mengaut keuntungan berbilion ringgit !!! (mungkin balas budi sebab termakan budi..)

kami.. anak-anak muda islam yang meminati sukan rasa terkilan dan sangat menyesal sebab walaupun kawan dan lawan menentang tetapi pihak atasan (kabinet pm) tetap dengan keputusan nya.

percayalah....

satu hari nanti semua jenis sukan akan minta diluluskan juga lesen judi. mungkin asalnya untuk peringkat antarabangsa tapi ia akan merebak dalan sukan tanahair kita !. bookie judi berleluasa mengatur permainan sapa yang perlu menang dan akan ada jual beli pemain... udah le merosakkan iman juga merosakkan sukan tanahair....

dan tak mustahil...

daripada zina secara haram.. akan juga diberi lesen untuk halal kan zina, halal kan arak.. sudah ada pun !! contoh mudah.. pihak berkuasa akan melakukan operasi benteras pada kedai-kedai judi,arak dan zina yang tiada lesen. mesti mohon lesen!! maksudnya yang ada lesen tu halal lah.

ada orang kata...

kenapa kedah dibawah pentadbiran kerajaan islam pun tak tutup semua kedai judi.?  (soalan lepas diri)..jawapannya kebanyakkan lesen yang diluluskan di bawah bn dulu mempunyai tempuh tamat yang agak lama tetapi polisi kerajaan kedah dibawah pr iaitu tidak perbaharui lesen yang telah tamat dan tak buka lesen baru..lama kelamaan habis lah seperti di kelantan. betul? simple je kan..
non muslim pun tak suka pada judi ini kerana ia akan menghancurkan diri, keluarga dan masyarakat itu sendiri..

sedarlah wahai anak-anak muda islam...

marilah kita menentang sekeras-kerasnya isu judi bola ini sebab ia melibatkan dosa pahala, syurga neraka. dan ingatlah kamu ! tanggunglah dosa sapa yang tandatangan luluskan judi ini dan dosa ini juga akan mengalir sama kepada sapa yang memenangkan/ menaikkan pemimpin seperti ini.. nauzubillah..

hapuskan judi bola.. hapuskan rasuah.. bersukan secara bersih..

jom !!! kembalikan maruah islam yang dikotorkan oleh orang islam sendiri..
himpunan aman besar-besaran pada 3 julai nanti di kuala lumpur !!!!

sekian.


                       

Saturday, May 22, 2010

jom! konvoi...

salam

arc selangor telah merancang untuk berkonvoi ke 2 negeri , 1 negara > penang & perak dan terus ke bentog,thailand.Insyaallah. maklumat seperti berikut :

tarikh bergerak : 8 pagi 29 mei 2010 ( sabtu )
balik :30 mei sebelah petang.( ahad )

berminat ?? sila call ikhwan 013 3442190 sebelum 26 mei 2010.

ayuh !!! kita jalan-jalan tempat orang timba pengalaman sekaligus menyebarkan mesej islam melalui permotoran pada semua.
 
sekian.

Sunday, May 16, 2010

penghayatan islam..

salam..

tajuk : perkara yang menyebabkan syahadah seseorang terbatal atau murtad.

1. sujud/tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

2. menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia, sifat-sifat Allah, Al Quran. Hadith Nabi SAW, hukum-hakam syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya dan banyak lagi.

3. mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. atau dengan terang-terang orang itu mengatakan dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiari ( pilihan sendiri, bukan paksaan)

4. perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. juga mengatakan yang haram itu halal ( contoh judi, arak ).

firman Allah dalam Baqarah ayat 217 : " sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu, maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal didalamnya buat selama-lamanya.."

pesanan : marilah kita menjaga setiap perbuatan dan pertuturan sehari-hari, buat apa yang diperintahNya dan tinggal apa yang dilarangNya , yang haran tetap haram dan yang halal tetap halal, tak kira siapa kita, samada pemimpin ataupun rakyat sebab kita semua adalah hamba Allah taala. agar tidak terjebak atau gugurnya akidah seseorang itu secara tidak sedar atau sedar...

bersambung.....sekian.

dacs pandan hantar team@paintball hulu kelang.

salam..

pada 15.5.2010 ( sabtu ) bertempat di padang awam AU2 keramat telah berlangsung satu kejohanan paintball anjuran pejabat adun hulu kelang dan dacs gombak.

sebanyak 15 team telah menyertainya.bermain secara liga, bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah dacs pandan telah menghantar 1 team bagi memeriahkan lagi suasana dan menimba pengalaman yang sangat bernilai dalam kejohanan paintball ni. kena tembak sampai bengkak2 adalah satu hiburan dalam sukan ini. aku pun kena hehe!!

pemain dari dacs pandan terdiri daripada shahril, najmi, hazrul, acik, apek, hakim dan halim. dacs pandan telah menduduki tempat ke enam dari keseluruhan 15 team. satu pencapaian yang membanggakan juga kerana kami memasuki kejohanan ini dengan tiada pengalaman ...(belasah je). Alhamdulillah kami telah diberi tunjuk ajar tentang skill, teknik, tektik dan perancangan dalam bertempur oleh marshall yang berpengalaman luas dalam bidang ni.( saudara junaidi )

program ini telah dirasmikan dan penyampian hadiah oleh adun hulu kelang yb saari sungip (pak abu).

ini adalah satu program yang sangat baik dan sukan lasak paintball ini juga telah menjadi kegemaran dikalangan orang muda sekarang ni, diharapkan dacs dari kawasan2 lain dapat menimba ilmu dan anjurkan di kawasan masing-masing.

dacs selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada dacs gombak atas penganjuran ini.

(gambar2 sekitar program tak sempat untuk dipaparkan disini. teknikal problem)

sekian..

Sunday, May 09, 2010

konvensyen gerakan islam @ 22.5.2010

salam..

lujnah dakwah dan pembela islam dppp dengan kerjasama pejabat adun chempaka dan gamis bakal menganjurkan program " kenvensyen gerakan islam dan persaingan demokrasi 2010"

maklumat seperti berikut >


 jom !! sertai untuk mendapat ilmu yang bermanfaaf daripada program ini.. daftarlah segera !!

hapuskan kejahilan dalam pemerintahan dan gantikan dengan kebenaran islam yang syumul..

sekian..

Tuesday, May 04, 2010

sembang@santai diganggu!!

salam..

dacs shah alam dengan kerjasama dppns telah menganjurkan satu program 'generasi idaman selangor' kerajaan negeri selangor di bawah seliaan exco yb dr halimah ali yang diberi nama sembang@santai.

program ini berlangsung di dataran shah alam pada 1 may 2010 bermula jam 9.30 malam.

di dataran shah alam pada setiap malam minggu pasti ramai anak-anak muda lepak, berborak-borak kekadang tu hingga lewat malam. oleh yang demikian dacs telah memikirkan satu cara untuk mendekati muda mudi ini dengan pengisian program yang berbentuk santai-santai je..

antara aktiviti yang dijalankan pada malam itu adalah bacaan puisi, forum, live band, nyanyian, ceramah kesedaran dan banyak lagi, dengan harapan setiap malam minggu mereka melepak kosong saja sekurang-kurangnya dapat jugak satu malam diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus boleh mengelakkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang biasa mereka lakukan pada malam minggu.

sepatutnya pelbagai pihak terutama kementerian yang berkaitan atau sesiapa saja memberi sokongan dan bantuan agar geng2 ini dapat menjalankan pelbagai jenis lagi program untuk mendekati muda mudi ini.

AKAN TETAPI.....

pada malam itu satu insiden yang tak sepatutnya berlaku... berlaku. ntah kenapa tiba-tiba pada malam itu pihak polis menjalankan operasi terhadap mat-mat motor ni, dengan membunyikan siren kereta habis panik dibuatnya...dan atas kekasaran polis telah mengakibatkan seorang pengunjung cedera di muka akibat di pijak oleh anggota polis..laporan polis telah dibuat !!! lanjut>(infodppsa.blogspot.com)


ntahlah.... nak cakap macam mana.sempitnya politik mereka nie..........

sepatutnya pihak berkuasa menjaga keselamatan agar program yang baik ini berjalan dengan lancar sebab program ini secara tak langsung membantu pihak berkenaan dalam memdekati muda mudi ini.

melalak dalam tv dan paper suruh golongan muda menjaga kelakuan, jangan buat perkara tak baik TAPI bila ada golongan nak isi program dengan perkara2 baik di ganggu... dikacau...atas alasan operasi!!!

tahniah kepada pihak berkaitan kerana pelbagai program maksiat yang dianjurkan, kejayaan remaja buang bayi di merata-rata tempat tercapai !!!!

sekali lagi tahniah kepada dacs shah alam atas kejayan penganjuran, moga Allah terima amalan kalian sebagai amalan soleh dan memberi hidayah kepada semua manusia agar kembali beramal dengan cara hidup islam...

islam lah (agama fitrah)... jalan penyelesaian segala masalah manusia di atas bumi ini.

sekian.