Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, May 04, 2010

sembang@santai diganggu!!

salam..

dacs shah alam dengan kerjasama dppns telah menganjurkan satu program 'generasi idaman selangor' kerajaan negeri selangor di bawah seliaan exco yb dr halimah ali yang diberi nama sembang@santai.

program ini berlangsung di dataran shah alam pada 1 may 2010 bermula jam 9.30 malam.

di dataran shah alam pada setiap malam minggu pasti ramai anak-anak muda lepak, berborak-borak kekadang tu hingga lewat malam. oleh yang demikian dacs telah memikirkan satu cara untuk mendekati muda mudi ini dengan pengisian program yang berbentuk santai-santai je..

antara aktiviti yang dijalankan pada malam itu adalah bacaan puisi, forum, live band, nyanyian, ceramah kesedaran dan banyak lagi, dengan harapan setiap malam minggu mereka melepak kosong saja sekurang-kurangnya dapat jugak satu malam diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus boleh mengelakkan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang biasa mereka lakukan pada malam minggu.

sepatutnya pelbagai pihak terutama kementerian yang berkaitan atau sesiapa saja memberi sokongan dan bantuan agar geng2 ini dapat menjalankan pelbagai jenis lagi program untuk mendekati muda mudi ini.

AKAN TETAPI.....

pada malam itu satu insiden yang tak sepatutnya berlaku... berlaku. ntah kenapa tiba-tiba pada malam itu pihak polis menjalankan operasi terhadap mat-mat motor ni, dengan membunyikan siren kereta habis panik dibuatnya...dan atas kekasaran polis telah mengakibatkan seorang pengunjung cedera di muka akibat di pijak oleh anggota polis..laporan polis telah dibuat !!! lanjut>(infodppsa.blogspot.com)


ntahlah.... nak cakap macam mana.sempitnya politik mereka nie..........

sepatutnya pihak berkuasa menjaga keselamatan agar program yang baik ini berjalan dengan lancar sebab program ini secara tak langsung membantu pihak berkenaan dalam memdekati muda mudi ini.

melalak dalam tv dan paper suruh golongan muda menjaga kelakuan, jangan buat perkara tak baik TAPI bila ada golongan nak isi program dengan perkara2 baik di ganggu... dikacau...atas alasan operasi!!!

tahniah kepada pihak berkaitan kerana pelbagai program maksiat yang dianjurkan, kejayaan remaja buang bayi di merata-rata tempat tercapai !!!!

sekali lagi tahniah kepada dacs shah alam atas kejayan penganjuran, moga Allah terima amalan kalian sebagai amalan soleh dan memberi hidayah kepada semua manusia agar kembali beramal dengan cara hidup islam...

islam lah (agama fitrah)... jalan penyelesaian segala masalah manusia di atas bumi ini.

sekian.

0 Komen:

Post a Comment