Penjejak

Labels

Monday, December 26, 2011

aku @ klinik bolasepak junior

salam semua..

pada 25 disember 2011 di stadium bangi.. berlangsung satu program klinik bolasepak junior anjuran bersama dacs selangor.. Alhamdulillah seramai 250 peserta dalam 3 ketegori umur 10, 12 dan 15 tahun berjaya dikumpulkan.

pelbagai skil dan ilmu dicurahkan oleh 3 orang ikon jemputan iaitu nik safik, chairil dan zulfahmi dari team harimau muda B. skuad pelapis untuk pasukan negara ni.... semoga mereka ni menjadi pemain negara yang hebat satu hari nanti insyaAllah.

terima kasih kepada semua yang terlibat..pengarah program saudara dahari dan krew dari dacs serdang dan juga ibubapa..

diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi...

3 ikon sedang tunjuk skil masing-masing
bersama bakal pemain hebat negara ni.. tu yg teruja tu !!!
Add caption

@karnival hijrah bersama "kawan"...

pada 24 dis 2011 lepas, satu konsert besar berlangsung di stadium mini sabak bernam... penampilan selebriti otai di bawah KAWAN.. satu platfom untuk selebriti dipimpin bersama oleh ustaz dato abu bakar chik dan dacs.

Alhamdulillah pada malam itu pelancaran secara rasminya dan lagu tema KAWAN dinyanyikan beramai-ramai...

Alternative Riding Club ARC juga mengambil bahagian untuk melancarkan ARC peringkat kawasan sabak bernam.

yang best sekali.. live band yang mengiringi konsert ini.. fuh !! terbaik.

dalam KAWAN... kami bertemu berkala..sembang santai, berkongsi ilmu, berbincang, makan-makan seperti satu keluarga besar. sangat santai dan bermanfaat. digalakkan ramai lagi golongan selebiriti akan sertai KAWAN.

doa selepas pelancaran arc & kawan.
ramai-ramai nyannyikan lagu tema KAWAN
bersama tetamu jemputan
antara otai yang perform mlm tu..blank gamma. maintain lagi ooo
tgh set up booth arc

Saturday, December 24, 2011

@news skit..

assalamualaikum semua...

maaf dipinta sebab lama gak tak update status kat blog ni.. xsempat bro !! segala program aku masuk dalam tweeter aje.

1st.. nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya dalam keputusan pmr baru-baru ni.. dan yang biasa-biasa tu..xpe peluang masih terbuka sangatb luas, nak atau tak nak sahaja.

sejak dok dalam dacs malaysia ni.. seluruh pelusuk negeri aku kena ambik tahu ataupun hadir jika ada jemputan selain nak tumpukan dacs selangor lagi. tapi aku sangat enjoy dan happy dengan pelbagai program dan aktiviti untuk anak muda ni tak kiralah sukan, seni hiburan atau permotoran.

jutaan tahniah juga diucapkan kepada team arc malaysia dan arc negeri-negeri kerana sekarang ni alternative riding club (arc) telah berkembang dengan pesat, Alhamdulillah.. platform untuk anak muda dalam permotoran. jom !! mana -mana kelab lain nak sertai arc pun  boleh sebab pelbagai aktiviti atau program yang sangat manfaat dan menarik disediakan kepada semua.

sekarang alternative cycle club atau cycle comodity (acc) pula dilancarkan.. ini satu lagi platform untuk anak-anak muda yang minat berbasikal pulak...

dacs juga ada alternative band club (abc)...platform untuk band-band kaki jamming ni.. live band, battle of the band dan konsert selalu juga diadakan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam ni..

insyaAllah dacs malaysia akan menjadikan abc dan acc ini seperti arc yang sudah dikenali ramai dan aktif.

wallahu alam

Friday, December 09, 2011

klinik bolasepak dacs selangor @ bangi

kepada semua pemain - pemain bolasepak yang mempunyai bakat terpendam...

sesuai dengan keadaan semasa yang sangat menarik kepada sukan bolasepak tanahair kita, dengan kegarangan skuad harimau malaya kita dalam bolasepak ini, kami  menyambut kecemerlangan ini bersama-sama..

dacs selangor dengan kerjasama dacs serdang akan menganjurkan satu program klinik bolasepak untuk sama-sama kita mengasah bakat pra remaja dalam sukan ini.

klinik bola ini akan dipimpin oleh pemain dari pasukan harimau muda B iaitu zulfahmi hadi dan chairil emeir.

butiran seperti berikut :

tarikh : 25 disember 2011 ( ahad )
venue : stadium sekyen 15, bandar baru bangi.
masa : 8 pagi - 12 tghari.
yuran : percuma.
peserta : berumur 10 - 18 tahun sahaja.

pelbagai gaya dan cara skill bakal ditunjukkan kepada para peserta seperti kawalan bola, tendangan percuma, rembatan gol, baling bola , undang-undang bolasepak dan banyak lagi..

jom!! rugi tak sertai.. hubungi 019 3262537 untuk pendaftaran awal. sasaran hanya 300 peserta sahaja.

kejohanan futsal dacs selangor @ langat

kepada semua pasukan - pasukan futsal tempatan dan kawasan sekitarnya..

dacs selangor dengan kerjasama dacs hulu langat akan menganjurkan satu kejohanan futsal terbuka yang disokong oleh ahli parlimen langat Dr che rosli.

butiran adalah seperti berikut :
tarikh : 18 disember 2011 ( sabtu)
venue : challenger futsal batu 14 cheras.
masa : 8 pagi - 5 ptg.

juara : rm 1000.
naib : rm 600
ke 3 & ke 4 : rm 300

terhad 48 pasukan sahaja. Call sekarang untuk pendaftaran 013 3442190 ikhwan atau 017 2664934 azlan.

jom !! bersukan mengeratkan persaudaraan.

Sunday, December 04, 2011

bersama di konvoi arc pandan @ PD.

sesi suai kenal, sembang santai&cita pengalaman masing2. very sporting.
Assalamualaikum semua.. ketemu lagi !!

Alhamdulillah aku berkesempatan untuk join bersama anak-anak muda berkonvoi ke PD sanchuary resort, port dickson negeri sembilan. program selama 2 hari ini dianjurkan oleh arc pandan.

difahamkan sasaran peserta seramai 60 orang berjaya dicapai. pelbagai game yang menarik disediakan oleh pihak penganjur, yang paling best tu.. free belaka. fully sponsor.

aku mewakili dacs malaysia hadir untuk bersama kawan-kawan dari kawasan pandan ni..

program ini ditutup oleh saudara sany hamzan ( timbalan ketua pemuda selangor)

anyway...semua enjoy dan respon yang sangat positif dari para peserta.

bersama pengarah program (kiri sekali)