Penjejak

Labels

Thursday, January 28, 2010

pertandingan tarik tali 2010.

kepada peminat dan penggemar sukan tarik tali....

untuk makluman semua, dacs serdang dengan kerjasama pejabat adun bangi dan dacs negeri selangor akan menganjurkan pertandingan tarik tali peringkat DUN Bangi ( YB Dr Shafie ) .

kejohanan ini akan berlangsung pada 21 febuari 2010, Ahad bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.
gambar hiasan

yang berminat untuk memasuki pertandingan ini dan nak tahu lebih lanjut boleh terus berhubung dengan saudara Dahari di talian 019 3262537. perbagai hadiah menarik disediakan !!

pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu : terbuka dan bawah 18 tahun.

penganjur kejohanan ini hanya menerima pasukan yang jaguh kampong sahaja. pasukan yang bertaraf profesional tidak dibenarkan..( nak cungkil bakat.....)


gambar hiasan

jom !! sertainya... disediakan juga pelbagai aktiviti- aktiviti menarik untuk belia setempat dan juga pengunjung..

hadiah terbuka: piala ketua pemuda pas pusat.( ustaz nasarudin at tontowi)
bawah 18 tahun : piala ketua pemuda pas negeri selangor (ust hasbullah)



sekian...



Sunday, January 17, 2010

Tuan Guru Dr Haron Din.


Haron Bin Din atau dikenali dengan Tuan Guru Ustaz Haron Din berasal daripada Bohor Mali yang terletak di kangar, Perlis.

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940. Beliau adalah anak yang ke tiga daripada 10 adik beradik. Antara adik beradiknya yang terkenal sebagai tokoh agama ketika ini adalah abang beliau iaitu Ustaz Ishak Din dan adik beliau Ustaz Abu hassan Din.

Lebai Din, bapa kepada Ustaz Haron Din adalah perawat yang tersohor dokampungnya. Kaedah perubatan yang digunakan adalah menggunakan doa-doa daripada ayat-ayat suci Al Quran.

Pendidikan dan Kerjaya.

Pendidikan agama yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya semasa kecil membuahkan hasil yang baik dalam diri Ustaz Haron Din dan adik beradiknya. Ibu bapanya terkenal sebagai guru Quran yang mengajar Quran kepada masyarakat setempat. Beliau dihantar oleh kedua ibu bapanya ke Madrasah Al Islahiah Al Wataniah Bohor Mali.Kecemerlangan Ustaz Haron Din dalam pendidik terserlah sejak dari kecil. Kemudian beliau dihantar belajar ke Madrasah Al Alawiyah Al Diniah dan Al Kuliah Al Islamiah,Kelang Selangor.

Kecemerlangan beliau dalam pendidikan melayakkan beliau terpilih memasuki Kolej Islam Malaya sekitar tahun 1962 hingga 1965. disitu beliau belajar bersungguh-sungguh hingga dianugerahkan Hadiah Biasiswa Persekutuan kerana memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cemerlang. Lanjutan daripada itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ssarjana di Universiti al Azhar, Kaherah antara tahun1966 hingga 1968. Sekembalinya dari luar negara, beliau dilantik menjadi guru agama di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah di Mesir. Pada tahun 1974 beliau berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul Ulum, Kaherah Mesir. Seterusnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975.

Kemudian pada tahun 1977 beliau dilantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia hingga tahun 1985. Pada tahun 1986 Ustaz Haron Din dianugerahkan gelaran Profesor kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik.

Pengetahuannya dalam bidang Syariah menyebabkan Bank Negara Malaysia melantik beliau sebagai Ahli Majlis Penasihat. Public Bank Berhad juga melantik beliau sebagai timbalan pengerusi majlis penasihat syariahnya. Manakala muamalah financial consulting dan CIMB juga melantik beliau sebagai ahli majlis penasihat syariah. Beliau pernah menjadi ahli majlis fatwa negeri Perlis dan Selangor.

Pusat Perubatan Darussyifa'

Ustaz Haron Din adalah antara pengasas Darussyifa', sebuah pusat perubatan islam. Penglibatan Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan islam adalah adalah rentetan daripada pengalaman hidupnya semasa kecil. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan mengikut bapanya mengubati orang yang sakit. Lama kelamaan minatnya pada dunia perubatan islam muncul dalam dirinya. Minat beliau yang mendalam itu menyebabkan beliau meminta bapanya menurunkan ilmu perubatan itu kepada beliau.

Pada masa itu bapa beliau hanya mengajar ilmu perubatan yang asas kepada  Ustaz Haron Din. Sebelum bapanya mengajar ilmu perubatan, bapanya menyuruhnya mendalami ilmu agama.

Beliau sendiri mengambil inisiatif mempelajari kaedah rawatan islam daripada alim ulama. Antaranya guru yang mengajar kaedah rawatan islam ini adalah doktor kamal yang mengunakan kaedah rawatan hypnotism semasa di mesir.Di Malaysia, guru yang mengajar beliau pula adalah tuan haji Mursidi dengan kaedah perawatan yang sama.

Semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah, beliau sempat menimba ilmu perubatan islam daripada Sheikh Muhammad Idirs al Marbawi. Selain daripada itu, guru-guru yang turut mengajar beliau adalah Sheikh Muhammad Bayumi, Bapak Mokhtar Lintang, Tahir Abdullah, Pak Andak Noh dan Hj Husin.

Ustaz Haron Din dapat mempelajari beberapa ilmu dalam bidang perubatan islam yang dipelajarinya daripada guru-guru itu. Antara ilmu yang dipelajarinya termasuk ilmu berkaitan dengan penyakit barah, demam panas, ketumbuhan, kayap dan penyakit kulit. Sementara itu beliau juga mempelajari ilmu berkaitan tumbuh-tumbuhan disamping menggunakan ayat-ayat Quran.

Tidak ketinggalan juga beliau turut mempelajari ilmu laduni iaitu ilmu yang diberikan Allah kepada orang-orang tertentu sahaja. Beliau memperlajari ilmu itu daripada hj Husin atau dikenali dengan nama Tuk Chin. Kebanyakkan ilmu yang dipelajari dan diamalkan oleh Ustaz Haron Din adalah ilmu yang hanya bertepatan dengan syariat islam.
diusia muda..


Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)


Ustaz Haron Din adalah ahli jawatankuasa kerja Parti Islam Semalaysia (PAS) pusat antara tahun 1975 hingga 1983. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas. Oleh kerana terikat dengan kerjaya sebagai pensyarah, beliau tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya hingga tahun1999. Beliau mula bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 2004 mewakili Pas. Beliau dicabar oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan daripada bn. Beliau kalah dalam pilihanraya itu. Empat tahun berikutnya beliau bertanding sekali lagi di Perlis namun tidak berjaya terpilih sebagai wakil rakyat.

Ketokohan dan kepakaran beliau dalam bidang ilmu akhirat dan juga ilmu dunia tidak dapat dinafikan lagi, semoga beliau terus istiqomah dalam membimbing dan memimpin umat manusia di Malaysia khasnya ke arah kebaikan walaupun ramai orang yang tidak selesa (kejahilan) dengan dakwah dan risalah Islam yang beliau dan sahabat-sahabat beliau dokongi bersama gerakan Islam di Malaysia ini.


sekian.

Sunday, January 10, 2010

demonstrasi aman ke kedutaan mesir.

pada 8 januari 2010, hari jumaat satu demonstarsi AMAN telah diadakan bagi membantah negara mesir yang menyekat konvoi yang membawa lojistik bantuan seperti ubat-ubatan dan makanan untuk disalurkan ke palestin.

DEMONSTRASI AMAN ini telah berarak beramai-ramai dari tabung haji jalan tun razak menuju ke kedutaan mesir di jalan ampang untuk menyerahkan memorandum bantahan.



bener tanda sokongan..



menyusun  langkah, mulakan perjalanan..

walaupun ada sedikit gangguan daripada pihak polis tetapi secara keseluruhannya program ini berjaya diadakan dan pihak polis memberi kerjasama yang cukup baik.

ratusan anak muda yang cintakan keamanan dan menentang kezaliman turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan kepada negara mesir yang dilihat bersengkongkol dengan yahudi israel dalam menyekat sebarang bantuan untuk sampai ke palestin..

berkumpul selepas solat jumaat..

 walaupun akhirnya mesir membuka kembali laluan kepada konvoi viva palestin, namun demonstrasi aman ini tetap diadakan untuk memberi peringatan supaya jangan mengkhianati atau menghancurkan saudara seislam semata-mata mendapat habuan dunia yang sedikit.

betullah Sabda Rasulullah " umat islam akhir zaman nanti ramai umpama buih dilautan tetapi tidak berguna kerana mendapat satu penyakit iaitu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI".

suasana dunia islam sekarang ini menampakkan yang hadith Nabi ini benar-benar telah terjadi !!

berjuta-juta umat islam termasuk pemimpim dunia islam sekarang tetapi tunduk dan takut kepada yahudi yang hanya beberapa juta sahaja.

aman dan tenang..


ni kat kl tau bukan mesir..

nyatakan bantahan sambil santai2 je...

mulakan langkah mencari Redha Allah..

ini adalah salah satu cara dari pelbagai cara untuk menyedarkan mereka yang jauh menyimpang dan suasana ini boleh dilihat diseluruh dunia yang cintakan keamanan dan benci kezaliman.

walaupun tidak mendapat liputan dari media perdana yang berat sebelah, ia tidak menjadi masalah..
(formula yahudi 3M yang diguna pakai  : Media, Mechanary & Money )

 program seperti ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir.......

jumpa lagi di episod bantahan aman menentang kezaliman dan penindasan  yang akan datang!!

sekian.

Saturday, January 09, 2010

duta penyelamat dan kasih sayang..

tanggal 31 hb 12 2009, malam tahun baru bertempat di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) seperti biasa.. penganjuran pesta/ hiburan menyambut tahun 2010 sedang berlangsung.

program seperti ini amat tidak sihat JIKA tiada akta atau pemantaun dari pihak berkuasa berkenaan dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, arak, zina dan sebagainya. banyak lagi lokasi-lokasi penganjuran lain yang menyambut kedatangan tahun baru 2010.


suasana klcc di malam tahun baru.


di atas kesedaran dan tanggungjawab segolongan pemuda islam yang cintakan kebaikan dan ingin membetulkan/ membimbing anak bangsa sendiri maka kami hadir untuk mengedar risalah tentang kesedaran dan menyeru ke arah kebaikan.


sedang edar risalah kepada pengunjung..

amat di kesali kerana pihak yang berwajib lebih mementingkan keuntungan dan pelancongan semata-mata tanpa mengambil kira secara serius tentang gejala sosial melibatkan muda mudi yang semakin parah!! malah ruang gejala sosial ini dibentang seluasnya.



duta penyelamat dan kasih sayang..

walaupun ketika sedang mengedar risalah kesedaran ini.. dihalang oleh 'guard', diganggu, tidak dilayan, konyokkan risalah depan mata dan sebagainya. ini semua adalah asam garam bagi melakukan kerja-kerja amar makruf dan ini adalah perkara kecil jika nak dibandingkan dengan susah payahnya golongan yang terdahulu dalam melakukan kerja-kerja dakwah ini.

semoga apa yang dilakukan ini dikira sebagai amal soleh dan yang paling penting mencari Redha Allah dalam segala hal....Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.

moga muda mudi semua kembali ke arah kebaikan. agama tidak melarang untuk berhibur cuma kena jaga adab dan batasannya sahaja. simple kan?...

marilah kita berfikir untuk mencorak masa depan kita dengan penuh dengan kebaikan, harmoni dan berakhlak mulia. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi....


di klcc..



selepas operasi...



senyum sokmo satu sedekah...



selepas tengah malam..

nantikan kehadiran kami lagi dalam edisi duta penyelamat dan kasih sayang yang akan datang....

sekian.

Friday, January 01, 2010

buku baru, pen baru...

Kepada semua .

Dacs Pandan & arc pandan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1431 Hijrah dan 2010 masihi. Semoga tahun baru ini membawa seribu keazaman dan harapan yang baru dan meninggalkan seribu kenangan dan pengajaran.

Istiqomahlah..

Berazamlah utk dekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta dan tuhan yang mengetahui isi hati hambaNya.

Berdoalah..

kepada Tuhan yang menjaga alam ini, yang Maha Esa..kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan..


Yakinlah..

bahawa Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Sombong kepada sesiapa yang sombong kepadaNya..seluruh kerajaan di dunia di bawah kekuasaan Kerajaan Allah.

Teruslah berjuang!

walau dengan apa cara medan sekalipun sama ada media baru dan sebagainya, yang penting satu matlamat iaitu ingin melihat Islam memerintah dan bukan Islam diperintah.


Berbahagialah..

kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja jihad fisabilillah alaf baru ini..genggamlah bara sehingga menjadi abu dikala orang lain takut menggenggamnya..

Islam memimpin perubahan..