Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, January 29, 2011

dacs bakal isi slot @ karnival maher zain live in concert...

salam..

department of arts,culture & sports dppns (dacs selangor) melangkah setapak lagi kehadapan....

sesuai dengan ruang tugasannya seni,budaya dan sukan.. dacs selangor telah diberi ruang untuk menjalankan beberapa acara sukan rakyat pada hari "karnival maher zain live in concert" nanti. satu ruang dan peluang yang dinanti-nantikan untuk turun ke tengah masyarakat dan bertemu dengan golongan muda.

Alhamdulillah beberapa siri perbincangan di antara dacs selangor dan bos nasyeed.com telah menghasilkan satu keputusan yang sangat mengembirakan. boleh dikatakan dacs dipersada antarabangsa lah sebab karnival ni sempena kedatangan penyanyi maher zain yang cukup terkenal sekarang.


dacs di beri ruang seluasnya untuk mempromosikan apa itu dacs kepada pengunjung, dacs akan berada di sana pada sabtu 26 feb 2011 bermula pagi. beberapa game bakal disediakan untuk para pengunjung sertai dan hadiah menarik menanti...

dacs berazam tidak akan menghampakan pihak penganjur di atas kepercayaan yang di berikan. insyaAllah dan jutaan terima kasih di ucapkan.

juga akan di bantu oleh dacs pandan, dacs kapar dan dacs shah alam.

pendaftaran awal dan terhad. nantikan kami di sana..  di khabarkan promosi melalui ruang udara ikim.fm pun ada..

sekian.

Saturday, January 22, 2011

gambar tambahan...

sekitar kejohanan bolasepak 9 sebelah antara dun 2011 :

solat tetap diutamakan walau di mana berada..
di meja urusetia.
separuh akhir (dun bukit melawati vs dun seri muda)
jangan kasar sangat.. kan dah dapat kad.
antara krew terlibat..
ke tiga.. cun gak kan ? kenangan...
sang juara dun bukit melawati..
jumpa lagi tahun depan...

Monday, January 17, 2011

kemeriahan bolasepak 9s @ 16/1/2011..

salam..

Alhamdulillah dengan izin dan bantuan dari Allah dan rakan-rakan sekalian, kejohanan bolasepak 9sebelah antara dun selangor 2011 berjalan dengan lancar dan sukses seperti yang dirancangkan.

sasaran pasukan yang akan menyertai kejohanan ini adalah 56 team mewakili 56 dun dalam selangor tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya 40 dun sahaja yang menghantar penyertaan pada kejohanan kali ni.

kejohanan ini telah dirasmikan oleh ust hasbullah ridwan sendiri selaku ketua pemuda pas negeri selangor dan acara penutupnya disempurnakan oleh saudara zaidi ( timbalan ketua pemuda dppns ).

yang paling syok sekali adalah cuaca hari itu mendung dan redup diselangi renyai-renyai halus dari pagi hingga tengah hari, hanya terasa panas sedikit selepas jam 2 dan kembali redup selepas asar, Alhamdulillah.

peringkat separuh akhir menyaksikan perlawanan antara dun lembah jaya lawan dun kajang dengan kemenangan di pihak dun lembah jaya 1-0 dan dun sri muda lawan dun bukit melawati yang dimenangi oleh dun bukit melawati dengan jaringan 2-1.

perlawanan akhir adalah antara dun lembah jaya lawan dun bukit melawati.. dan dun bukit melawati telah dinobatkan sebagai juara sulung kejohanan ini dengan jaringan 3-0, mereka membawa pulang wang tunai rm1500 + medal + piala iringan ketua pemuda dppns, manakala dun lembah jaya membawa pulang wang tunai rm1000 + medal dan tempat ke 3 bersama membawa pulang wang tunai rm 500 + medal.

dacs selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Insyaallah jika ada rezeki kita jumpa lagi di musim akan datang.. "orang muda geng kita"

menjadi rebutan...



naib juara dun lembah jaya.

baru lepas lawan lah tu kot !!


solat zohor berjemaah.
semua tunggu dalam gol..aku nak sepak ni !!
crew tengah sibuk masukkan keputusan terkini..

salah satu aksi..

lagi gambar akan menyusul.....

Wednesday, January 12, 2011

JOM !! MASA SEMAKIN HAMPIR !!! BOLASEPAK 9 SEBELAH.

SALAM...

MASA SEMAKIN HAMPIR !!!!

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANTARA DUN SELANGOR 2011 BAGI MEREBUT PIALA KP DPPNS.


HADIAH YANG MENJADI REBUTAN PASUKAN-PASUKAN :

JUARA > RM 1500 + MEDAL + PIALA IRINGAN.
NAIB JUARA > RM 1000 + MEDAL.
KE 3 BERSAMA > RM 500 + MEDAL.

JOM !! RAMAI-RAMAI DATANG SAKSIKAN KEJOHANAN YANG BAKAL MENGGEGARKAN !!!

VENUE : BERHAMPIRAN SEK JENIS KEBANGSAAN CINA PIN HWA. IKUT NKVE MUDAH.. IKUT SIGNBOARD KELANG DAN EXIT SETIA ALAM LEPAS TOL SIMPANG KE 2 NAIK DAN KE KANAN.

BANTING/TUJU ARAH DISEDIAKAN.

AYUH !!! ORANG MUDA GENG KITA.

....dacs selangor.


sekian.

Monday, January 03, 2011

back to school...

salam...

Sekolah kembali di buka ...
Dacs & arc pandan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar. kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang baru.

Kepada ibu bapa penjaga sekalian.. tahniah diucapkan dan pilihlah sekolah yang terbaik untuk anak-anak. selain dari akademik.. agama juga perlu diberikan perhatian yaag serius.