Penjejak

Labels

Saturday, March 26, 2011

peluang untuk menjadi penaja utama nusantara fc

salam...

kelab bolasepak nusantara yang bernaung di bawah persatuan bolasepak selangor FAS sekarang sedang meneruskan perjuangan dalam liga selangor 2011 yang sedang berjalan.

nusantara fc mempunyai pemain seramai hampir 20 orang yang berumur dari 18 - 31 tahun. para pemain mempunyai bakat yang besar dalam bolasepak ini dan menunjukkan permainan yang baik dalam setiap perlawanan.

lokasi pertemuan dan latihan kami adalah di titiwangsa, kuala lumpur. latihan 3 hari seminggu.

kami masih tercari-cari penaja utama samada dari syarikat korporat, syarikat perseorangan, individu-individu atau sesiapa sahaja. segalanya memerlukan kos samada elaun pemain dan sebagainya.

kami berazam akan menjaga nama baik penaja dan secara tidak langsung kami membawa dan mempromosikan jenama tersebut.

insyaAllah yang sudi menaja boleh hubungi saya selaku pengurus pasukan di talian 019 2115995 atau email abumuaz78@yahoo.com.

semoga kalian dimurahkan rezeki dan sukses dalam karier.

kepada para pemain.. lakukan yang terbaik terutama disiplin diri. akhlak, samada dalam latihan, perlawanan persahabatan, perlawanan liga dan sebagainya.

sekian.

tawan gunung nuang > dacs & amal pandan

salam..

Alhamdulillah satu lagi aktiviti lasak yang julung-julung kali dianjurkan bersama antara dacs pandan dan unit amal pandan telah diadakan iaitu daki gunung nuang, hulu langat.

peserta akan bermalam di atas sana selama 2 hari 1 malam. peserta yang terlibat adalah dari kalangan pemuda sekitar dan dianggarkan seramai 15 - 25 orang. aktiviti ini dijadualkan pada 26 - 27 mac 2011 (sabtu dan ahad).

tahniah kepada yang terlibat dalam penganjuran kepelbagaian program yang kreatif dan lasak dan bersesuaian untuk anak-anak muda.

semoga semua berjalan dengan lancar dan selamat. jom !! tawan nuang....

Wednesday, March 16, 2011

selamat bercuti....adik2.

salam.

sekolah cuti lagi....

apa aktiviti yang bakal dirancang untuk penuhi masa cuti ni ? kepada ibu/bapa.. pantau anak2 kalian semampunya. ambil sedikit masa, apply cuti dan bawalah famili makan angin ke suatu tempat yang jauh sikit..

insyaAllah ikatan ukhwah terjalin didalamnya....

banyak tempat seperti masjid2,surau2 atau dimana saja yang menganjurkan program / kem untuk beberapa hari.. hantarlah anak-anak kalian dan kepada adik-adik sertailah atau isilah masa cuti dengan perkara yang berfaedah....

sekian ... jumpa di lain siaran...

Saturday, March 05, 2011

jadual liga & keputusan perlawanan nusantara fc..

salam..

nusantara fc-dacs selangor.


persatuan bolasepak selangor -fas.


untuk ingatan peminat dan penyokong kami...yg nak hadir pun di alu alukan.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
jadual perlawanan bolasepak Nusantara fc dalam liga selangor bahagian satu.

penaung : dppns.
rujukan/nasihat : abg azman eusoff.
pengurus pasukan : dacs selangor.
jurulatih  : en. zulkifli.

1 ) 27.2.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'D' sg buloh   = vs Batu Caves fc.  ( 1-0 )

2)  6.3.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'E' sg buloh     = vs Gen Pro.    ( 0-2 )

3)  20.3.2010 @ 9.45 pagi @ RRI 'E' sg buloh   = vs Puchong Rovers.   ( 0-2 )

4)  10.4.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'E' sg buloh   = vs Rovers. ( 6 - 1 )

5)  17.4.2010 @ 9.45 pagi @ SUK B            = vs Cenderawasih.   ( 1-2 )

6)  1.5.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'E' sg buloh      = vs Pos Selangor. ( 2-2 )

7)  15.5.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'F' sg buloh    = vs Vulcans.   ( 0-0 )

8)  22.5.2011 @ 8.30 pagi @ RRI 'B' sg buloh    = vs Sunday Cowboys. (proses bantahan keputusan-  walkover)

9)  5.6.2011 @ 8.30 pagi @ RRI 'B' sg buloh      = vs Puchong United. ( 1-1 )

10) 12.6.2011 @ 9.45 pagi @ RRI 'D' sg buloh   = vs Starbrite-MPKJ All Star ( 3-0 ).

semua game hari ahad.
ada 10 perlawanan dalam liga.
Doakan agar kami berjaya melangkah ke pusingan-pusingan seterusnya...

orang muda geng kita / dacs bersama anak-anak muda ....

sekian.

Wednesday, March 02, 2011

nusantara-dacs selangor fc

salam..

liga selangor telah bermula dengan perlawanan pertama nusantara fc pada 26.2.2011 di RRI sg buloh. Alhamdulillah nusantara fc yang bermain dalam division satu liga selangor dan game sulong bertemu dengan pasukan batu caves fc dan telah mencapai kemenangan 1-0.

menjalani latihan 3 kali seminggu di padang titiwangsa yang dipimpin oleh en zul 'atok'

insyaallah berbaki lagi 9 perlawanan yang berakhir pada bulan jun. semoga mencapai satu keputusan atau pencapaian yang cemerlang. kepada sesiapa atau syarikat  yang berminat untuk menjadi penaja utama pasukan nusantara fc ini sangat-sangat dialu alukan.

sekian.. laporan lain akan menyusul kemudian.

nusantara-dacs selangor fc
line up & breffing sebelum masuk padang 1st game.
bersama abg azman yusoff -penasihat.
1st game friendly match / selection
minum2 selepas game..

dacs @ karnival maher zain 26.3.2011

salam

Alhamdulillah dengan izin Allah Taala program yang dirancang untuk dacs selangor oleh pihak penganjur karnival nasyeed.com berjaya diselesaikan dengan jayanya, Insyaallah.

nasyeed.com memberi ruang atau bahagian di tapak karnival itu untuk dacs manfaatkan semahunya demi untuk mengenengahkan dacs dalam masyarakat dan biar mereka tanya apa itu dacs?

pada tarikh 26.2.2011 sabtu bermula jam 10 pagi - 10 malam mencatat sejarah yang tersendiri untuk dacs selangor yang dibantu penuh oleh dacs shah alam, dacs pandan dan dacs kota raja dalam program konsert bertaraf antarabangsa ini.

antara aktiviti yang menarik yang dacs sediakan untuk para pengunjung adalah timbang bola takraw berpasukan, gusti lengan, golf putting, motorshow pelbagai jenis, tazkirah santai, live band, cabutan bertuah, motor paling bersih, motor paling kotor dan forum ilmiah.

harapan saya selaku pengerusi dacs selangor kepada dacs kawasan-kawasan juga agar dacs terus maju kehadapan, terus berada dalam masyarakat bersama anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan budaya, menjadi duta penyelamat dan kasih sayang, kreatifkan program sesuai untuk semua dan kerjasamalah dengan pihak-pihak yang sudi bekerjasama dengan dacs untuk sebarang aktiviti, yang penting "syarak endos".

orang muda geng kita...
sebahagian motorshow pelbagai kelas dan jenama

persiapan pa sistem di awal pagi
antara acara yang disediakan
booth ikim.fm ( tu..kak mona jasman)
booth penganjur nasyeed.com