Subscribe:

Penjejak

Labels

Wednesday, March 02, 2011

dacs @ karnival maher zain 26.3.2011

salam

Alhamdulillah dengan izin Allah Taala program yang dirancang untuk dacs selangor oleh pihak penganjur karnival nasyeed.com berjaya diselesaikan dengan jayanya, Insyaallah.

nasyeed.com memberi ruang atau bahagian di tapak karnival itu untuk dacs manfaatkan semahunya demi untuk mengenengahkan dacs dalam masyarakat dan biar mereka tanya apa itu dacs?

pada tarikh 26.2.2011 sabtu bermula jam 10 pagi - 10 malam mencatat sejarah yang tersendiri untuk dacs selangor yang dibantu penuh oleh dacs shah alam, dacs pandan dan dacs kota raja dalam program konsert bertaraf antarabangsa ini.

antara aktiviti yang menarik yang dacs sediakan untuk para pengunjung adalah timbang bola takraw berpasukan, gusti lengan, golf putting, motorshow pelbagai jenis, tazkirah santai, live band, cabutan bertuah, motor paling bersih, motor paling kotor dan forum ilmiah.

harapan saya selaku pengerusi dacs selangor kepada dacs kawasan-kawasan juga agar dacs terus maju kehadapan, terus berada dalam masyarakat bersama anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan budaya, menjadi duta penyelamat dan kasih sayang, kreatifkan program sesuai untuk semua dan kerjasamalah dengan pihak-pihak yang sudi bekerjasama dengan dacs untuk sebarang aktiviti, yang penting "syarak endos".

orang muda geng kita...
sebahagian motorshow pelbagai kelas dan jenama

persiapan pa sistem di awal pagi
antara acara yang disediakan
booth ikim.fm ( tu..kak mona jasman)
booth penganjur nasyeed.com

0 Komen:

Post a Comment