Penjejak

Labels

Sunday, October 16, 2011

aku @ istana budaya..

pada sabtu malam ahad 15 okt 2011 bertempat di laman santai@istana budaya kuala lumpur, abg wahab (pengurus besar band reflisia ) jemput aku dan kawan-kawan ke sana untuk layan mereka perform live band. fuh!! terkejut aku rupa-rupanya kat tepi jalan tun razak kuala lumpur ni meriah dengan konsert di setiap malam minggu. pada malam tu ramai otai-otai lama hadir nyanyi sorang 2 lagu antaranya ben gravity, nizam laksamana, mus may, meditasi dan skrin.

aku datang dengan satu misi diatas sifat aku sebagai pengarah dacs malaysia iaitu menghampiri otai-otai ni bersembang sikit-sikit, bina hubungan dan dapatkan contact no untuk berhubung dimasa depan. mereka sangat sporting, nak bagi tau kat sini.. nilah kehidupan di tengah bandaraya dan beginilah antara cara golongan seni ni cari makan.

maaf cakap, ada sesetengah golongan agama yang mudah-mudah cakap tu haram ni haram, tu tak boleh, ni tak boleh sebagai contoh mudah sekarang ni..main gitar,nyanyi dalam surau/masjid sambil tazkirah. sensitif oooo...tapi dari segi dakwah (gerakan islam), itulah konsep yang terbaik untuk bersama anak muda.

hiburan ni tak boleh disekat tapi kita kena dekati dan ubah secara perlahan-perlahan sehingga satu masa nanti segalanya akan terbentuk didalam acuan dan kehendah syarak.

antara misi utama aku selaku pengarah dacs malaysia ni.. nak memberi fokus kepada seni dan hiburan semampunya bertepatan pula dengan kebanjiran golongan seni ke arah kebaikan. jika kita tak ambil peluang dan ruang ni, risau pihak yang berkepentingan duniawi semata-mata akan ambil.

bayangkan disuatu masa jika islam memerintah malaysia ni.. apa yang perlu kita lakukan kepada golongan seni/hiburan ni? adakah bersikap keras..tutup terus kelab malam,pub,karaoke,konsert dan seumpanya??
lu pikirlah sendiri...

bersama bro mus may, band kegilaan aku suatu masa dulu..
band reflisia perform &iringi juga otai-otai..

antara ratusan yang hadir..tepi jalan je pun. penangan hiburan ooo..

Sunday, October 09, 2011

jom !! ke ijtima tarbawi 28-30 okt 2011 di kuizm

Alhamdulillah..

ijtima tarbawi edisi ke 2 bakal diadakan di kuizm, taman melewar pada 28-30 okt 2011 nanti. jangkaan kehadiran pemuda islam seluruh negara adalah seramai 3000 - 5000 orang.

tarbiyah dalaman sangat penting dalam mendepani arus yang penuh dugaan dan cabaran masa kini.. terutama anak-anak muda yang perlu disantuni dan didekati dengan penuh berhikmah..

jadi.. pengisian dalaman kepada para daie (pendakwah) sangat penting.

oleh sebab itu satu himpunan perdana bakal dianjurkan untuk pemuda-pemuda yang cintakan ilmu dan amal islami. ramai tokoh-rokoh dan ulama bakal hadir seperti tok guru nik aziz, tok gutu hj hadi awang, tok gutu dr harun din, tok guru yahya osman, pimpinan luar negara dan ramai lagi.....

kepada semua anak muda sekitar lembah klang..jangan lepaskan peluang ini...

misi 33 red giant... piala malaysia.

salam..

kepada semua peminat bolasepak tanahair terutama peminat pasukan red giant selangor..

selangor sedang memburu misi 33 iaitu memburu juara piala malaysia untuk kali ke 33.. perlawanan suku akhir akan berlangsung pada isnin 10 okt 2011 di stadium shah alam..

dacs selangor mendoakan agar pasukan selangor berjaya mengalahkan pasukan perak dalam perlawanan nanti.. diharapkan tiket-tiket masuk masih ada lah pada isnin ni..

jom !!! bersama pasukan selangor memburu misi 33....

penyerang terbaik negara bersama kita..safee sali..

bolasepak 9 sebelah @penang - 26 okt 2011

salam..

dacs malaysia akan menganjurkan satu kejohanan bolasepak 9 sebelah bersama dacs penang.
butiran seperti berikut :

tarikh kejohanan : 26 okt 2011 (rabu- cuti umum)
venue : padang awam bagan, butterworth.
masa : 8 pagi.
yuran : rm 100/team.

hotline : 019 4043327 - dacs penang.

jom !! kepada pasukan yang berminat untuk sertai kejohanan ini, daftar segera sebelum terlambat. khususnya team yang berada di negeri sebelah utara...

Monday, October 03, 2011

sekitar jambori arc kebangsaan @ gunung jerai,kedah..

salam arc semua....

Alhamdulillah syukur yang sangat-sangat pada Allah Taala kerana dengan izinNYA program jambori arc kebangsaan kali ke 2 di gunung jerai, kedah berjaya dianjurkan dan berjalan dalam keadaan yang sangat lancar.

sedikit laporan dan gambar untuk tatapan semua :

pendaftaran para peserta bermula pada hari jumaat 30 sept dari sebelah petang hingga ke malam. antara arc negeri yang berjaya hantar kontinjen adalah arc terengganu, arc selangor, arc perak, arc kedah, arc perlis, arc pahang, arc johor, arc penang dan arc wilayah perseketuan.

jumlah keseluruhan peserta hampir 300 peserta. hampir kepada sasaran pihak arc malaysia iaitu seramai 400 - 500 peserta. syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat....

fuh !! sejuk kow-kow kat atas sana, kebetulan hujan plak sebelum suboh... (rugi siapa pi..)

program dimeriahkan dengan kehadiran yb dato mahfuz omar sebagai perasmi program, yb ust nasir zakaria, yb ust firdaus jaafar, ust nasrudin tontowi dan exco dppm.

program lebih kepada santai, relax dan enjoy..yang paling menarik dan menjadi satu sejarah kebanggaan arc ialah jambori arc kebangsaan kali ini mendapat perhatian satu syarikat production yang sedang membuat dokumentari tenang perihal remaja dan aktiviti lasak dan jambori arc menjadi pilihan untuk membuat rakaman tersebut...bro zahid af 2 menjadi pengacara rancangan tersebut. 'nantikan kemunculan rancangan ini di rtm dan astro 108'

pada tengahari sabtu 1 okt semua peserta dibawa berkonvoi ke kepala batas, penang bagi menghadiri satu program besar disana dan dacs/arc penang telah menyediakan slot-slot kepada rombongan jambori arc.. antara slot yang disediakan dan untuk seluruh pengunjung terlibat adalah 'pocket bike' motor kecil, motor perlahan dan imbangan atas titi.

jambori arc melabuhkan tirainya pada ahad pagi 2okt.. dan jambori kali ke 3 tahun 2012 di selangor pula , insyaAllah.....


kita jumpa lagi edisi ke 3 jambori arc akan datang di selangor.....