Penjejak

Labels

Tuesday, July 26, 2011

karnival gen-Y dan live band.

salam..

tahniah dan terima kasih kepada dacs shah alam.

pada 24 julai hari ahad yang lepas bermula dari pagi hingga ke lewat petang.. satu program belia telah dianjurkan iaitu 'karnival sukan gen-y & sembang santai/live band di dataran kemerdekaan shah alam.

pelbagai acara sukan dipertandingkan untuk dewasa dan kanak-kanak, forum dan diakhiri dengan live band. selepas selesai segalanya semua telah ke masjid negeri selangor untuk mengikuti majlis ilmu bersama ust azhar idrus.

program ini anjuran dacs selangor dengan kerjasama dacs shah alam,dacs klang,dacs kapar dan sekitar.

jom !! turun ke bangi 30julai...

salam arc..

terima kasih kepada dacs serdang. menyediakan 'backdrop' sempena majlis MoU arc-maxoil ahad ni 31 julai. dan juga pelancaran 'orang muda geng kita' pemuda negeri selangor ...

kepada seluruh belia dan anak muda yang sudah mengetahui pasal program ini... jangan lupa hadir ramai-ramai !!! satu kampung kasi turun...

arc pandan: konvoi & makan satay

salam arc..

arc selangor bakal berkonvoi ke stadium bandar baru bangi bermula pada 30 julai dan berakhir 31 julai di stadium bandar baru bangi sempena program amal 2 dekad dan pelancaran orang muda geng kita dan juga majlis menandatangani mou arc-maxoil. arc selangor mensasarkan 400 - 500 riders arc seluruh negeri selangor.

tahniah kepada arc pandan kerana menganjurkan aktiviti sampingan dalam kawasan pandan sebelum berlepas ke bangi pada petang sabtu 30 julai.

pengerusi dacs pandan sdr hakeem arshad mengetuai aktiviti ini dan antara yang best disajikan untuk peserta adalah makan satay.

dacs selangor mengucapkan tahniah.. jumpa disana.... yang penting hati-hati ketika menunggang motor tu !! dan patuhi undang-undang.

Monday, July 18, 2011

takziah dari dacs malaysia

assalamualaikum..

tanggal 17 julai 2011 hanya 2 minggu lagi kedatangan ramadhan bulan yang mulia, negara khususnya dan gerakan islam khasnya telah dikejutkan dengan kematian ahli parlimen titiwangsa.. yb dr lo'lo' hj ghazali 54 tahun di hospital selayang kerana barah paru-paru.

almarhumah seorang yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah parti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat titiwangsa.

dikhabarkan almarhumah sehingga sanggup korbankan masa, tenaga malah harta sendiri untuk rakyat titiwangsa. ini kerana pihak kerajaan persekutuan telah menzalimi ahli parlimen yang bukan daripada mereka dengan menyekat dan menafikan peruntukkan yang sepatutnya setiap ahli parlimen dapat untuk melancarkan kerja-kerja sebagai seorang wakil rakyat.

dacs selangor khususnya dan dacs malaysia khasnya mengucapkan takziah dan bersabar diatas ujian yang menimpa. kami yakin dan percaya yang seluruh ahli keluarga redha atas pemergian dr lo'lo'.

cuma satu pesanan terakhir almarhumah yang wajib dipertahankan oleh semua terutamanya tuan punya tanah iaitu "pertahankan tanah pusaka nenek moyang di kg baru kuala lumpur" daripada tergadai atau digadai kepada pihak-pihak yang tengah lapar !!

semoga roh dr lo'lo' ditempatkan bersama para syuhada yang mati kerana pertahankan islam..

Sunday, July 17, 2011

sejarah bakal tercipta...

insyaAllah satu projek usahasama antara arc-maxoil malaysia bakal direalisasikan.

alternative riding club (arc malaysia) adalah satu kelab motor yang telah ditubuhkan hampir 10 tahun yang lalu. ia adalah ilham daripada saudara yasir said (bekas juara cub prix malaysia) dan sekarang beliau adalah presiden arc malaysia.

aktiviti arc menumpukan kedua dua aspek iaitu rohani dan jasmani.

Alhamdulillah arc malaysia  bakal mengorak langkah dengan lebih jauh dengan usahasama ini dan banyak manfaatnya kepada ahli-ahli arc seluruh negara.

antaranya sesiapa yang menjadi ahli kelab ini ditawarkan insuran takaful dan khairat kematian bernilai rm10k dan juga menjadi ahli maxoil malaysia.


ayuh !!... hubungi wakil arc negeri masing-masing...

arc selangor : sdr kahfi 013 3154826. (ketua arc selangor)
                     sdr suhaimi 012 2376436. ( timbalan )


we ride only for charity..

konvoi arc selangor@bangi - 31 julai 2011

salam arc....

Alhamdulillah.. satu lagi program dacs negeri selangor sebelum kedatangan ramadhan al mubarak.. konvoi 500 riders arc semua peringkat ke stadium bandar baru bangi sempena program pelancaran 'orang muda geng muda peringkat negeri selangor'

program ini berlangsung sempena karnival amal 2 dekat yang berjalan selama 4 hari bermula 28 julai - 31 julai 2011. pelbagai aktiviti dan pengisian disediakan.. sangat menarik !!!

dacs selangor dan dibantu oleh dacs serdang akan mengisi program untuk hari ke empat pada 31 julai. antara aktiviti menarik adalah seperti berikut :

sabtu 30hb jam 9 malam - konsert kesenian islam bersama ramli sarif, bob lokman, syam kamekaze, ust haslin dan ramai lagi..
ahad 31hb mula jam 7 pagi - para peserta konvoi arc akan berkonvoi keliling sekitar bangi/kajang dan terus menuju ke stadium bangi.
9 pagi - pelancaran orang muda geng kita, bicara tokoh dan insyaAllah yang utama pelancaran usahasama arc-maxoil malaysia.

petrol dan baju t program akan diberi secara percuma kepada semua peserta !!!

ini adalah satu peluang kepada anak-anak muda sekitar dan seluruh selangor untuk turun beramai-ramai bertemu dengan tokoh jemputan kita dan berkenalan antara satu sama lain.

pendaftaran sebagai ahli kelab motor arc selangor juga dibuka... pelbagai tawaran menarik menanti.

dacs selangor mengharapkan agar dacs kawasan-kawasan dapat menghantar seramai mungkin pemuda/belia tempat masing-masing dan mendoakan agar program ini berjalan dengan jayanya. insyaAllah.

hubungi sdr kahfi 013 3154826 ( ketua arc selangor), sdr suhaimi 012 2376436 (timbalan arc selangor) dan penganjur sdr hafiz 013 3504781 (dacs serdang)

orang muda geng kita....

karnival sukan @ ust azhar idrus

salam...



dacs selangor insyaallah akan menganjurkan satu karnival sukan dan sembang santai bersama ust azhar idrus pada hari ahad 24 julai 2011 di dataran shah alam.

Alhamdulillah kesudian dacs shah alam dan dacs kawasan sekitar akan membantu menjayakan program ini sangat-sangat dihargai.

pelbagai acara dan hadiah disediakan kepada semua yang hadir.. ayuh !! seluruh warga shah alam dan sekitarnya datang beramai-ramai bersama kaum keluarga bagi memeriahkan lagi karnival sukan ini.

Aktiviti Pagi (9.00 pagi):
- Street Soccer
- PS2
- Paintball : Target Shooting
- Explorace
- Timbang Bola
- Karom
- Dam Haji
- Nisa Indoor Games
- Pertandingan Mewarna kanak-Kanak ( 5&6 tahun / 7-9 tahun)
- Nisa Teen Talk (10 Pagi)
- Pertandingan Menganyam Ketupat

Aktiviti Petang :
Lepak Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Zulkifli Ahmad
(Live Band/Busker)

Maklumat Lanjut Call : Radzi : 0192073255 Lina : 0132041638
 

jom !!! kita jumpa di sana........

Friday, July 08, 2011

arc selangor: meriahkan 31 julai nanti.

salam..

insyaAllah pada hujung bulan julai ni ada satu program besar iaitu Karnival Amal 2 dekad selama 3 hari, program ni berlangsung di sekitar bandar baru bangi.

alternative riding club arc selangor telah diberi hak penyiaran pada 31 julai hari ahad. butiran nya seperti berikut :

30 julai sabtu malam ahad, konsert bersama ramli sarif dan amy search.
31 julai bermula pagi..peserta konvoi arc selangor dan sekitar (anggaran sasaran dalam 400 buah) akan berkonvoi keliling bandar bangi dan kajang sebelum memasuki ke tempat program di stadium bangi.
sebelah pagi 31hb tu..bicara tokoh bersama yasir said, dato misbon sidek dan radhi mat din.

diteruskan dengan pelancaran orang muda geng kita peringkat selangor, pelancaran arc serdang dan pelbagai lagi.

kepada semua ahli arc seluruh selangor diharapkan dapat hadir ramai-ramai ke program tersebut. baju T, duit petrol, makan dan minum dibekalkan. berhung dengan ketua arc selangor sdr kahfi 0133154826 atau suhaimi timbalan arc selangor 0122376436.