Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, July 17, 2011

konvoi arc selangor@bangi - 31 julai 2011

salam arc....

Alhamdulillah.. satu lagi program dacs negeri selangor sebelum kedatangan ramadhan al mubarak.. konvoi 500 riders arc semua peringkat ke stadium bandar baru bangi sempena program pelancaran 'orang muda geng muda peringkat negeri selangor'

program ini berlangsung sempena karnival amal 2 dekat yang berjalan selama 4 hari bermula 28 julai - 31 julai 2011. pelbagai aktiviti dan pengisian disediakan.. sangat menarik !!!

dacs selangor dan dibantu oleh dacs serdang akan mengisi program untuk hari ke empat pada 31 julai. antara aktiviti menarik adalah seperti berikut :

sabtu 30hb jam 9 malam - konsert kesenian islam bersama ramli sarif, bob lokman, syam kamekaze, ust haslin dan ramai lagi..
ahad 31hb mula jam 7 pagi - para peserta konvoi arc akan berkonvoi keliling sekitar bangi/kajang dan terus menuju ke stadium bangi.
9 pagi - pelancaran orang muda geng kita, bicara tokoh dan insyaAllah yang utama pelancaran usahasama arc-maxoil malaysia.

petrol dan baju t program akan diberi secara percuma kepada semua peserta !!!

ini adalah satu peluang kepada anak-anak muda sekitar dan seluruh selangor untuk turun beramai-ramai bertemu dengan tokoh jemputan kita dan berkenalan antara satu sama lain.

pendaftaran sebagai ahli kelab motor arc selangor juga dibuka... pelbagai tawaran menarik menanti.

dacs selangor mengharapkan agar dacs kawasan-kawasan dapat menghantar seramai mungkin pemuda/belia tempat masing-masing dan mendoakan agar program ini berjalan dengan jayanya. insyaAllah.

hubungi sdr kahfi 013 3154826 ( ketua arc selangor), sdr suhaimi 012 2376436 (timbalan arc selangor) dan penganjur sdr hafiz 013 3504781 (dacs serdang)

orang muda geng kita....

0 Komen:

Post a Comment