Penjejak

Labels

Sunday, December 19, 2010

tamrin usrah walad pandan 2010.

salam.

Alhamdulillah dengan izinNya program yang diatur berjalan dengan lancar dan jayanya. program bermula pada sabtu 18 hb hingga 19 hb disember 2010 ahad di sg. congkak. seramai 17 orang peserta menyertainya...

Usrah walad..

Satu team golongan remaja yang dibentuk ke arah cintakan kebaikan, mempunyai akhlak muslim yang mantap dan qualiti hidup yang tinggi.

semoga para remaja yang join geng usrah walad ni mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai dalam hidup untuk menjadikan ia bekalan menempuh kehidupan yang sangat mencabar...

pelbagai elemen diterapkan kepada para remaja yang join geng usrah walad ni antaranya ilmu tentang solat, berakhlak mulia, halal dan haram, batas pergaulan, menjadi anak yang berbakti pada kedua ibu bapa dan antara yang paling penting adalah taat segala suruhan Allah dan cintakan Nabi Muhammad SAW dan macam-macam lagi.........

sekitar pandan berminat nak join ??? call abg nizam 019 9106280.

sekian.

Friday, December 10, 2010

iklan bolasepak 9s dacs selangor.

salam.

iklan kejohanan bolasepak 9 sebelah antara DUN selangor 2011.

merebut piala Ketua Pemuda PAS Selangor.

tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, perseorangan di galakkan..( logo syarikat tuan akan dicetak di bener, iklan dan sebagainya untuk tujuan promosi)


anjuran dacs negeri selangor bersama kelab bolasepak nusantara.






datanglah beramai-ramai pada 16 januari 2011 nanti !!!!!!


sekian.

Tuesday, December 07, 2010

bolasepak 9s inter dun 2011.

salam.

kepada dacs kawasan 2  >

department of arts, culture & sports (dacs) negeri selangor bakal menganjurkan kejohanan berprestij dan diminati ramai  iaitu bolasepak 9 sebelah antara dun bagi merebut piala ketua pemuda pas negeri selangor dan tawaran hadiah-hadiah yang menarik.

insyaAllah semoga dapat direalisasikan.

antara tujuan penganjuran ini bakal diadakan adalah untuk merapatkan hubungan persahabatan, suai kenal, dakwah dengan perbuatan, mengumpul kekuatan tenaga kepemudaan dan yang paling utama nak bagi tau yang islam tak melarang beraktiviti asalkan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh agama.


antara butiran bolasepak 9 sebelah :

tarikh kejohanan : 16 januari 2011 ( ahad )
venue : padang bolasepak setia alam, shah alam. (4 padang dalam satu kawasan )
masa : 8 pagi - 5 petang. ( satu hari je )

di minta semua dun-dun bersedia dengan menghantar pasukan masing-masing atas nama dun.

digalakkan juga anjurkan kejohanan bolasepak 9 sebelah peringkat dun masing-masing bermula sekarang dan sang juara boleh lah di hantar ke kejohanan ini mewakili  dun.


borang dan syarat-syarat perlawanan akan diserahkan dalam mesyuarat dppns akan datang.
harap maklum.
sekian.

Sunday, December 05, 2010

futsal antara dpp pusat dengan belia @ 11.12.2010

salam..

info terkini : dacs selangor bakal menganjurkan perlawanan persahabatan futsal di antara dpp pusat dan belia tempatan yang bakal berlangsung di gelanggang futsal bandar baru bangi seksyen 13.

game pada sabtu 11.12.2010 bermula jam 10 malam. antara pimpinan pusat yang bakal turun menunjukkan aksi dan bakat terpendam adalah ust din tontowi dan exco-exco.

diharapkan semua yang dok berdekatan lokasi di jemput datang ramai-ramai...

saudara dahari dari dacs serdang akan mengetuai program kali ini.

"duta penyelamat dan kasih sayang.."

selamat menyambut tahun baru islam 1432 H

salam..

Alhamdulillah..Allah telah bagi kesempatan dan dipanjangkan lagi umur untuk kita bertemu dengan tahun yang baru dalam kalendar islam yang jatuh pada hari selasa 1 muharram 1432 hijrah bersamaan 7 disember 2010. insyaallah.

semoga segala amalan soleh kita sepanjang tahun 1431 hijrah diterima oleh Allah Taala dan marilah kita berazam untuk menjadi lebih baik dan menjadi seorang muslim yang sejati pada 1 muharram yang bakal tiba.

dikala kita yang bakal menyambut 1 muharram, jangan kita lupa untuk menghayati semangat roh hijrah iaitu keluarkan diri dari kerosakkan/kemaksiatan kepada kebaikan dan amar makruf nahi mungkar.

kepada muda/mudi yang sudah mencapai umur 21 tahun.. kalian telah layak untuk mengundi dalam pilihanraya nanti dan PASTIKAN KALIAN TELAH MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI BARU. ayuh !!! kita bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam negara yang kita cintai ini dengan menentang dan menolak segala bentuk penyelewengan pada harta negara, rasuah, kezaliman, penindasan, penghinaan pada agama islam, menolak hukum hakam islam, perkauman, kebebasan arak, zina, judi dan macam-macam lagi. dan digantikan dengan yang lebih amanah, jujur dan memerintah berdasarkan panduan quran dan sunnah. 

berani lakukan perubahan !!

seperti mana Rasulullah dan para sahabat baginda yang berhijrah keluar dari bumi mekah yang tercinta kepada bumi baru (madinah) yang bersedia menerima cahaya islam.
(dari kejahilan kepada cahaya dan ilmu agama)

salam hijrah dari dacs/arc pandan.

sekian.