Subscribe:

Penjejak

Labels

Monday, January 17, 2011

kemeriahan bolasepak 9s @ 16/1/2011..

salam..

Alhamdulillah dengan izin dan bantuan dari Allah dan rakan-rakan sekalian, kejohanan bolasepak 9sebelah antara dun selangor 2011 berjalan dengan lancar dan sukses seperti yang dirancangkan.

sasaran pasukan yang akan menyertai kejohanan ini adalah 56 team mewakili 56 dun dalam selangor tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya 40 dun sahaja yang menghantar penyertaan pada kejohanan kali ni.

kejohanan ini telah dirasmikan oleh ust hasbullah ridwan sendiri selaku ketua pemuda pas negeri selangor dan acara penutupnya disempurnakan oleh saudara zaidi ( timbalan ketua pemuda dppns ).

yang paling syok sekali adalah cuaca hari itu mendung dan redup diselangi renyai-renyai halus dari pagi hingga tengah hari, hanya terasa panas sedikit selepas jam 2 dan kembali redup selepas asar, Alhamdulillah.

peringkat separuh akhir menyaksikan perlawanan antara dun lembah jaya lawan dun kajang dengan kemenangan di pihak dun lembah jaya 1-0 dan dun sri muda lawan dun bukit melawati yang dimenangi oleh dun bukit melawati dengan jaringan 2-1.

perlawanan akhir adalah antara dun lembah jaya lawan dun bukit melawati.. dan dun bukit melawati telah dinobatkan sebagai juara sulung kejohanan ini dengan jaringan 3-0, mereka membawa pulang wang tunai rm1500 + medal + piala iringan ketua pemuda dppns, manakala dun lembah jaya membawa pulang wang tunai rm1000 + medal dan tempat ke 3 bersama membawa pulang wang tunai rm 500 + medal.

dacs selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Insyaallah jika ada rezeki kita jumpa lagi di musim akan datang.. "orang muda geng kita"

menjadi rebutan...



naib juara dun lembah jaya.

baru lepas lawan lah tu kot !!


solat zohor berjemaah.
semua tunggu dalam gol..aku nak sepak ni !!
crew tengah sibuk masukkan keputusan terkini..

salah satu aksi..

lagi gambar akan menyusul.....

1 Komen:

DAcs Kuala Selangor said...

Tahniah dari DACS Kuala Selangor

Post a Comment