Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, May 25, 2010

DACS mengutuk/menentang kerajaan pusat HALAL kan judi bola..

salam..

firman Allah..

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya...

                                                                                                           Al Maidah : 90

dacs dan arc pandan/selangor mengutuk sekeras- kerasnya kerajaan persekutuan kerana meluluskan (menghalalkan) judi bola yang terang dan jelas haram nya disisi islam. atas alasan yang sangat jahil iaitu 'untuk mengelakkan berleluasa nya judi tanpa lesen..'

adakah judi,arak atau zina yang secara jelas haramnya boleh di halal kan ? takkan begitu sempit nya pemikiran pemimpin hari ni? adakah ini jalan penyelesaian nya?

untuk pengetahuan.. dengan lulusnya lesen judi bola yang diberikan kepada berjaya group ni.. pihak berjaya group akan mengaut keuntungan berbilion ringgit !!! (mungkin balas budi sebab termakan budi..)

kami.. anak-anak muda islam yang meminati sukan rasa terkilan dan sangat menyesal sebab walaupun kawan dan lawan menentang tetapi pihak atasan (kabinet pm) tetap dengan keputusan nya.

percayalah....

satu hari nanti semua jenis sukan akan minta diluluskan juga lesen judi. mungkin asalnya untuk peringkat antarabangsa tapi ia akan merebak dalan sukan tanahair kita !. bookie judi berleluasa mengatur permainan sapa yang perlu menang dan akan ada jual beli pemain... udah le merosakkan iman juga merosakkan sukan tanahair....

dan tak mustahil...

daripada zina secara haram.. akan juga diberi lesen untuk halal kan zina, halal kan arak.. sudah ada pun !! contoh mudah.. pihak berkuasa akan melakukan operasi benteras pada kedai-kedai judi,arak dan zina yang tiada lesen. mesti mohon lesen!! maksudnya yang ada lesen tu halal lah.

ada orang kata...

kenapa kedah dibawah pentadbiran kerajaan islam pun tak tutup semua kedai judi.?  (soalan lepas diri)..jawapannya kebanyakkan lesen yang diluluskan di bawah bn dulu mempunyai tempuh tamat yang agak lama tetapi polisi kerajaan kedah dibawah pr iaitu tidak perbaharui lesen yang telah tamat dan tak buka lesen baru..lama kelamaan habis lah seperti di kelantan. betul? simple je kan..
non muslim pun tak suka pada judi ini kerana ia akan menghancurkan diri, keluarga dan masyarakat itu sendiri..

sedarlah wahai anak-anak muda islam...

marilah kita menentang sekeras-kerasnya isu judi bola ini sebab ia melibatkan dosa pahala, syurga neraka. dan ingatlah kamu ! tanggunglah dosa sapa yang tandatangan luluskan judi ini dan dosa ini juga akan mengalir sama kepada sapa yang memenangkan/ menaikkan pemimpin seperti ini.. nauzubillah..

hapuskan judi bola.. hapuskan rasuah.. bersukan secara bersih..

jom !!! kembalikan maruah islam yang dikotorkan oleh orang islam sendiri..
himpunan aman besar-besaran pada 3 julai nanti di kuala lumpur !!!!

sekian.


                       

0 Komen:

Post a Comment