Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, May 16, 2010

dacs pandan hantar team@paintball hulu kelang.

salam..

pada 15.5.2010 ( sabtu ) bertempat di padang awam AU2 keramat telah berlangsung satu kejohanan paintball anjuran pejabat adun hulu kelang dan dacs gombak.

sebanyak 15 team telah menyertainya.bermain secara liga, bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah dacs pandan telah menghantar 1 team bagi memeriahkan lagi suasana dan menimba pengalaman yang sangat bernilai dalam kejohanan paintball ni. kena tembak sampai bengkak2 adalah satu hiburan dalam sukan ini. aku pun kena hehe!!

pemain dari dacs pandan terdiri daripada shahril, najmi, hazrul, acik, apek, hakim dan halim. dacs pandan telah menduduki tempat ke enam dari keseluruhan 15 team. satu pencapaian yang membanggakan juga kerana kami memasuki kejohanan ini dengan tiada pengalaman ...(belasah je). Alhamdulillah kami telah diberi tunjuk ajar tentang skill, teknik, tektik dan perancangan dalam bertempur oleh marshall yang berpengalaman luas dalam bidang ni.( saudara junaidi )

program ini telah dirasmikan dan penyampian hadiah oleh adun hulu kelang yb saari sungip (pak abu).

ini adalah satu program yang sangat baik dan sukan lasak paintball ini juga telah menjadi kegemaran dikalangan orang muda sekarang ni, diharapkan dacs dari kawasan2 lain dapat menimba ilmu dan anjurkan di kawasan masing-masing.

dacs selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada dacs gombak atas penganjuran ini.

(gambar2 sekitar program tak sempat untuk dipaparkan disini. teknikal problem)

sekian..

0 Komen:

Post a Comment