Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, December 05, 2009

aktiviti DACS Pandan bersama usrah walad


futsal 'usrah walad' kat ampang sports planet...

DACS Pandan mengorak langkah lagi membina generasi pelapis dengan mewujudkan beberapa team futsal yang dinamakan 'team usrah walad' mengikut taman. Pelbagai program dirancangkan  diantaranya bersukan  secara berkala dan juga 'outdoor'.

Alhamdulillah dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari JPP department, InsyaAllah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Semoga ia berterusan......

Dengan sokongan padu dari KP DPP Pandan, ia memberi satu motivasi kepada kami untuk terus memberi penumpuan kepada golongan belia/remaja rendah dan menengah disekitar kawasan sini supaya dapat mengisi masa dengan sebaiknya. Agar mereka tidak leka dengan suasana hiburan melampau yang amat tidak sihat dan boleh melalaikan mereka daripada ingat kepada agama...

Moga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemuda islam yang ingin melihat anak bangsa islam itu sendiri tidak dirosakkan oleh bangsanya sendiri...

sekian...

0 Komen:

Post a Comment