Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, December 20, 2009

kejohanan grand final futsal dacs pusat...

Alhamdulillah kejohanan futsal grandfinal dacs peringkat kebangsaan yang telah berlangsung pada 19.12.2009 di Subang Grand Sports Planet berjalan dalam suasana ceria dan meriah walaupun ada lee skit2 masalah teknikal (misscom) tapi semuanya berjaya diselesaikan dengan berhemah dan disepakati oleh semua pihak.


urusetia menanti pemain dimeja pendaftaran...

setelah bertungkus lumus dengan kawan2 berbulan bulan.. akhirnya sampai sudah ke kemuncaknya. Grandfinal kali ini disertai oleh peserta dari negeri-negeri luar selangor seperti terengganu, pahang, n.sembilan, perak, kedah dan banyak lagi...

 
simbolik selepas perasmian. menerima cenderahati dari penganjur.

kejohanan ini telah dirasmikan oleh saudara kamaruzaman mohamad (setiausaha pemuda pas pusat ). Acara perasmian bermula jam 9.15 pagi.majlis tersebut telah dipegerusikan oleh saudara khusyairi ( dacs pandan ). Perlawanan bermula tepat jam 10 pagi.

perlawanan berhenti rehat pada jam 1 tengahari untuk memberi laluan kepada para pemain berehat, makan dan solat zohor. Alhamdulillah syiar islam dapat menembusi subang grand sports planet dengan laungan azan zohor oleh saudara kusyairi dari dacs pandan.

pihak penganjur telah menyediakan tempat solat ditengah-tengah gelanggang futsal untuk kemudahan semua yang terlibat.

perlawanan bermula kembali tepat jam 2 petang dan telah berakhir sekitar jam 3.30 petang.



hadiah yang menjadi rebutan !! (hadiah je ar..brader tu bukan..)

penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurkan oleh Ust nasarudin tontowi sendiri, Juara menerima wang tunai rm1200, piala pemain dan piala pusingan ketua pemuda pas pusat. Pasukan yang telah menjadi juara ialah dari Wilayah fc A dari dacs wilayah.

tempat kedua pula membawa pulang wang tunai rm700 dan piala pemain. dimenangi oleh Wilayah fc B juga dari dacs wilayah.

dua pasukan yang tewas di separuh akhir berkongsi tempat ke tiga yang membawa pulang hadiah wang tunai rm300 setiap satu. iaitu dari dacs pahang dan dacs perak.

tahniah diucapkan kepada para pemenang !!...

terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan kejohanan futsal ini, hanya Allah lah yang selayaknya membalas jasa dan pengorbanan kalian InsyaAllah :

dacs pandan
dacs selangor
dacs pjs
dacs subang
dacs pju
dacs kawasan-kawasan
pemuda selangor
pemuda pusat
subang sports planet
kelab darul naim
para dermawan
dan banyak lagi...............



0 Komen:

Post a Comment