Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, December 27, 2009

arc pandan telah dilancarkan..

salam...

27hb dis 09 ahad di dataran parkir masjid kg pandan dalam, telah tercatat sejarah baru bagi dacs pandan setelah berjaya melancarkan kelab bermotor arc peringkat pandan dengan jayanya.

Alhamdulillah dengan izin Allah segalanya berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan tersusun seperti yang dirancangkan. arc adalah salah satu cabang dibawah dacs (seni, budaya dan sukan). kelab bermotor adalah salah satu jenis sukan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

antara geng superbike baru sampai...lepak santai !

program ini juga diriuh rendahkan dengan kehadiran lebih daripada 40 buah motor berkuasa tinggi pelbagai jenama dan cc. mereka adalah kawan-kawan kepada saudara mokhzani (pemuda pandan).

arc pandan berasa bertuah kerana telah dirasmikan sendiri oleh ketua pemuda pas pusat ust nasarudin tontowi walaupun beliau padat dengan jadual tugas sebagai seorang ketua pemuda.

secara simboliknya perasmi membuka ikatan riben bagi melepaskan banting arc pandan dan dalam masa yang sama menampal stiker 'cintai Rasullullah' pada salah satu motor peserta dan stiker 'cintai Rasulullah' tersebut telah diedarkan pada semua yang hadir.

ust nasarudin tontowi juga menekan slogan keramat pemuda yang menghilangkan lagi jarak dengan golongan pemuda diluar sana iaitu 'orang muda geng kita'. persepsi yang pemuda pas ni anti sosial berjaya ditangkis!

 
ust nasarudin secara simbolik tampal stiker 'cintai Rasullullah"

 
tertubuhlah arc pandan secara rasminya...

turut hadir pada program tersebut ialah tok ketua kg pandan en arshad dan nazir masjid tuan hj lutfi hashim. secara keseluruhannya program tersebut dianggap berjaya diadakan. pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba motor paling lambat dan pemanduan berhemah.

Insyaallah arc pandan dalam perancangan mengadakan pelbagai aktiviti yang bersesuian untuk ahli-ahlinya selepas ini...

  
     pertandingan lumba paling perlahan....



 antara pemenang. kanan nydp pas pandan En.Suhaimi


    ust tontowi bersama geng-geng superbike.


    jentera arc pandan.. penat sangat la tuuu...
    program besar yang bakal dirancang.. kita berkonvoi beramai-ramai ke palestin...(possible is nothing..)

 
          krew arc pandan ...tetap ceria walaupun penat. yeeaah!!!!

jom !! jadi ahli kelab bermotor arc pandan.
berminat? lawati http://pemudapandan.net
sekian.


0 Komen:

Post a Comment