Subscribe:

Penjejak

Labels

Wednesday, October 13, 2010

arc malaysia sempena ke moto gp sepang.

salam..

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan sebaiknya...moto gp kali ni diadakan pada satu tarikh yang begitu simbolik yang mana ramai manusia merancang mengadakan pelbagai program atau aktiviti bersejarah dan penuh makna dalam hidup untuk dikenang iaitu tanggal 10.10.10.

sebelum terlupa...tarikh itu juga menggemparkan negara dengan satu kemalangan ngeri membabitkan bas express dan beberapa buah kenderaan lain di labuhraya plus yang mengorbankan 12 nyawa. dacs/arc selangor dan malaysia mengucapkan takziah pada keluarga mangsa dan yang mampu diucapkan ialah "bersabar atas ujian yang menimpa. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu".

ada orang kata... majikan bas express ni memberi gaji + elaun  yang tinggi berdasarkan target trip yang dapat diselesaikan dalam sehari. ntah le, mungkin jika majikan sediakan gaji yang menarik tanpa perlu terkejar-kejar trip , pemandu akan memandu dalam keadaan 'cool & steady'.jangan sampai rugi syarikat udah....
pihak berkuasa boleh le cuba kaji perkara ni. sebab pemandu bas membawa nyawa yang ramai ! silap langkah tu yang jadi " bas terbang.."

balik semula cerita program arc ni.. pada kali ini alternative riding club - arc malaysia dapat mengumpulkan peserta seramai 80 orang lebih yang datang dari terengganu, kedah, penang, selangor dan wp. peserta konvoi telah bermalam di kawasan pandan, selangor.

program bermula pada petang sabtu dengan kehadiran para peserta, sebelah malam pula pihak penganjur menyediakan satu slot tayangan sejarah moto gp dunia dan juga slot khas penerangan dan jualan dari maxoil maxcare marketing.

pihak penganjur arc pandan mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak masjid kerana memberi kerjasama sebaiknya dalam menjayakan program ini dan juga pada arc negeri-negeri. segala kelemahan harap dapat dimaafkan. yang penting misi dakwah berjalan terus !!!

semoga acara tahunan ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.







kat sepang ni rossi 46 1st place tapi juara dunia dapat kat lorenzo 99, team yang sama yamaha.. pakat la tu..
kita berjumpa lagi pada moto gp akan datang !! InsyaAllah.

1 Komen:

lan said...

Alhamdulillah,semua berjalan dgn lancar hari tu..

Post a Comment