Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, October 09, 2011

bolasepak 9 sebelah @penang - 26 okt 2011

salam..

dacs malaysia akan menganjurkan satu kejohanan bolasepak 9 sebelah bersama dacs penang.
butiran seperti berikut :

tarikh kejohanan : 26 okt 2011 (rabu- cuti umum)
venue : padang awam bagan, butterworth.
masa : 8 pagi.
yuran : rm 100/team.

hotline : 019 4043327 - dacs penang.

jom !! kepada pasukan yang berminat untuk sertai kejohanan ini, daftar segera sebelum terlambat. khususnya team yang berada di negeri sebelah utara...

Monday, October 03, 2011

sekitar jambori arc kebangsaan @ gunung jerai,kedah..

salam arc semua....

Alhamdulillah syukur yang sangat-sangat pada Allah Taala kerana dengan izinNYA program jambori arc kebangsaan kali ke 2 di gunung jerai, kedah berjaya dianjurkan dan berjalan dalam keadaan yang sangat lancar.

sedikit laporan dan gambar untuk tatapan semua :

pendaftaran para peserta bermula pada hari jumaat 30 sept dari sebelah petang hingga ke malam. antara arc negeri yang berjaya hantar kontinjen adalah arc terengganu, arc selangor, arc perak, arc kedah, arc perlis, arc pahang, arc johor, arc penang dan arc wilayah perseketuan.

jumlah keseluruhan peserta hampir 300 peserta. hampir kepada sasaran pihak arc malaysia iaitu seramai 400 - 500 peserta. syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat....

fuh !! sejuk kow-kow kat atas sana, kebetulan hujan plak sebelum suboh... (rugi siapa pi..)

program dimeriahkan dengan kehadiran yb dato mahfuz omar sebagai perasmi program, yb ust nasir zakaria, yb ust firdaus jaafar, ust nasrudin tontowi dan exco dppm.

program lebih kepada santai, relax dan enjoy..yang paling menarik dan menjadi satu sejarah kebanggaan arc ialah jambori arc kebangsaan kali ini mendapat perhatian satu syarikat production yang sedang membuat dokumentari tenang perihal remaja dan aktiviti lasak dan jambori arc menjadi pilihan untuk membuat rakaman tersebut...bro zahid af 2 menjadi pengacara rancangan tersebut. 'nantikan kemunculan rancangan ini di rtm dan astro 108'

pada tengahari sabtu 1 okt semua peserta dibawa berkonvoi ke kepala batas, penang bagi menghadiri satu program besar disana dan dacs/arc penang telah menyediakan slot-slot kepada rombongan jambori arc.. antara slot yang disediakan dan untuk seluruh pengunjung terlibat adalah 'pocket bike' motor kecil, motor perlahan dan imbangan atas titi.

jambori arc melabuhkan tirainya pada ahad pagi 2okt.. dan jambori kali ke 3 tahun 2012 di selangor pula , insyaAllah.....


kita jumpa lagi edisi ke 3 jambori arc akan datang di selangor.....

Thursday, September 15, 2011

Jambori arc-maxoil malaysia 30sept-2okt..

2nd @ kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..syukur kita pada Allah Taala kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini sebagai seorang muslim yang bertaqwa ( buat apa yang diperintah, tinggal apa yang dilarang..)

InsyaAllah arc malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah iaitu bakal menganjurkan satu himpunan / jambori arc malaysia yang akan menghimpunkan geng-geng Alternative Riding Club dari seluruh negara.

butiran seperti berikut :

tarikh : 30 sept - 2 oktober 2011 ( jumaat-ahad)
venue : gunung jerai, kedah.
penyertaan : seluruh ahli Alternative Riding Club (ARC) seluruh negara.

oleh yang  demikian..kepada ahli-ahli arc semua diminta berhubung dengan arc atau ketua dacs negeri masing-masing.


semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kita jumpa di sana...disana...disana...

we ride for charity..


1st jambori @ terengganu..

Sunday, August 28, 2011

salam aidulfitri 1432 h.

salam...

saya mengucapkan selamat hari raya aidulfitri 1432h kepada seluruh muslimin dan muslimat di malaysia ni dan khasnya kepada pembaca blog ni..

kepada yang nak balik ke kampong tu....hati-hati memandu. ingatlah Allah, Rasul dan orang tersayang. semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang semula ke kuala lumpur nanti.

jangan gadaikan pahala kita sepanjang bulan ramadhan di 1 syawal.

semoga bergembira bersama seisi keluarga, sanak saudara dan salam aidulfitri..

lawatan ke tapak jambori arc @ jerai, kedah.

assalamualaikum..


Alhamdulullah.. dengan izin Allah Taala pada 20 ogos 2011, saya dan beberapa sahabat iaitu sdr yasir said, sdr fadhil osman, sdr ahmad faroqi dari dacs malaysia telah berjaya mengadakan lawatan ke tapak program.. tempat yang bakal berlangsungnya jamboree arc peringkat kebangsaan kali ke 2.

 jambori arc bakal diadakan pada 30 september - 2 oktober 2011 di gunung jerai, kedah.

diharapkan arc negeri-negeri bersedia untuk berjamboree sambil beriadah dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. cuaca yang cukup sejuk di jerai ini.

insyaAllah program ini menjadi satu pengalaman yang sangat bernilai pada setiap peserta yang terlibat.

Sunday, August 21, 2011

quran digital 'special price' buy 1, free 1..

assalamualaikum semua:

Di sini saya sediakan satu tawaran kepada tuan/puan untuk memiliki quran digital pada harga yang sangat mampu milik ..produk yang terbaru yang telah dikemaskini dan  mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan. semua sudah maklum akan keberkesanan al quran digital ini.

Sila hubungi atau sms saya ditalian 019 211 5995 untuk tempahan. penghantaran ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak adalah percuma.

Harga yang ditawarkan ialah rm 399 untuk 2 naskah quran..
( Beli satu percuma satu )..

model : QM 8100 (pen beteri)


model : QM 8100 (pen bateri)
model : M 900 ( pen charger )

model : M 900 (pen charger)


cepat.. jangan lepaskan peluang ini, tawaran yang sangat menarik dan mampu milik !!! tkasih.