Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, April 22, 2010

jom sertai! arc selangor akan meriahkan bukit beruntung

salam..

kepada ahli-ahli arc keseluruhannya dan juga peminat-peminat konvoi.. sempena kehadiran pilihanraya kecil p094 hulu selangor ni dan bagi memeriahkan lagi 'hari raya' tersebut.. arc selangor telah merancang untuk turun ke bukit beruntung pada 24hb april ni mula jam 4 - 6 petang. 

lokasi di > kawasan lapang sebelah esso.

pelbagai acara telah disediakan antaranya :
1. safety riding ( pemanduan berhemah)
2.tukar minyak hitam secara PERCUMA 
3.berkonvoi pusing-pusing ke lokasi-lokasi terpilih.

rombongan konvoi akan diketuai oleh saudara hamizam (arc selangor). sesuai dengan slogan orang muda geng kita.. arc ingin mengajak seluruh belia/geng-geng muda bukit beruntung untuk turut serta dalam program yang dirancang ini nanti.. mai tukaq minyak free !!!

disamping itu juga arc akan memberi tunjuk ajar dan sedikit ilmu tentang cara pemanduan yang selamat dan berhemah dijalan raya dengan mengikut undang-undang lalulintas.

sekali lagi !!! jom... sebarkan pada semua kawan2. maklumat lanjut call brader hamizam 0142602526.

ayuh! orang muda geng kita.. pangkahan 'x' generasi muda penentu hala tuju negara..

sekian.

Saturday, April 10, 2010

konvoi riadah @ hulu selangor 17april.

salam..

Insyaallah keputusan yang telah dibuat bahawa arc selangor dengan kerjasama arc kawasan2 akan berkonvoi beramai-ramai sambil makan angin ke hulu selangor sempena hari penamaan calon pilihanraya kecil hulu selangor pada 17 april 2010.



konvoi kali ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada exco kerajaan negeri selangor ( yb dr halimah ).


aturcara atau aktiviti kat sana telah diatur dengan pihak tuan rumah @ hulu selangor. peserta konvoi akan jelajah seluruh pelusuk tempat tu. kalau ada sungai kita terjun !!! syoknya.... kalau sempat lagi sebelah malam plak ada konsert.

anggaran dan target geng-geng arc dalam konvoi ni lebih 50 buah motor !! ( sikit je tu....)


yang lebih semangat lagi ialah yb dr halimah bersetuju untuk sponsor petrol, makan minum dan dapat baju T lagi sorang satu .. tunggu apa lagi.... daftar segera !!!!!

caranya> 1. berkumpul ramai-ramai kat tol bukit beruntung jam 7.15 pagi dan bertolak bersama.

atau jika rasa macam xsempat je, pilih yg ke 2> berkumpul kat sana gak jam 9 malam 16 hb untuk terus ke penginapan yg telah disediakan percuma !! mudah untuk pagi 17hb.

penyertaan terbuka pada sesiapa saja. daftar sebelum 13 april ni ye. bagi nama, ic dan no tel kat kawan kita ni : ikhwan 013 3442190 atau hamizam 014 2602526 atau email je ke nurikhwan86@gmail.com

                           kemungkinan saudara yasir said juga turut serta.

ok bro... clear dan jelas ye. kepada semua peminat2 konvoi.. tunggu apa lagi !! daftarlah sekarang untuk membolehkan anda turut serta dalam aktiviti ini. free ooo...

sekian.

Wednesday, April 07, 2010

konvoi ke penamaan calon hulu selangor

salam...

Insyaallah arc selangor merancang untuk mengadakan konvoi bermotor beramai-ramai ke penamaan calon pilihanraya kecil hulu  selangor pada 17 april ni.


apa=apa hal pun, kita tunggu respon daripada ketua arc selangor saudara hamizam.

plan nya mula 7 pagi pusing-pusing, ronda-ronda, mandi sungai (jika ada) petang balik kl.

syok ooo rasa suasana prk ni. macam hari raya...

nak rasai nya ??? tunggu news terkini !!

rajin2 tengok blog ni yek!! atau pun arcselangor.blogspot.com

sekian.

takraw > libasan meru 2010

salam dacs....

( macam2 sukan dacs anjur kan? aktif sungguh.. seluruh selangor plak tu... siapa mereka2 nie...??)

kepada peminat-peminat sepak takraw, ada kejohanan ni.....

berita ni mewakili dacs selangor iaitu satu kejohanan sepaktakraw bakal diadakan di kapar, kelang. maklumatnya >

tarikh game : 17 & 18 april 2010 ( sabtu & ahad )
tempat : kapar, kelang.selangor
yuran : rm 60 je satu pasukan.



kejohanan ini bagi merebut piala YB meru Dr Hj Abd Rani. 


jumlah hadiah yang menjadi rebutan sebanyak rm 3000 !!


hubungi segera kawan kita nie.... adri 019 2844216


kepada team jaguh kampung yang cari makan tu, jangan lepaskan peluang ini....hehe

sekian...

Friday, April 02, 2010

Al fatihah untuk din beramboi.

salam...

malaysia dikejutkan lagi dengan kematian seorang penghibur tanahair yang semua orang kenal..... din beramboi.

arwah aktif dalam dunia hiburan tv & radio.

dacs pandan, arc pandan, dacs selangor, arc selangor mengucapkan salam takziah pada keluarga arwah, semoga kuatkan semangat & tingkatkan kesabaran atas ujian yang menimpa ini. (berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...)

semoga apa yang terjadi ini membawa keinsafan pada semua lapisan masyarakat supaya bersedia sentiasa, taubat selalu sebab kita tak tahu bila pula giliran kita. wallahu'alam.

melalui lajnah seni ni pelbagai program telah diadakan dengan menziarah ramai selebriti samada veteren, uzur, dalam kesusahan dan pelbagai lagi.. mungkin ini adalah jambatan perhubungan diantara kami dengan kalian..

yang penting mesej dakwah islam tu sampai kepada semua. indahnya islam.

sekali lagi... hadiahkan bacaan Al Fatihah kepada arwah, moga dicucuri Rahmat.

sekian.

ABC > alternative band club

salam dacs......

terkini !! dacs akan melahirkan satu lagi cabang dalam urusan mendekati anak-anak muda diluar sana dengan mewujudkan kelab band.( utama kepada yg rock giler & rock kapak !)

Department of arts culture & sports (dacs) maju selangkah lagi setelah sebelum ini munubuhkan alternative riding club (arc) dan kini tubuh plak alternative band club (abc).

                                             orang muda benci maksiat !!

geng-geng motor dah ada saluran untuk berprogram, kini geng-geng 'jamming' plak berprogram bersama. mungkin lepas ni upin &ipin and geng hehe..

luasnya cara untuk berdakwah!!. setiap benda ada peminat yang tersendiri...mungkin insyaallah kami akan merancang untuk menjayakan satu program besar berkenaan dengan abc ni. cth nya battle of the band.

bro!! tunggu kemunculan abc.....

                                                    
orang muda geng kita... islam tidak menghalang/ mengharamkan segala macam yang fitrah pada manusia tapi fitrah manusia itu mesti mengikut acuan islam. haa baru hidup penuh berkat, bro!

sekian.