Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, March 15, 2012

hello bro, sis, derr..

assalamualaikum semua,

apa khabar ? kepada sahabat2 ARC selangor ... aku bangga dengan komitmen korang dalam perkembangan ARC di negeri selangor ni.... sunnah yang sangat mulia disisiNYA.

kepada sahabat2 DACS selangor dan semalaysia .. korang memang kreatif dan the best !! teruskan gerak kerja untuk bersama anak muda keseluruhannya....

saja nak kongsi, kita ni kena berjiwa besar untuk Islam, contoh.. kena berazam untuk miliki kereta mewah, rumah mewah, motorbike besar dan segala habuan dunia ni.. bukan untuk tujuan nak riak atau berlagak aarrr tapi menjadi satu syarat untuk imej atau syiar Islam tu dipandang tingi dan mudah diterima.

bro, korang tau x, zaman sekarang adalah zaman di,mana harta benda tu menjadi perbandingan dan mudah pengaruhi orang ....( kira zaman meterialistik laa ni)

jadi kalau seorang Islam tu atau lebih tepat lagi seorang pendakwah tu dok takok tu je.. imej pun biasa2 je.. xde rasa nak ubah agar lebih hebat.. xberjiwa besar tu. (mcm tabligh.. pakaian meke adusss bukan nak ngata tapi korang tengoklah sendiri.. xkan Nabi berpakaian mcm tu konyok, xkemas, Islam tu indah di mata dan segalanya.. maaf aarrr )

so.. berazamlah untuk berubah menjadi paling terbaik demi Islam. aaaa tu yg aku berazam nak pakai motor besar tu... syiar tu beb !! letak plak stiker ARC  peh !!!... kena letak mcm ni, biarlah riak pun asalkan untuk Islam !!! dan kita mampu...

termasuklah apa saja syiar pada perjuangan Islam ni.. walaupun dikatakan hanya merayau-rayau xde keje tapi ia satu syiar yang sangat besar untuk keseluruhannya... so.. hargailah ia.

ok, aku gerak dululah.. harap korang faham coretan aku ni. hehehe..

wallahu'alam.

Sunday, March 11, 2012

konsert otai rock @ morib

malam tadi kat pantai morib satu konsert besar siri 2 ... konsert otai rock.

ramai artis-artis 90 an dipanggil untuk perform kat sini. hiburan satu tarikan anak muda..
seni hiburan ni adalah satu fitrah manusia.. sapa-sapa kata tak suka pada hiburan , eeerrrkk payah nak jawab tu!

kita pilihlah apa hiburan yang kita mau.. rock keras ke balada ke raggae ke yang penting kita tau mana baik mana tak.. setuju ?

kalau hiburan tu melampau sampai melalaikan kow-kow punya.. tu tak elok laaa.. yang lebih dahsyat lagi kalau hiburan tu boleh bawa ke pada yang haram. x elok la tu..

so .. jom berhibur tapi pandai pilih cara untuk berhibur. skop seni ni luas... naik moto pun berhibur gak, mandi sungai pun berhibur gak.. seni la tu kan?

hiburan plak.. lirik molek, jalan terus .. melodi apa saja pun boleh.

pandangan / komen ? pls reply ke email atau sms.
:abumuaz78@yahoo.com

Saturday, March 10, 2012

bersama di street aqustic battle..

Alhamdulillah 9.3.2012 di dataran shah alam, aku sempat menghadiri program s"street aqustic battle" selama 4 siri.. 9hb tu ... siri ke 2.

aku dijemput jadi juri bersama dengan bro fareez gitaris real xpdc/melissa/axl.

program santai di tengah-tengah masyarakat.. menarik & mengisi ruang masa anak muda daripada meliar tak tentu arah.. malam tu dapat lepak sambil layan band.

program yang sangat menarik dan memberi peluang kepada golongan peminat akustik band ni menunjukkan bakat terpandam masing-masing.

ok jumpa dilain siaran....

Monday, March 05, 2012

ARC Track Day 2012 berjaya...

Alhamdulillah syukur bebanyak pada Allah Taala... program ARC Track Day 2012 di Litar Elite Speedway Subang pada 4 Mac 2012 ahad berjaya dianjurkan dengan kehadiran ratusan anak muda dan peminat-peminat sukan permotoran ini...

moga mendapat perhatian pihak yang berminat untuk mengangkat atau menghidupkan kembali sukan ini di Selangor untuk belia keseluruhannya... sejarah tercipta !!

Tahniah kepada semua pemenang.

team dari ARC Pandan dapat 2nd place...



saringan bermula... dilepaskan oleh ust Hasbullah.

orang kuat yg menjayakan ARC Track Day ... tahniah.




bersama anak muda ke arah kebaikan ....

Thursday, March 01, 2012

nak minta idea/pendapat semua...

salam..

kepada semua pembawa atau sapa sahaja.. saya nak minta kalian bagi pandangan atau idea atau komen berkenaan blog saya ni..

mana kekurangan atau apa yang perlu saya buat untuk jadi lebih menarik dan bermaklumat kepada semua terutama anak muda diluar sana...

komen dalam ruangan ni ok..atau email ke : abumuaz78@yahoo.com

tq,
jasamu dikenang..

bersama kebangkitan anak muda....

unplugged anak muda..

ni baaaikkk punya untuk seniman yang berbakat...



call person in charge dalam iklan ni untuk info lanjut..