Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, May 12, 2012

bolasepak euro 2012..

euro 2012 kembali lagi .... pasukan -pasukan terbaik dunia bakal menunjukkan mutu permainan mereka pada peminat-peminat bolasepak.. team mana pilihan korang ???

aku .. holland .



bolasepak 9 sebelah inter dun 2012

kejohanan bolasepak 9 sebelah antara DUN selangor siri ke 2 bakal diadakan pada 20hb mei ahad di padang setia alam, shah alam. dijangkan sebanyak 56 dun bakal beraksi bagi merebut piala pemuda pas selangor.

siri yang pertama lepas dijuarai oleh dun bukit melawati dan naib juara oleh dun lembah jaya.. mampukah mereka pertahankan gelaran pada siri kali ini ?? sama-sama kita saksikan nanti... 

jom !!! ramai-ramai hadir, saksikan dan sebarkan maklumat ini....


selangor motor race 2012

Alhamdulillah selangor motor race SMR 2012 siri pertama pada 4,5,6 mei telah berjaya dilangsungkan dalam suasana harnoni dan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Tahniah kepada alternative riding club ARC selangor dan seluruh tenaga jentera arc yang bertungkus lumus untuk merealisasikan program ini. moga ARC menjadi pilihan anak muda dan satu platfom untuk peminat sukan permotoran... nantikan siri-siri seterusnya..



bos-bos arc selangor



aku.. semeja ngan vip jemputan



pengarah program SMR bersama MB selangor.



nantikan lagi 4 siri seterusnya......

Monday, May 07, 2012

Premier League semakin panas!

Salam..

Premier League pun hampir ke penghujungnya. Semakin nak habis semakin panas. Semalam berlangsungnya perlawanan BPL seperti biasa. Tapi aku fokuskan dua perlawanan yang boleh dikatakan besar jugak la iaitu perlawanan melibatkan Manchester United dan Manchester City.
Memandangkan dorang ni masing-masing nak berebut piala liga. Di sini ada koleksi gambar:


Gol dari Asyley Young 



Yaya Toure meraikan golnya

Mancini tersenyum lebar..

Park Ji Sung jeles melihat rakannya...

Keputusannya, United 2 - 0 Swansea & City 2 - 0 Newcastle..
Gol untuk United dijaringkan oleh Scholes dan Ashley Young manakala City pula kedua-duanya dijaringkan oleh Yaya Toure. Minggu depan merupakan perlawanan akhir bagi musim 2011/2012.
Siapakah yang akan menjuarai title liga? adakah United akan menjuarai liga kali yang ke-20 pula? ataupun City akan menjuarai liga setelah lama tak pegang trofi sejak 1968?
Sama-sama kita tunggu.....

*Apapun tahniah buat Chelsea kerana telah memenangi FA Cup menewaskan Liverpool dgn jaringan 2-1.

Semoga semua ceria selalu...Salam...

Thursday, May 03, 2012

Al-Fatihah untuk Bob Kuman

Salam....
Hari ini bersamaan 3 Mei 2012 kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis tanah air iaitu Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi. Allahyarham Bob Kuman telah disahkan meninggal dunia oleh Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh pada jam 4.38 petang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, PJ.




Arwah dilahirkan pada 15 April 1971 dan bekerjaya sebagai penyanyi, pelawak, dan pelakon. Allahyarham yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah meninggalkan kita pada usia 41 tahun. Berperwatakan yang lawak dan selamba membuatkan kita semua terhibur dengan penampilan beliau. Berita pemergian arwah amatlah mengejutkan kita semua. Berikut merupakan status terakhir beliau di twitter pada 23 April lalu..




Di kesempatan ini saya sebagai peminat beliau dan saudara seIslam ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang ditentukan oleh Allah.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati oleh Allah.


Al-Fatihah..


Husni Bin Mohd Rawi
(1971 - 2012)


Man City VS Man United

Salam..

Berakhir sudah pertemuan sengit dua pendahulu liga musim ini iaitu antara Man United & Man City. Keputusan berpihak kepada MC dengan 1 jaringan oleh Vincent Kompany pada minit 46. Ini bermakna kedudukan sekarang Man City sebagai pendahulu berkongsi mata dgn Man United sebanyak 83 pts, jarak dipisahkan hanya dengan perbezaan gol.
Di sini ada sedikit koleksi pada saat-saat yang mendebarkan...hehe.












Relax semua..game belum habis lagi. Lepas ni Man City akan bertemu Newcastle (away) dan QPR (home) manakala Man United akan bertemu Swansea (home) dan Sunderland (away). Perang perebutan piala liga masih belum tamat..kita tunggu apa yang akan jadi pasni. Kepada fan kelab lain jangan bersedih..cuba lagi musim depan..kuang3...

OK, semoga semua ceria selalu.....salam..