Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, May 03, 2012

Al-Fatihah untuk Bob Kuman

Salam....
Hari ini bersamaan 3 Mei 2012 kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis tanah air iaitu Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi. Allahyarham Bob Kuman telah disahkan meninggal dunia oleh Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh pada jam 4.38 petang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, PJ.




Arwah dilahirkan pada 15 April 1971 dan bekerjaya sebagai penyanyi, pelawak, dan pelakon. Allahyarham yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah meninggalkan kita pada usia 41 tahun. Berperwatakan yang lawak dan selamba membuatkan kita semua terhibur dengan penampilan beliau. Berita pemergian arwah amatlah mengejutkan kita semua. Berikut merupakan status terakhir beliau di twitter pada 23 April lalu..




Di kesempatan ini saya sebagai peminat beliau dan saudara seIslam ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang ditentukan oleh Allah.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati oleh Allah.


Al-Fatihah..


Husni Bin Mohd Rawi
(1971 - 2012)


0 Komen:

Post a Comment