Subscribe:

Penjejak

Labels

Wednesday, May 23, 2012

Tahniah Nazmi Faiz!

Salam...

Seperti yang kita tau, Nazmi Faiz Mansor telahpun berjaya menanda tangani kontrak bersama pasukan daripada Liga divisyen 1 Portugal iaitu S.C Beira Mar selepas kejayaannya dalam percubaan dgn kelab itu tempoh hari.

Sign kontrak.

Pemain berasal dari Keramat, KL ini mula mendapat perhatian setelah penampilan dalam Kelayakan Olimpik menentang Bahrain yang begitu menarik. Semoga Nazmi dapat fokus dan mempersembahkan mutu permainan yang terbaik demi memajukan diri sendiri dan sekaligus mengharumkan nama negara di persada Eropah. Manalah tahu kalau bernasib baik, bila nama dah naik, boleh pulak main di kelab yang lebih hebat kan.

Apapun, aku mengucapkan tahniah untuk Nazmi! kerana telah berjaya mencapai cita-cita untuk bermain di Eropah. Gunalah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya dengan tunjukkan bakat yang sebenar. Yelah, bukan senang nak main kat sana, bila dah dapat ni, buatlah yang terbaik! itu saja. Anda masih muda dan perjalanan karier anda masih jauh. Bakat dah ada, tinggal nak tonjol je..hehe..

Sekali lagi aku nak ucapkan Tahniah! Terbaiikkkk!

0 Komen:

Post a Comment