Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, May 15, 2012

Trofi EPL Milik Manchester City!

Salam....

Akhirnya! Akhirnya! segala teka-teki terjawab semalam apabila perlawanan terakhir English Premier League bagi musim 2011/2012 telah pun tamat.

Manchester City telah dinobatkan sebagai juara musim ini selepas kemarau trofi EPL selama 44 tahun sejak 1968! Fuh! Aku pun tak tau nak kata apa dah.. Perlawanan semalam memang cukup hebat dan cukup dramatik! Memang epik!

Perlawanan bermula seperti biasa, gol Pablo Zabaleta pada minit ke-39 melegakan sikit peminat2 City..

Gol pembukaan oleh Zabaleta.

Tapi pada minit ke-48, Djibril Cisse telahpun menyumbat gol penyamaan & membuatkan City tak senang duduk!


Pada minit ke-55, cukup menyedihkan apabila midfielder  QPR, Joey Barton dilayangkan kad merah setelah menyiku dagu Tevez..



Sekali lagi City dikejutkan apabila Jamie Mackie menanduk bola ke pintu gol City pada minit ke-66 sekali gus menjadikan kedudukan QPR 2-1 City...

Gol kedua untuk QPR

Perlawanan berlanjutan sampai ke masa tambahan 5 minit...Peminat City pun dah mula kecewa..
Di sinilah bermulanya detik yang mengejutkan apabila 2 gol berjaya dijaringkan dalam masa 4 minit terakhir!

Pada minit ke-92 gol daripada Edin Dzeko membuka kembali harapan City untuk menang...
Dan pada minit ke-94, Sergio Aguero muncul sebagai hero City apabila berjaya menyumbat gol kemenangan mereka dan memusnahkan harapan Manchester United untuk pegang trofi musim ini.....

Gol kemenangan!

Apapun, tahniah buat Mancini kerana telah berjaya membawa City menjulang trofi dan sekaligus menaikkan namanya ke tahap yang terbaik.

Tahniah buat Manchester City!

Kapten City, Kompany menjulang trofi kemenangan.



Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak


Orang kanan kelab

Tevez malu-malu.

44 tahun bertukar kosong.

Anak kapten City bersama trofi.

Mancini bersama trofi.



Cuba lagi musim depan...hihi.

"Tengok kau nanti"



Sekian...

(Photo: REUTERS, AP)

0 Komen:

Post a Comment