Subscribe:

Penjejak

Labels

Friday, June 29, 2012

EURO 2012 Final: Italy VS Spain

Salam..

Kejohanan UERO kali ini memang cukup menarik. Segala perasaan gembira, nervous, sedih, semua ada. Semalam (Khamis) telah berlangsungnya perlawanan antara Germany VS Italy. Dalam facebook, twitter, akhbar, berita, blog, astro semua menjangkakan Germany akan layak ke final bertemu Spain. Tapi semua itu hanyalah prediction semata-mata dan ternyata tidak benar. Ternyata Italy bukanlah calang-calang pasukan yang senang nak kalahkan.

Perlawanan bermula, pada mulanya perlawanan agak seimbang. Tapi disebabkan kecuaian defender Germany, Balotelli menanduk bola masuk dalam gol Germany daripada bola hantaran pendek oleh Cassano yang menggelecek cantik dalam kotak penalti pada minit ke-20.

Gol pertama untuk Italy

Balotelli menanduk masuk ke gawang Germany


Dan pada minit ke-36 si budak nakal sekali lagi merobek gol Germany dengan sepakan padu yang cantik untuk meletakkan kedudukan Italy 2 - 0 Germany.


Balotelli merembat padu ke gawang.

Neuer hanya mampu berkata "Hai".


Perlawanan berlanjutan sampai ke 4 minit masa tambahan. Keadaan kelam kabut dalam kubu Italy menyebabkan bola terkena tangan seorang pemain dan Germany dihadiahkan penalti.
Mesut Ozil menyempunakan penalti itu sebagai gol saguhati buat Germany.


Penalti oleh Ozil tidak berjaya diselamatkan oleh Buffon.


Wisel penamat pun berbunyi dan akhirnya Italy berjaya melangkah ke final bersama Spain. Ini bermakna badi Germany tak boleh kalahkan Italy dalam perlawanan besar tetap berterusan.


Cesare Prandelli meraikan kemenangan pasukannya.

Cuba lagi akan datang..

Sorakan kemenangan pasukan Italy.


Perlawanan akhir UERO 2012 antara Italy VS Spain akan berlangsung pada 2/7/2012 jam 2:45 pagi waktu Malaysia di Kyiv, Ukraine..


Sekian..



0 Komen:

Post a Comment