Subscribe:

Penjejak

Labels

Friday, July 06, 2012

Tahniah Spain!

Salam..

Berakhir sudah kejohanan UEFA EURO 2012 ini.

Perlawanan akhir antara pasukan Spain vs Italy memang cukup dramatik. Sebelum perlawanan pun berbagai persepsi timbul, ada kata Italy boleh makan Spain dan ada cakap Spain akan kekalkan kejuaraan.

Mula-mula perlawanan agak seimbang. Masing-masing boleh kawal bola. Tapi pada minit ke-14 gol pembukaan pun dicipta menerusi tandukan Silva hasil hantaran daripada Fabregas.

Silva menanduk


Pertahanan Italy mula goyah, Spain meneruskan serangan bertubi-tubi. Dan pada minit ke-41 akibat kelalaian pertahanan Italy, Jordi Alba meletakkan Spain di kedudukan 2-0.

Alba menjaringkan gol ke-2


Malangnya Thiago Motta yang baru dimasukkan mengalami kecederaan pada 28 minit terakhir. Italy terpaksa bermain 10 orang kerana semua pertukaran telahpun dibuat. Permainan Italy mula slow.


Thiago Motta terpaksa dikeluarkan


Perlawanan berlanjutan, serangan demi serangan ke atas benteng Italy. Pada minit ke-84, Torres meletakkan Spain pada kedudukan yang cukup selesa dengan kelebihan 3 gol tidak berbalas.


Jaringan ke-3 daripada Torres




Dan pada minit terakhir Juan Mata meletakkan Spain menang bergaya 4-0 selepas hanya beberapa minit saja dimasukkan.

Gol ke-4 buat Spain


Wisel penamat pun berbunyi dan bersoraklah Spain kerana berjaya mengekalkan 3 kejuaraan besar berturut-turut.


Sorakan kemenangan
Hampa..

Yeaaahhh!!

Tahniah Spain!
Kita jumpa lagi di piala dunia plak.

Sekian..


0 Komen:

Post a Comment