Subscribe:

Penjejak

Labels

Monday, August 01, 2011

majlis MoU arc-maxoil malaysia berjaya...


Alhamdulillah.. segala yang dirancang selama ini telah berjaya dirialisasikan. tanggal 30 julai 2011 /29 syaaban 1432H mencatatkan sejarah tersendiri pada alternative riding club (arc) malaysia.

diharapkan usahasama antara arc-maxoil malaysia membawa sinar baru dan menaikkan lagi nama arc malaysia sebagai sebuah kelab permotoran yang menjadi pilihan anak-anak muda atau belia tempatam untuk menyertainya.

sesuai dengan moto arc iaitu " we ride only for charity"... sebuah kelab yang mengutamakan soal rohani dan jasmani dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

semoga segalanya berjalan dengan lancar.. kepada anak muda di selangor boleh berhubung terus dengan sdr kahfi atau sdr suhaimi untuk pendaftaran menjadi ahli arc-maxoil ini. presiden arc malaysia adalah sdr yasir said.

selamat meyambut ramadhan al-mubarak

assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.

disini dacs malaysia dan dacs selangor ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh pembaca blog ini dan umat islam keseluruhannya.

jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan.

anggaplah puasa ini adalah puasa yang terakhir agar kita menjalaninya dengan bersungguh-sungguh.

banyakkan membaca Al Quran bersama kawan-kawan, bertadarus dalam kumpulan kecil dan ringankan tangan untuk bersedekah. tawaran yang sangat lumayan dari Allah Taala.

Tuesday, July 26, 2011

karnival gen-Y dan live band.

salam..

tahniah dan terima kasih kepada dacs shah alam.

pada 24 julai hari ahad yang lepas bermula dari pagi hingga ke lewat petang.. satu program belia telah dianjurkan iaitu 'karnival sukan gen-y & sembang santai/live band di dataran kemerdekaan shah alam.

pelbagai acara sukan dipertandingkan untuk dewasa dan kanak-kanak, forum dan diakhiri dengan live band. selepas selesai segalanya semua telah ke masjid negeri selangor untuk mengikuti majlis ilmu bersama ust azhar idrus.

program ini anjuran dacs selangor dengan kerjasama dacs shah alam,dacs klang,dacs kapar dan sekitar.

jom !! turun ke bangi 30julai...

salam arc..

terima kasih kepada dacs serdang. menyediakan 'backdrop' sempena majlis MoU arc-maxoil ahad ni 31 julai. dan juga pelancaran 'orang muda geng kita' pemuda negeri selangor ...

kepada seluruh belia dan anak muda yang sudah mengetahui pasal program ini... jangan lupa hadir ramai-ramai !!! satu kampung kasi turun...

arc pandan: konvoi & makan satay

salam arc..

arc selangor bakal berkonvoi ke stadium bandar baru bangi bermula pada 30 julai dan berakhir 31 julai di stadium bandar baru bangi sempena program amal 2 dekad dan pelancaran orang muda geng kita dan juga majlis menandatangani mou arc-maxoil. arc selangor mensasarkan 400 - 500 riders arc seluruh negeri selangor.

tahniah kepada arc pandan kerana menganjurkan aktiviti sampingan dalam kawasan pandan sebelum berlepas ke bangi pada petang sabtu 30 julai.

pengerusi dacs pandan sdr hakeem arshad mengetuai aktiviti ini dan antara yang best disajikan untuk peserta adalah makan satay.

dacs selangor mengucapkan tahniah.. jumpa disana.... yang penting hati-hati ketika menunggang motor tu !! dan patuhi undang-undang.

Monday, July 18, 2011

takziah dari dacs malaysia

assalamualaikum..

tanggal 17 julai 2011 hanya 2 minggu lagi kedatangan ramadhan bulan yang mulia, negara khususnya dan gerakan islam khasnya telah dikejutkan dengan kematian ahli parlimen titiwangsa.. yb dr lo'lo' hj ghazali 54 tahun di hospital selayang kerana barah paru-paru.

almarhumah seorang yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah parti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat titiwangsa.

dikhabarkan almarhumah sehingga sanggup korbankan masa, tenaga malah harta sendiri untuk rakyat titiwangsa. ini kerana pihak kerajaan persekutuan telah menzalimi ahli parlimen yang bukan daripada mereka dengan menyekat dan menafikan peruntukkan yang sepatutnya setiap ahli parlimen dapat untuk melancarkan kerja-kerja sebagai seorang wakil rakyat.

dacs selangor khususnya dan dacs malaysia khasnya mengucapkan takziah dan bersabar diatas ujian yang menimpa. kami yakin dan percaya yang seluruh ahli keluarga redha atas pemergian dr lo'lo'.

cuma satu pesanan terakhir almarhumah yang wajib dipertahankan oleh semua terutamanya tuan punya tanah iaitu "pertahankan tanah pusaka nenek moyang di kg baru kuala lumpur" daripada tergadai atau digadai kepada pihak-pihak yang tengah lapar !!

semoga roh dr lo'lo' ditempatkan bersama para syuhada yang mati kerana pertahankan islam..