Subscribe:

Penjejak

Labels

Saturday, June 05, 2010

demam bola melanda ..

salam..

bolasepak piala dunia kembali lagi edisi kali ini di afrika selatan bermula 11 jun. kepada semua peminat-peminat bolasepak pastinya tak sabar-sabar menantikan sepak mula dan sudah pasti mengharapkan pasukan pilihan hati menjadi juara untuk edisi kali ini.

dacs pandan khasnya dacs selangor am nya melalui bahagian sukan pun menanti-nanti kejohanan kali ini dengan pelbagai program/aktiviti yang bakal dirancang untuk para penonton/anak-anak muda setempat.

dacs pandan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada en subkhiddin mohd salleh, satu-satunya pengadil dari malaysia yang terpilih untuk menjadi pengadil di kejohanan piala dunia kali ini. ini satu pengalaman yang tak ternilai kepada beliau dan semoga apabila beliau pulang nanti, membawa satu ilmu dalam bidang pengadilan yang boleh di gunakan dalam sukan tanahair kita. tahniah sekali lagi..

dalam kita menanti kejohanan ini, kita telah dikejutkan dengan satu berita yang sangat malang dan akan merosakkan masa depan sukan tanahair kita.. iaitu kerajaan pusat telah mengizinkan/membenarkan/menggalakkan/menyokong dan dalam erti kata lain meluluskan lesen judi untuk bolasepak.

syarikat yang mendapat lesen berkenaan telah bersiap sedia untuk mengatur permainan dan tak mustahil sang juara pun mungkin dah di rancangkan.... jangan ingat kesan ini hanya di malaysia, ia akan terkesan ke seluruh dunia sebab bookie berada di mana-mana..

kepada yang beragama islam, jelas judi adalah haram !! katakan ya! pada bolasepak, katakan tidak!! pada judibola.

semoga terhibur dengan aksi-aksi pemain bertaraf dunia dan jangan kerana bola prestasi kerja di siang hari terganggu. ( ada yang cari ruang untuk tidur kat mana-mana, surau ke. hehe. wait n see )

diharapkan suatu hari nanti pasukan malaysia yang bersih dan bersemangat dapat beraksi dipentas pusingan akhir piala dunia.. (tapi kalau judi ni berleluasa, payah gak..).

tunggu aktiviti menarik sempena piala dunia ni.  sekian.

0 Komen:

Post a Comment