salam..
Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah Taala kerana kita masih diberi umur dan nyawa untuk bertemu pada Ramadhan kali ini. semua orang tahu bahawa ramadhan adalah satu bulan dalan islam yang penuh keberkatan, tawaran di ampunkan dosa, tawaran dibebaskan dari api neraka dan pelbagai lagi tawaran yang lumayan yang Allah sediakan untuk umat Nabi Muhammad.
umat Nabi Muhammad ni pendek-pendek umur nya, lebih kurang ke 60 tahun , yang lebih-lebih tu subsidi lah....tak macam umur umat Nabi yang lain, tu lah antara sebabnya Allah sediakan bulan Ramadhan yang penuh berkah untuk direbut sepuas puasnya...
malan lailatul qadar pahala umpama 1000 bulan ( 80 tahun lebih beribadah)
jom !! anak-anak muda terutamanya.. ketika badan tengah kuat dan sihat ni, pulun sungguh-sungguh, lakukan kebaikan, elakkan melakukan perkara yang tak baik atau dosa kerana Allah cintakan hambaNya yang kuat beribadah dan Allah lebih cinta kepada orang muda yang kuat beribadah dan melakukan kebaikan.
kata orang.. orang muda, darah muda membujur lalu melintang patah.. suka mencuba macam-macam benda yang baik atau pun tak, terikut dengan nafsu muda.. dugaan yang menggila di akhir zaman ni... kebebasan dunia tanpa sempadan dan semuanya..
jika orang muda dapat pertahankan diri daripada pertuhankan hawa nafsu ni tulah yang terbaik dan tulah sebabnya mengapa Allah suka pada orang muda yang boleh jaga iman.
syaitan di rantai utk goda tapi jika masih xsolat.xpuasa,buat maksiat.. amacam?
sedikit tazkirah atau peringatan kita bersama.... dacs pandan mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak 1431 H kepada semua kawan-kawan, moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas dan lakukan ibadah ini seumpama tak berjumpa lagi di tahun depan.
salam ramadhan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment