Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, September 07, 2010

arc malaysia bakal berkampung sempena moto gp sepang.

salam...

seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba giliran malaysia sebagai tuan rumah dalam penganjuran perlumbaan moto gp dunia di sepang.. alternative riding club malaysia pasti tak lepaskan peluang untuk berkonvoi beramai-ramai bersama ahli kelab ke sepang selangor.

pada tahun ini perlumbaan moto gp ialah pada 10.10.2010 dan Insyaallah arc malaysia telah merancang untuk menghimpunkan ahli-ahli arc dari seluruh negara dan berkonvoi beramai-ramai yang diketuai oleh saudara yasir said. (presiden arc malaysia).

lokasi yang terpilih untuk edisi tahun 2010 ini kemungkinan di parlimen pandan, selangor.

pelbagai aktiviti yang menarik bakal dirancang untuk memeriahkan suasana. antara tujuan konvoi ke moto gp sepang adalah untuk memberi pendedahan golongan muda tentang perlumbaan motor superbike yang sebenar, teknik kepakaran menguasai motor, keselamatan diri ketika menunggang, semangat setiakawan, berkumpul, pengisian ilmu agama dan banyak lagi lah.....

jadi.... nantikan kemunculan rombongan arc kat sepang. nak sertai... kita jumpa sana pada 10.10.10 insyaallah. doakan semuanya lancar..

sekian.

0 Komen:

Post a Comment