Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, November 14, 2010

ketua arc selangor meninggal dunia kemalangan...

salam...

arc selangor telah menerima satu berita yang menyedihkan iaitu saudara firdaus ( ketua arc selangor ) telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada tengah malam 14.11.2010 di lebuh raya grand saga susur ke kajang.

as syahid dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berprogram seharian generasi idaman selangor (gems) di hulu langat batu 14. as syahid lead slot arc safety riding bersama saudara yasir said pada sebelah petang.

as syahid berdua bersama anaknya pada masa kejadian tersebut  dan Alhamdulillah anaknya selamat dan kini berada di hospital kajang.

jenazah as syahid telah di bawa ke hospital serdang untuk di bedah siasat, mandi, kafan dan solat jenazah. dan atas permintaan ibu bapa as syahid , jenazah telah di bawa ke penang ( kg sg nibong besar ) untuk di semadikan.

as syahid firdaus meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

hidup mulia atau mati sebagai syuhada
as syahid seorang yang sangat komited dalam menjayakan program2 arc peringkat negeri dan beliau bercita-cita untuk menaikkan nama arc di selangor ini tapi Allah lebih menyanyangi beliau. Insyaallah akan ada pengganti untuk meneruskan cita-cita as syahid ini..


dacs pandan mengucapkan takziah pada keluarga beliau.


Al Fatihah..

2 Komen:

Pemuda PAS Kijal said...

semoga Allah merahmat dan memberkati beliau...Amin.

Anonymous said...

InsyaAllah..

Post a Comment